BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 4, 2008

MIKRO TICING...UKM

RANCANGAN MENGAJAR

Tingkatan : Tiga

Tarikh : 13 MAC 2008

Hari : Khamis

Masa : 12.00PM-12.30PM

Matapelajaran : Pendidikan Islam: Adab Dan Akhlak Islamiah.

Tajuk : Adab Terhadap Ibubapa.

Kata kunci : Konsep keibubapaan, adab-adab anak-anak terhadap ibu bapa, perbuatan

derhaka kepada ibu bapa, faedah beradab kepada ibu bapa.

Tujuan am : Menghayati dan mengamalkan adab-adab terhadap ibu bapa.

Objektif pengajaran : Di akhir pelajaran pelajar dapat:

1. Menyatakan konsep keibubapaan.

2. Menghuraikan adab-adab terhadap ibu bapa.

3. Menerangkan perbuatan derhaka kepada ibu bapa.

4. Membezakan antara mentaati dan menderhakai ibu bapa.

5. Menghuraikan faedah beradab kepada ibu bapa.

Kemahiran berfikir : Menghubungkait dan membuat perbezaan antara mentaati dan

menderhakai ibu bapa.

Teknik pengajaran : Kuliah

Teknik penyoalan.

Bahan Bantu mengajar: Komputer, Power point, white board dan LCD

ISI PENGAJARAN

  1. Konsep keibubapaan

Ibu bapa ialah insan yang paling istimewa, menyediakan segala keperluan kita dari kecil sehingga dewasa. Menumpukan seluruh tenaga dan rela berkorban apa sahaja demi kebaikan dan keselamatan anak-anak.

  1. Adab-adab anak terhadap ibu bapa.

    1. Mentaati perintah mereka selagi tidak menyalahi syara’.
    2. Berbicara dengan lemah lembut.

  1. Perbuatan derhaka terhadap ibu bapa.

1. Bercakap kasar , mempersendakan atau mengherdik ibu bapa.

2. Melanggar atau menentang perintah mereka yang tidak bertentangan dengan perintah ALLAH.

  1. Faedah beradab kepada ibu bapa.

    1. Memperolehi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
    2. Urusan dunia dipermudahkan oleh ALLAH.

LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN :

Langkah

Aktiviti pengajaran

Aktiviti pembelajaran pelajar

ABM/ catatan

Permulaan

(2-3 minit)

1) Guru menayangkan video tentang penderhakaan terhadap ibu bapa.

2) Guru bertanyakan pelajar, apakah tajuk pelajaran hari ini berdasarkan video tersebut.

3) Guru menyatakan apa tajuk pelajaran pada hari ini dan subtopiknya.

1.) Pelajar menonton video tersebut.

2.) Pelajar menjawab pertanyaan guru dengan pelbagai jawapan..

1.) Kaedah soal jawab

2.) White board

3.) Komputer dan LCD

Perkembangan

(8-10 minit )

1) Guru bertanyakan pendapat pelajar mengenai konsep keibubapaan.

2) Guru pula menjelaskan tentang konsep keibubapaan.

3.) Guru bertanyakan pelajar lagi mengenai adab-adab terhadap ibu bapa.

4). Guru pula menerangkan adab-adab terhadap ibu bapa.

5.) Guru bertanyakan pelajar lagi mengenai perbuatan derhaka kepada ibu bapa.

6.) Guru pula menerangkan perbuatan derhaka kepada ibu bapa.

7.) Guru meminta pelajar menjelaskan tentang faedah beradab kepada ibu bapa

8.) Guru menjelaskan faedah beradab kepada ibu bapa.

1.) Pelajar memberi pendapat.

2.) Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting.

3.) Pelajar memberi pendapat.

4.) Pelajar menyalin isi-isi penting.

5.) Pelajar memberi pendapat mereka masing-masing.

6.) Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting.

7.) Pelajar memberi pendapat mereka.

8.) Pelajar menyalin isi-isi penting.

.

1.) Kaedah soal jawab

2.) White board

3.) Komputer dan LCD

Penutup

(2-3 minit)

1) Guru meminta seorang pelajar merumuskan apakah pembelajaran yang telah dipelajari pada hari ini dan guru merumuskan pengajaran.

2) Guru meminta pelajar membuat nota ringkas berkaitan tajuk tersebut sebagai kerja rumah.

1.) Pelajar membuat rumusan dan mendengar rumusan yang dibuat oleh guru.

2.) Pelajar membuat tugasan yang telah diberikan oleh guru

TUGASAN LANJUTAN : Guru meminta pelajar membuat nota berbentuk

peta minda sebagai kerja rumah.

PENILAIAN KENDIRI : ­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­__________________________________________­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­__________________________________________

__________________________________________

CATATAN PENYELIA : __________________________________________

__________________________________________

__________________________________________



R-SAD...

ASGMENT DHABT...

ukm

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

NATIONAL UNIVERSITY OF MALAYSIA

PROGRAM SARJANAMUDA DENGAN PENDIDIKAN

( PENDIDIKAN AL-QURAN )

SESSI 2007/2008

USTAZ HAFIZ BIN JAMIL

DHABT AL-QUR'AN PPPN1033

TAJUK TUGASAN:

الفصـــــــل الخــــــــــــامس

فـــى علامـــــــــة المــــــــــــــــــــد


BAB LIMA

TANDA MAD

Ikhtilaf ulama’ dhabt dalam meletakkan tanda mad: ( persoalan ) Adakah memerlukan tanda atau tidak untuk menunjukkan mad? Sebahagian ulama’ Nukat di Iraq menyatakan tidak memerlukan tanda mad memadai berdiri dengan sendiri disebabkan mad.

Dan jumhur ulama’ pula menyatakan bahawa memerlukan tanda untuk menunjukkan penambahan panjangnya mad ke atas mad tabi’i[1]. Dan tanda mad ialah berbentuk garis panjang di hujungnya terangkat sedikit seperti ( ~ ) ialah diambil daripada perkataan ( مد ) selepas dihilangkan huruf mimnya dan hujung huruf dalnya yang tinggi, Dan ikhtilaf ulama’ dalam bagaimana cara peletakkan tanda mad ( ~ ).

Pertama: diletakkan di tengah dan bertentangan dengan huruf mad seperti ( ) pilihan Abu Daud dan sebagaimana kita beramal dengannya sekarang.

Kedua: diletakkan di permulaan yang bertentangan dengan huruf mad dan kelihatan tertarik kehadapan seperti ( ) dan diletakkan tanda mad di atas tiga huruf mad iaitu: alif, wau dan ya’ apabila bersambung dengan huruf hamzah dalam satu kalimah contohnya: ( جاء ) atau terpisah dalam dua kalimah contohnya: ( وفى أنفسكم ) hanya bagi qiraat yang kadar madnya melebihi dua harakat, manakala bagi qiraat yang membacanya dengan dua harakat sahaja tidak memerlukan tanda mad, atau diletakkan tanda mad selepasnya tanda sukun yang jelas ketika wasal dan wakaf samaada selepas mad huruf yang bersabdu contohnya ( دابة ) manakala selepas mad huruf yang mukhafaf contohnya ( محياى ) bagi qiraat yang memebaca sukun pada ya’ dan apabila diletakkan tanda mad selepasnya yang jelas ketika wakaf sahaja contohnya ( متاب ) dan diletakkan tanda mad selepasnya sukun yang jelas ketika wasal sahaja contohnya

( أفى الله ) maka tiada tanda mad pada dua keadaan ini dan tanda sukun akan hilang ketika sambung bacaan pada keadaaan pertama dan tanda ini berdasarkan wasal dan hilang huruf mad pada keadaan yang kedua.

Manakala cara peletakkan tanda mad bagi mad badal dan mad lin: tidak memerlukan tanda mad pada kedua-duanya melainkan pada keadaan isyba’[2] sahaja seperti ( ءامنــوا , شـــىء , الســـآوء ).

Huruf mad: cara peletakan tanda mad pada huruf mad sama ada ditulis atau dibuang; jika huruf mad terdapat pada tulisan maka diletakka tanda mad seperti ( جاء ) dan jika huruf mad dibuang pada tulisan dan selepasnya ada huruf hamzah terbahagi kepada dua:

Pertama: diletakkan tanda kecil dan diletakkan tanda mad diatasnya seperti

( شفعـــــؤا ) pilihan syekhkhaini[3] dan sebagaimana kita beramal dengannya sekarang.

Kedua: tidak diletakkan tanda kecil tetapi diletakkan tanda mad diatasnya seperti ( شفعــــــؤا ).

Penjelasan

Jika hamzah berubah kerana bacaan tashil contohnya ( إسراءيل ) atau gugur hamzahnya ( هــــــؤلاء إن ) tidak perlu diletakkan tanda mad pada bacaaan yang dua harakah.

Dan jika huruf mad dibuang dan selepasnya tiada huruf hamzah dan tanda sukun pada ya’ muhzufah contohnya ( من الحق لا يستحى ے ) dan ya’ yang ditambah contohnya ialah (دعـــــان ے ) dan ha’ dhamir dan mim jama’ contohnya ialah

( ( إن ربـــــه , وممــا رزقناهم , ينفقون maka ulama’ dhabt membahagikan kepada dua pendapat:

Pertama: digantikan huruf mad yang dibuang seperti ( , وممازرقناهم ينفقـــــون دعــــان ے , إن ربه . فيه ے هــــــــدي) dan sebagaimana kita beramal dengannya sekarang.

Kedua: tidak digantikan huruf mad yang dibuang dan diletakkan tanda panjang seperti ( دعــــــان , إن ربه , فيه هــــــــــدي , وممــــــا زرقناهم ينفقــــــــون ).

Ittifaq ulama dhabt bahawa tiada gantian pada huruf fawatuhul suar tetapi ulama berselisih pada tanda mad. Mazhab Muatqadimun menyatakan tidak memerlukan tanda diikuti oleh ulama’ Mutaakhirin, dan pendapat lain menyatakan memerlukan letak tanda dan cara peletakkan tanda itu ada dua pendapat, pendapat pertama menyatakan letak diatas huruf seperti ( الـــــــــــم ) dan sebagaimana kita beramal dengannya sekarang dan pendapat kedua menyatakan letak dihadapan huruf seperti ( الـــــــــــم ).

Wallahu a’lam



[1] Mad tabi’I juga dinamakan mad asli.

[2] Dibaca dengan bacaan enam harakat.

[3] Dua orang ulama’ iaitu Abu daud dan Abu Amru Addani


ASGMENT KEMAHIRAN MENULIS...(U3)

Islam adalah agama fitrah iaitu agama Allah yang mencipta manusia semulajadinya untuk menerima Islam sebagai Agama yang benar tanpa membuat sebarang pindaan atau tambahan. Manusia secara semulajadinya memerlukan agama dan Islam adalah agama yang menyelamatkan manusia daripada penyembahan berhala. Fokusnya ialah mentauhidkan Allah. Allah s.w.t berfirman bermaksud:

Sesungguhnya agama yang diredai Allah ialah Islam”

Pengenalan

Perbahasan tentang konsep Pendidikan Islam dikaitkan konsep ilmu yang dianggap istimewa dalam Islam. Mohd. Kamal Hassan, Faisal Othman dan Razali Nawawi ( 1992 ) menegaskan bahawa dalam Islam tidak dikenal konsep sekular seperti yang difahami dan dihayati dalam falsafah barat. Dalam Islam, pendidikan sebagai alat melaksanakan tujuan hidup seperti yang digariskan oleh Allah s.w.t bersifat sepadu dengan ilmu al-Quran dan al-sunnah menjadi paksi pada orientasi pendidikan dan kehidupan. Mereka menegaskan bahawa dalam kebulatan dan kesatuan ilmu-ilmu itu, akidah Islam menjadi pusat yang menentukan orientasi, kaedah dan matlamat ilmu-ilmu lain kerana ilmu-ilmu ini membicarakan soal-soal yang yang terpenting dalam kehidupan manusia. Selain itu, Pendidikan Islam merangkumi pendidikan formal dan tidak fomal atau dengan kata lain, pendidikan sepanjang hayat. Sesuai dengan sifat Islam yang sesuai sepanjang masa dan di sebarang tempat, Pendidikan Islam dianggap bersifat responsif kepada perubahan dan kemajuan hidup manusia.

Memandangkan objektif dalam Pendidikan Islam bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani dengan menjadikan tauhid sebagai asas dalam melayari bahtera kehidupan, sukatan pelajaran atau kurikulum yang menjurus pada memenuhi objektif berkenaan perlu digubal dengan baik. Mohd Kamal Hassan et al ., (1992 : 43 ) memberikan contoh bagaimana pada zaman kegemilangan tamadun dan kebudayaan Islam, kurikulum Pendidikan Islam meliputi antaranya Syariat (pengajian hukum seperti Fikah, Tafsir, dan Ilmu Hadis), Adabiyat (pengajian kesusasteraan seperti Nahu, Balaghah, Saraf, Insyak dan Literatur Sejarah), Riyadiyat (pengajian ilmu kemahiran seperti Astronomi, Ukur, Metafizika, Sains, Kedoktoran dan Kimia). Manifestasi daripada kuriklum yang dilaksanakan telah melahirkan tokoh – tokoh ilmuan Islam yang bukan sahaja menguasai ilmu agama tetapi juga menjadi jaguh dalam lapangan ilmu lapangan hidup yang lain.

Perbincangan

Pendidikan Akidah Di Malaysia

Di Malaysia, pendidikan akidah diajar daripada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi dalam kurikulum Pendidikan Islam. Pendidikan akidah diperkenalkan daripada peringkat prasekolah bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 6 tahun, sekolah rendah bagi kanak-kanak berumur 7 sehingga 12 tahun, sekolah menengah daripada umur 13 sehingga 17 tahun, sekolah menengah tinggi daripada 18 sehingga 19 tahun dan di peringkat universiti 20 sehingga 24 tahun.

Bagi setengah pelajar yang cemerlang, mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat pra-universiti atau matrikulasi selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah menengah. Sesetengah yang lain pula melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma di kolej-kolej swasta ataupun universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus diploma selepas SPM. Bagi pelajar Islam, mereka juga perlu mengikuti pendidikan Islam di mana Pendidikan Akidah adalah sebahagian daripada kurikulum yang wajib dipelajari. Disini bagaimanapun, hanya membincangkan isi kandungan pendidikan akidah yang melibatkan kanak-kanak daripada umur 4 sehingga 15 tahun, meliputi isi kandungan pendidikan akidah pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja.

Pendidikan Akidah Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Sebagaimana yang kita telah ketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM,2001) melalui Pusat Perkembangan Kurikulum merangka Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (http://www.ppk.kpm.my/semakan semula kokurikulum/sukatan pelajaran semak.htm) sebagai rujukan standard yang perlu dipatuhi dan diguna pakai oleh semua tadika di seluruh Malaysia. Terdapat enam kompenan penting dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu:

  1. Bahasa dan komunikasi meliputi kurikulum bahasa Melayu, cina, Tamil dan Inggeris.
  2. Perkembangan kognitif.
  3. kerohanian dan Moral.
  4. Perkembangan sosioemosi.
  5. Perkembangan fizikal.
  6. Perkembangan kreativiti dan estetika.

Di bawah kompenan kerohanian dan moral terdapat satu kurikulum Pendidikan Islam untuk kanak Islam dan kedua kurikulum pendidikan Moral untuk kanak-kanak bukan Islam. Kurikulum Pendidikan Islam merangkumi aspek keimanan, kemanusian, kemasyarakatan dan tatanegaraan. Tumpuan khusus adalah kepada:

    • Pembentukan akidah dan bimbingan asas fardu ain.
    • Pemupukan amalan fardu ain dan fardu kifayah yang dituntut oleh syariah Islam.
    • Penyuburan adab dan dan akhlak Islamiah ke dalam diri kanak-kanak berteraskan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang terbaik.
    • Pengenalan kepada asas Bahasa Al-Quran dan Surah-surah pendek seperti juzuk ‘Amma.
    • Pengenalan tulisan jawi.

Kurikulum pendidikan mempunyai objektif khusus yang mana ia membolehkan murid atau kanak-kanak yang mengikutinya dapat :

· Menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan dan keislaman

· Mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur

· Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah S.A.W dan berusaha mencontohinya

· Mengamalkan adab dan akhlak mulia

· Mengenali al-Quran- bahasa dan hurufnya, dan;

· Menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian.

Kandungan pendidikan akidah yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Islam prasekolah kebangsaan meliputi perkara-perkara berikut, seperti mengikuti rukun iman: beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada hari akhirat dan beriman kepada qadak dan qadar.

Dengan mempelajari isi kandungan pendidikan akidah ini, membolehkan kanak-kanak menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan. Inilah hasil pembelajaran akidah secara umum menurut kurikulum pendidikan prasekolah kebangsaan. Secara terperinci, dengan mempelajari rukun iman, murid dapat menyebut enam rukun iman itu. Kanak-kanak di ajar satu persatu supaya dapat menyebutnya. Bagi sifat wajib bagi Allah termasuklah wujud, melihat, mendengar, mengetahui, menyayangi dan mengasihi, pemaaf dan pengampun, berkuasa, adil dan bijaksana. Kanak-kanak juga di ajar menyebut perkara yang menjadi suruhan, tegahan Allah serta menghafaz, menyatakan, mengamalkan zikrullah dan menyebut nama-nama 25 rasul.

Objektif Pendidikan Akidah Prasekolah

Kurikulum Pendidikan Islam membolehkan murid menyebut dan menyatakan asas-asas keimanan dan keislaman, mengamalkan ibadah yang bersesuaian dengan peringkat umur, mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW, dan berusaha mencontohinya, mengamalkan adab dan akhlak yang mulia, mengenali Al-Quran seperti bahasa dan hurufnya dan menghafaz dengan makna beberapa surah pendek dan doa harian.

Pendidikan Akidah Untuk Pelajar Sekolah Rendah Di Malaysia

Menurut buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam (KPM, 2002) bagi kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah di bawah kementerian Pendidikan Malaysia, Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Akidah yang terkandung dalam asas Ulum Syar’iyyah untuk kanak-kanak si sekolah rendah dari darjah satu sehingga darjah enam iaitu murid-murid yang berumur tujuh hingga dua belas tahun.

Menurut buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam (KPM,1995) pendidikan akidah pada peringkat rendah bertujuan ‘menanam keimanan di kalangan murid melalui akidah Islam’. Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan akidah ialah dengan ‘pendekatan aqli dengan menggunakan contoh dari benda maujudyang hampir dengan murid”.(KPM, 1995) sebagai contoh, bagi murid tahun satu, pendidikan akidah bertujuan supaya ‘murid yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul’. Sukatan pelajaran pada meyakini dua kalimah syahadah bermula dengan melafazkan dan memahami ucapan itu. Aktiviti yang dijalankan dalam mendidik murid dengan kalimah syahadah ialah murid-murid yang dikehendaki mendengar lafaz dua kalimah syahadah, mendengar sambil mengikut sebutan dengan mahir, berlatih melafaz dan menghafaz dua kalimah syahadah. Seterusnya menerang maksud dua kalimah syahadah dan melatih tubi melafazkan dua kalimah syahadah.

 
               Kajian ini merupakan kajian bersama di antara Bahagian.Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dengan Bahagian. Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan. Objektif utamanya ialah untuk mengetahui cara-cara guru mata pelajaran Pendidikan. Agama.Ieslam mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah-sekolah rendah; sejauh mana penyeliaan terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran tersebut dijalankan; dan melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru agama dalam pengajaran merek
Kajian –Kajian Mengenai Sekolah Rendah 
 
               Kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui peranan pentadbir sekolah dalam menggalakkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam meningkatkan amalan keagamaan di kalangan murid-murid Islam. Seramai 313 orang guru besar dan 779 orang guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam di Semenanjung Malaysia telah dipilih menjadi sampel kajian ini. Sekolah-sekolah sampel telah dipilih dari negeri-negeri Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan, Terengganu dan Johor. Soal selidik dan senarai temubual tidak berstruktur telah digunakan untuk memungut data kajian ini. Temubual telah dijalankan ke atas guru besar dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam di dua puluh empat sekolah yang telah di pilih menjalankan kelas percubaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Data kajian telah dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi, khi-kuasa dua, ujian-t dan analisis varians. Di antara dapatan-dapatan penting kajian ini ialah pada keseluruhannya guru-guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam lemah dalam kemahiran menulis dan bertutur dalam Bahasa Arab dan aktiviti meningkatkan profesionalisme keguruan pula kurang dititiberatkan oleh guru-guru agama terutamanya di kalangan guru-guru wanita.
               Hampir kesemua guru agama menjadikan buku teks dan buku Panduan Khas Agama Islam terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum sebagai bahan panduan pengajaran mereka. Hanya lebih kurang 50 peratus sahaja daripada mereka yang selalu menyediakan sendiri alat bantuan mengajar, mengadakan latihan amali dalam aspek-aspek keibadahan dan aktiviti pemulihan; dan lebih daripada 90 peratus guru-guru agama pula jarang-jarang melatih murid-murid merujuk buku-buku agama di perpustakaan atau dari sumber-sumber lain. Mengenai masalah pengajaran pula, di antara masalah utamanya ialah sukatan pelajaran yang terlalu luas, peruntukan masa tidak mencukupi, dan tidak adanya alat bantuan mengajar atau alat yang digunakan tidak memuaskan. Sebahagian besar guru berpendapat bahawa latihan ikhtisas yang mereka terima tidak mencukupi dankursus dalam latihan tidak dapat menandingi perkembangan baru dalam bidang teknologi pendidikan.Bilangan guru-guru agama yang menerima penyeliaan dalam pengajaran mereka pula terlalu kecil dan guru-guru agama sangat memerlukan penyeliaan terutamanya dari pihak-pihak yang berwibawa dalam mata pelajaran berkenaan. Pada keseluruhannya peranan pentadbir sekolah dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Agama Islam dan meningkatkan amalan-amalan keagamaan di kalangan murid-murid adalah memuaskan.

Pendidikan Akidah untuk pelajar sekolah menengah Malaysia

Bagi peringkat sekolah menengah, pendidikan akidah diajar dalam bidang pembelajaran Ulum Syariah daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pendidikan peringkat sekolah menengah terbahagi kepada dua iaitu menengah rendah dan menengah atas. Menurut buku Sukatan pendidikan Islam (KPM 2002) bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurut ‘Pengenalan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam’ yang dimuatkan dalam buku Kementerian Pelajaran Malaysia (2002), Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Satu, daripada sudut isi kandungan pendidikan akidah adalah digubal bagi ‘melengkapkan murid dengan rukun iman dan rukun Islam’. Ianya adalah kesinambungan daripada pendidikan akidah peringkat sekolah rendah iaitu daripada Kurikulm Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ke Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ia bertujuan melahirkan murid-murid yang mempunyai ciri; ‘menetap serta kukuh iman dan takwa sebagai benteng ketahanan diri’.(KPM 2002).

Tumpuan utama pada peringkat ini adalah aspek asas akidah menerusi pemantapan iman dan pemupukan sikap. Bagi mencapai tujuan itu, digariskan perkara yang perlu ada dalam isi kandung pendidikan akidah perlu meliputi perkara seperti kefahaman konsep dan matlamat, keupayaan memahami yang abstrak, memahami dalil-dalil naqli, penghayatan nilai tauhid dan nilai ketuhanan dan aplikasi konsep dan nilai.

Antara kandungan bagi Pendidikan akidah di peringkat menengah ialah ulum Syar’iyyah. Sukatan mata pelajaran akidah yang diterapkan kepada pelajar iaitu konsep akidah, asas-asas akidah Islamiah, akidah berteraskan Rukun Iman dan konsep mukmin dan muslim. Dalil-dalil berkenaan kewujudan Allah SWT seperti dalil naqli dan dalil aqli. Sifat-sifat Allah SWT berdasarkan al-Asma’ al-Husna seperti Al-Wahid, Al-Rahman dan sebagainya. Mengetahui kesan-kesan beriman terhadap 6 rukun iman seperti beriman kepada malaikat iaitu mengetahui dari segi hakikat malaikat, tugas-tugas malaikat dan kesan beriman kepada malaikat.

Pendidikan akhlak merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan akhlak dan melahirkan manusia yang baik. Penekanan pendidikan akhlak dalam pendidikan islam adalah jelas. Ini kerana pendidikan islam antara lainnya bertujuan membangun dan melahirkan insan secara seimbang demi merialisasikan fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Saya akan membincangkan serba sedikit mengenai persoalan berkaitan dengan pemantapan dan penerapan komponen akhlak terkini dalam Malaysia mencapai era globalisasi khususnya di peringkat prauniversiti atau peringkat sekolah menengah. Beberapa kekuatan dan kelemahan di peringkat tersebut akan diperhalusi. Sehubungan dengan itu, saya turut mencadangkan kaedah penyelesaian dan langkah-langkah yang boleh di ambil.

Di Malaysia persoalan pendidikan akhlak diberi perhatian terutamanya dalam sistem pendidikan kebangsaan. Untuk merialisasikan hasrat ini, maka pelajar islam diwajibkan mengikuti mata pelajaran Pendidikan Islam, manakala bagi pelajar yang bukan beragama islam pula dikehendaki mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral.

Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam di peringkat menengah

Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam boleh dilihat menerusi perkembangan Pendidikan Islam di Negara ini. Amnya terdapat tiga jenis sistem Pendidikan Islam di Negara ini. Setiap jenis tersebut boleh diringkaskan seperti berikut. Jenis pertama merupakan pembelajaran di rumah guru. Menurut Maimunah, seperti mana dilaporkan oleh Abdullah Ishak (1995), struktur dan kurikulum Pendidikan Islam di rumah guru pada zaman kerajaan Melayu Melaka lebih menekankan kepada pengajian membaca al-Quran, di samping ilmu lain yang berkaitan dengan keagamaan seperti tauhid, fiqah, tasawwuf, sejarah islam dan pengajaran yang mendatangkan kebaikan.

Selain pendidikan di rumah guru, jenis kedua ialah pengajian di institusi pondok yang lebih dikenali sebagai pendidikan tradisional dan merupakan satu legacy Pendidikan Islam yang tertua dan berpengaruh dalam melahirkan pelajar berpengetahuan agama, berakhlak mulia serta dapat membimbing masyarakatnya. Sebenarnya istilah “pondok” berasal daripada perkataan Arab, funduq yang bermaksud rumah-rumah kecil tempat tinggal, untuk empat hingga lima orang pelajar bagi setiap buah rumah. Pondok-pondok itu didirikan atas usaha alim ulama dan masyarakat setempat. Matlamat utama penubuhan institusi pondok ini ialah melahirkan masyarakat yang dapat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Justeru, kurikulum pengajian pondok lebih menumpukan kepada bidang keagamaan dan pengajarannya lebih bersifat penghafalan dan pemahaman.

Jenis ketiga pula ialah sistem pendidikan berkonsepkan sistem madrasah yang lebih sistemetik dan formal. Ia merupakan satu alternatif yang menarik perhatian masyarakat Melayu kerana taraf pelajaran di madrasah adalah tinggi dan kurikulumnya bersifat lebih komprehensif kerana telah di masukkan beberapa mata pelajaran lain dalam Pendidikan Islam. Ini sesuai kerana Kaum Muda ketika itu berpendapat bahawa umat Islam tidak seharusnya mementingkan akhirat semata-mata, tetapi perlu maju dalam aspek sosioekonomi dan politik agar menjadi umat yang berdaya saing dan progresif. Pertumbuhan madrasah sesungguhnya bagai cendawan, disebabkan anggapan bahawa sistem pondok tidak mampu berkembang mengikut kehendak dan keperluan dalam kehidupan serba moden, di samping alasan untuk menyaingi pendidikan sekular yang ditubuhkan oleh pendakwah kristian seperti Sekolah Convent.

Namun begitu, perlu ditegaskan disini bahawa kemunculan madraah tidak melupuskan atau melemahkan sistem pondok yang telah sedia ada; bersama kedua-duanya ingin mengukuhkan kedudukan Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Bahkan, kedua-dua sistem pondok dan madrasah memainkan peranan penting dalam memelihara identity Islam pada orang Melayu, dan menyediakn orang Melayu dengan teras Pendidikan Islam. Sesetengah cendiakawan berpandangan bahawa intipati institusi pondok untuk masyarakat Melayu boleh diterangkan sebagai acuan bagi sudut budaya dalam Pendidikan dalam masyarakat Melayu Islam (Azmi Aziz & Shamsul 2004)

Keutuhan Pendidikan Islam pada akhir abad ke-19 mengalami cabaran dengan kehadiran penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Proses sekularisasi penjajah telah memperkenalkan dasar pelajaran yang amat menghadkan kurikulum Pendidikan Islam dan mengawal ketat pengajaran al-Quran. Sekolah Vernakular Melayu telah ditubuhkan. Selain daripada itu, penubuhan MCKK telah menggunakan kurikulum yang serupa dengan yang dugunakan di England. Kedatangan Inggeris sesungguhnya telah memperkenalkan pendidikan sekular kepada orang Melayu. Tegasnya, pada zaman penjajahan ini menurut Rosnani Hashim 2001, sistem pendidikan digunakan sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencapai agenda mereka yang tersendiri, termasuk menyebarluaskan fahaman dan meminggirkan agama.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi madrasah (dikenali juga sebagai sekolah agama atau sekolah Arab) berterusan menghadapi cabaran. Ini kerana Akta Pelajaran 1961 (yang berasaskan kepada Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960), yang membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah memasukkan Pendidikan Agama Islam sebagai satu mata pelajaran ke dalam kurikulum sekolah kerajaan. Sekaligus keadaan ini melemahkan kedudukan sistem madrasah, lebih-lebih lagi dasar pendidikan kebangsaan memberikan gambaran bahawa prospek kerjaya atau jaminan ekonomi adalah lebih baik bagi kelulusan sekolah kerajaan berbanding dengan lulusan madrasah (Mohd Yunus Noor, 1990)

Kepentingan Pendidikan Agama Islam di sekolah kerajaan diberi penekanan lagi apabila ia diwajibkan ke atas semua murid Islam dan dimasukkan kedalam jadual waktu rasmi sekolah pada tahun 1962, dengan masa yang diperuntukkan ialah dua jam seminggu. Dari sudut kandungan kurikulumnya pula, ia hampir serupa dengan apa yang diamalkan di kebanyakan Negara Islam. Kurikulumnya mengandungi pengajian al-Quran yang merupakan komponen asas, di samping hadis dan mata pelajaran tauhid, fiqah, akhlak, tulisan, tata bahasa Arab, kesusasteraan dan sejarah. Sesungguhnya perlu ditegaskan bahawa Pendidikan Agama Isalm diadakan di sekolah kerajaan bagi menjamin hala tuju Pendidikan Islam bukan mengenepikan sistem pondok dan madrasah atau sekolah agama. Demi Pendidikan Islam, semua sistem pendidikan yang terlibat dengannya ada kelebihan masing-masing dan patut dimanfaatkan oleh semua pihak.

Sepanjang pelajaran dan pembelajaran kurikulum Pendidikan Islam sebelumnya disebut Pengetahuan Agama Islam, pemantauan tentang keberkesanan mata pelajaran ini sentiasa diusahakan. Dapatan kajian itu terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran1979, antaranya ialah:

“ Mutu pelajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah-sekolah sekarang ini belum lagi mencapai satu peringkat yang diharapkan (perkara 129) Pedidikan Agama Islam seperti yang dijalankan pada masa ini kurang menitikberatkan aspek-aspek amali sepertimana yang dijangka dan dikehendaki (perkara 348.3) “.

Kurikulum Pendidikan Islam telah dipertingkatkan lagi apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan. Peningkatannya boleh dilihat dari segi status dan sukatan pelajaran berbanding Kurikulum Lama Sekolah Menengah Dalam KBSM, Pendidikan Islam terdiri daripada Pendidikan Islam Teras dan Pendidkan Islam Efektif. Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran teras terbahagi pula kepada dua bidang iaitu bidang tilawah al-Quran yang menekankan aspek bacaan, hafazan ayat-ayat, zikir dan doa serta kefahaman ayat-ayat tertentu; dan bidang Ulum Syariah pula menekankan aqidah, ibadah, sirah dan tamadun Islam serta sifat dan cara hidup Islam. Dari segi masa pengajaran dan pembelajaran, Pendidikan Islam KBSM juga memperlihatkan peningkatan iaitu bagi peringkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam kali seminggu. Bagi peringkat menengah atas pula peruntukan masanya ialah 160 minit atau empat kali seminggu.

Sistem dan Kurikulum pendidikan sentiasa bersifat dinamik. Tiada kurikulum yang berkekalan. Ia sentiasa disemak dan mengalami perubahan. Begitu juga halnya dengan Pendidikan Islam kerana pada tahu 1996 satu keputusan telah dibuat untuk menyemak kurikulum mata pelajaran itu. Sekali lagi, pada tahun 1998 kurikulum Pendidikan Islam mengalami perubahan demi mencapai matlamat yang diinginkan semaksimum mungkin. Ia dibahagikan kepada tiga komponen iaitu pertama, Tilawah Al-Quran yang menumpukan kepada membaca dan menghafal ayat-ayat Al-Quran mengikut hokum tajwid, memahami pengertian, pengajaran dan hikmat serta menghayatinya. Kedua, Ulum Syariah yang menumpukan kepada pemantapan aqidah, ibadah dan meneladani sirah Rasulullah s.a.w serta Tamadun Islam. Akhir sekali, Pendidikan Islamiah yang berfokus kepada pembentukan peribadi pelajar kearah tingkah laku muslim mukmin melalui pengetahuan dan pemahaman tentang peraturan dan cara hidup muslim dalm hubungannya dengan Allah s.w.t, diri, keluarga, masyarakat, Negara dan alam sekitar.

Setelah kurikulum Pendidikan Islam dilaksanakan selama tiga tahun, suatu semakan telah dijalankan ke atas Pendidikan Akhlak Islamiah. Beberapa perubahan telah dilakukan yang melibatkan juga perubahan pada kandungan kurikulum Pendidikan Akhlak Islamiah dan kaedah penyampaiannya. Komponen itu kini dinamakan sebagai Adab dan Akhlak Islam (AAI) yang terdiri daripada enam bidang pembelajaran yang mempuyai subbidangnya masing-masing. Dari sudut stuktur, pembentukan kandungan dalam kurikulum AAI berteraskan kepada empat aspek hubungan iaitu hubungan dengan diri sendiri, individu lain, alam sekitar dan Negara serta Rasul dan Pencipta Allah. Manakala dari sudut kaedah penyampaiannya, guru dikehendaki menerapkan nilai-nilai akhlak Islam ketika menerangkan adab dan amalannya dalam kehidupan pelajar. Guru-guru dikehendaki menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Tegasnya , media eletronik dan komunikasi massa telah digunakan untuk memajukan dan mengembangkan nilai dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ini bertujuan meluaskan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar ketika alam persekolahan dan apabila kembali ke dalam masyarakat bagi menangani arus globalisasi yang semakin berkembang pesat.

Pengenalan komponen adab dan akhlak Islam dalam kurikulum Pendidikan Islam pada 2003 adalah merupakan suatu usaha untuk mempertingkatkan dan mengemaskinikan lagi pengajaran dan pembelajaran akhlak di sekolah yang antara lainnya bagi mencapai matlamat iaitu melahirkan pelajar yang mempuyai ciri-ciri berikut iaitu mantap serta kukuh iman dan fardu kifayah, sebagai pedoman dan amalan hidup, mengamalkan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi memenuhi keperluan dan tanggungjawab ibadah dan berakhlak mulia sebagai pelengkap diri dan tonggak budaya (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002)

Berdasarkan ciri kandungan AAI dan matlamat Pendidikan Islam di atas, adalah jelas bahawa selain mempelajari komponen lain dalm Pendidikan Islam adalah diharapkan pengajaran AAI dapat membentuk pelajar yang mampu mengharungi nilai-nilai luar menerusi iman dan taqwa yang mantap, sebagaimana dijelaskan adab dan akhlak juga akan dapat mengawal diri daripada gejala negetif (Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002). Ini bermakna AAI mesti menjadi induk utama kepada nilai-nilai materialisme, sekularisme, sainstisme. Dengan penuh altruisme ia perlu menggunakan nilai-nilai yang telah diislamisasikan untuk kesejahteraan masyarakat dan persaudaraan atau manusia sejagat. Begitu juga diharapkan pelajar yang berakhlak dan beradab boleh bertindak dalam semua keadaan dengan berkesan dan selamat dari godaan.

Begitu juga, perlu ditegaskan disini bahawa penampilan diri guru di sekolah memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai akhlak Islam. Dalam hal ini, guru atau pendidik perlu bertindak sebagai role model dan mengamalkan nilai-nilai moral dan adab yang baik untuk diteladani oleh pelajar. Sesungguhnya guru adalah pendakwah yang paling berkesan. Guru-guru juga perlu untuk tidak hanya menceritakan ideological legend dalam Islam, tetapi membicarakan model kehidupan dalam dunia yang sebenar. Guru tidak hanya menyampaikan fakta dan pengetahuan tetapi menajamkan makna kemanusiaan dan teknologi di kalangan pelajar agar menghadapi cabaran dan menangani zaman globalisasi dengan jayanya.

Pendidikan Akidah Peringkat Universiti IPTA dan IPTS

Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

Islam dan ilmu tidak boleh dipisahkn. kedua-duanya saling berkaitan dan menjadi obor yang menyuluh jalan kebenaran. Sumber utama kepada ilmu dalam Islam ialah al Quran. Khazanahnya membekalkan panduan kepada kehidupan manusia dan tidak akan habis digali selagi manusia mempunyai hayat. Puncak proses kejadian, penyelidikan dan pembelajaran manusia ialah menemui kebenaran mutlak yang mendekatkan diri manusia kepada Yang Maha Pencipta. Pelbagai disiplin yang mencakupi kehidupan manusia saling berinteraksi bagi menemukan nilai insaniah dalam diri manusia sehinga membezakan diri mereka dengan makhluk lain. Proses iniah yang telah diterokai dalam peringkat pendidikan yang dilaluioleh sejarah Islam.

Perkembangan pendidikan tinggi Islam selaras dengan kehendak al Quran yang antara lainnya ditegaskan oleh Allah s.w.t;

‘Bacalah dengan nama TuhanMu yang mencipta manusia dari setitis air mani. Bacalah dengan nama TuhanMu Yang Maha Mulia. Dia mengajar manusia dengan pena. Mengajar apa yang manusia tidak tahu’. ( Surah al A’laq 1-5)

Selain penekanan terhadap konsep keilmuan dan kegunaan pena untuk menyebarkan ilmu yang menjadi petunjuk kepada jalan kebenaran. Allah s.w.t berfirman:

Tidak sepatutnya bagi orang-orang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka satu kumpulan yang mencari ilmu (tafaqquh fi al din) yang membolehkan mereka memberi peringatan kepada kaumnya sekembalinya nanti. Mudah-mudahan mereka itu dapat menjaga dirinya. (Al-Quran, Surah al Taubah:122)

Akidah islam dalam pembangunan modal insan

Akidah Islam akan melahirkan seseorang atau masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul yang akhirnya akan dijelmakan melalui tingkah-laku, percakapan dan gerak-geri hati seseorang atau sesebuah masyarakat. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati sesseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif.

Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah swt yang maha esa. Lantaran itu menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allh swt. Akidah Islam melahirkan Insan Soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran.

Akidah Islam melahirkan Insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji. Mengikis sifat-sifat yang buruk dan melahirkan manusia yang bertaqwa, tawadhu", ikhlas, redha, amanah dengan segala sifat terpuji yang lain di samping menyingkirkan sifat-sifat yang buruk seperti dengki, sombong, ria", takabur dan seumpamanya yang boleh membawa masalah sosiol dalam masyarakat.

Akidah akan melahirkan seseorang atau sesebuah masyarakat yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia di samping tidak lupa mencari keredhaan Allah swt supaya mendapat kebahagian di akhirat. Melahirkan Insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai perinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengarauh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian Insan dan masyarakat.

Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjah mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan. Melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa.

Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah swt walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Kelaurga Amar bin Yasir demikian juga. Demikianlah para sahabat sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari Akidah Islam yang meressap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka.

Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi saw dan para Sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka amat mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati Akidah Islam yang sebenar.

Kesimpulan

Islam memandang betapa pentingnya akhlak untuk membina sesebuah masyarakat yang lengkap dengan ruh keimanan sebenar dengan adanya keimanan manusia akan menjauhi perbuatan jahat. Iman atau akidah yang mantap dapat membentuk akhlak mulia dan melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat. Kesepaduan ilmu juga amat penting dalam membentuk remaja yang cemerlang akhlak dan perlakuannya. Oleh itu, setiap cabang ilmu perlulah diisi dengan semangat dan roh keagamaan, akhlak atau nilai murni dan moral supaya terasa terkesannya dalam jiwa remaja, jiwa yang mantap dan kental sanggup menghadapi apa jua cabaran adalah hasil daripadadidikan bersepadu akidah dan akhlak serta penyampaian ilmu yang berguna kepada remaja.

Selaras dengan itu, pihak kerajaan telah menggubal dasar pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara. Berdasarkan kepada Falsafah pendidikan bersepadu ini nilai murni dan kerohanian diserapkan dalam mata pelajaran. Selain itu juga, sistem pendidikan bersepadu dapat mengatasi masalah sekularisme di dalam mempelajari dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Strategi yang disusun adalah untuk mengwujudkan integrasi beriman kepada Allah, ilmu yang bermanfaat amal soleh dan akhlak yang mulia.

Oleh yang demikian pendidikan akidah perlu dijadikan teras yang sangat penting bagi peringkat permulaan pendidikan iaitu awal sepasang suami isteri, kandungan, bayi, kanak-kanak sehinggalah dewasa, melalui proses inilah pendidikan berasaskan agama Islam adalah sangat penting untuk membina generasi ummah yang berjaya dunia dan akhirat.

Rujukan

Abdul Salam Muhamad Shukri. 2003. Panduan mengajar akidah kepada kanak-kanak. Pahang :

Penerbit PTS Publications & Distributor SDN.BHD.

Abdullah Muhammad Zin, Zulkifli Abd Ghani, Abdul Ghafar Hj Don. Pendidikan Islam di

Malaysia dari pondok ke Universiti. Cetakan pertama 2005. lembaga Bersekutu Pemeganag Amanah Pengajian Tinggi Islam Malaysia.

Affendi bin Ismail. 2001. Pengajaran tamadun Islam di ITM: Suatu analisis terhadap persepsi

pelajar non-muslim. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Basri Awang Mat Dahan, Zawawi Ismail & Muhammad Azhar Zailani. 2005.

Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ismail Ahmad. 1994. Horizon Baru dalam Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan

Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Yahaya Ibrahim. 2004. Etiologi masalah sosial: kajian terhadap remaja di sungai petani, kedah.

Jurnal psikologi dan pembangunan manusia. (No. 20) :

M.Wasiullah Khan. 1989. Pendidikan dan masyarakat dalam dunia Islam. Penerbit: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Shahrul Anuar bin Mohamed. 2002. Persepsi pelajar non muslim terhadap agama dan umat Islam

di Uninersiti Multimedia, Melaka. Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Fatimah Abd Rahman & Hamiza Ibrahim. 1994. Islam: penyelesaian permasalahan zaman

moden. Penerbit: Institut kefahaman Islam Malaysia.

Dr Kh Didin Hafidhuddin. 2008. Islam Aplilatif. Gema Insani Press. Jakarta.

Ataul Huq Pramanik. 1998. Pembangunan dan Pengagihan dalam Islam. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abd Malik Mujahid. 2002. The Concise Collection on Creed and Tauhid. Penerbit: Darussalam Publishers and Distributor.

Dr Abd Aziz Muhammad As-Salman. 2000. Soal Jawab Aqidah Islam. Darul Nu’man, Kuala Lumpur

Haji Abd Hadi Awang. 2006. Muqaddimah A’jdah Muslim. Penerbit : Saujana Media. Kuala Lumpur.

B. Aisha Lemu. 1997. Islamic Aqidah and Fiqh. Penerbit : Skokis Iqra International Educational Foudation.

Abd Aziz Ismail. 2006. Ilmu Tauhid Membentuk Peribadi Mukmin. Penerbit : Al-Hidayah Publisher.