BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 27, 2013

NOTA KKQ TING.1 (BAB1: ULUM AL-QURAN)

Pengertian Al-Quran:
sudut bahasa=bacaan atau qiraat.
sudut istilah=kalam Allah yang bermukjizat(melemahkan) yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab, yang ditulis dalam beberapa mashaf bermula dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah An-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan satu ibadah(kalau baca dapat pahala).

NAMA2 LAIN BAGI AL-QURAN:
1.Al-quran=kata2 indah
2.Al-Kitab= bacaan dan ilmu.
3.Al-Furqan=membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
4.Al-Zikru=peringatan.
5.At-Tanzil=yang diturunkan.


SEBAB AL-QURAN DINAMAKAN KITAB SUCI:-Al-Quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim. ianya terpelihara dari segala kesalahan dan kesilapan. ianya dipanggil suci kerana memiliki ciri2 tersebut:

1. suci daripada campur tangan manusia.
2. ajarannya sesuai dengan fitrah manusia.
3. isi kandungannya tidak bertentangan antara satu sama lain.
4. ia terpelihara daripada sebarang penyelewengan
5. ia hendaklah dibaca mengikut hukum tajwid yang betul, serta menjaga sifat dan makhraj hurufnya.
6. isi kandungannya hendaklah difahami dan diamalkan.
7. seseorang yang ingin menyentuhnya mestilah dalam keadaan berwudhu'.


PERBEZAAN DIANTARA AL-QURAN DENGAN HADIS RASULULLAH S.A.W:
Al-Quran=
1. Lafaz dan makna daripada Allah S.W.T.
2. Sumber hukum pertama.
3. Wahyu Allah yang disampaikan melalui malaikat Jibril kepada Rasulullah.
4. Disyaratkan berwudu' ketika hendak menyentuhnya. 
5. Ayat Al-Quran dibaca di dalam solat.

Hadis Rasulullah=
1. Lafaz dan makna daripada Rasulullah
2. Sumber hukum kedua.
3. Perbuatan, perkataan, dan pengakuan Rasulullah.
4. Tidak disyaratkan berwudhu' ketika hendak menyentuhnya.
5. Tidak boleh dibaca di dalam solat.

ADAB2 MEMBACA AL-QURAN:

Adab Sebelum Membaca Al-Quran=
1. niat dengan ikhlas.
2. berwudhu'.
3. meletakkan Al-Quran di tempat yang bersih dan tinggi.
4. berpakaian bersih dan menutup aurat.

Adab Semasa Membaca Al-Quran=
1. memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan dengan membaca istiazah.
2. membaca dengan tertib, cermat, bertartil dan bertajwid.
3. bertalaqi dan bermusyafahah di hadapan guru.
4. menghayati isi kandungan Al-Quran

Adab Selepas Membaca Al-Quran=
1. menutup Al-Quran dan berdoa.
2. mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
3. membawanya dengan penuh hormat dan cermat dan meletakkannya di tempat yang sesuai.
4. sentiasa mematuhi segala ajaran Al-Quran.