Cinta.. Satu ungkapan kata yang masih menjadi persoalan tanpa jawapan dalam kamus hidupku.
Entah berapa buah buku, entah berapa buah catatan dan entah berapa lama mataku meliar sekitar ruang maya dalam mencari jawapan yang ku kira dapat ku terima menurut logik fikirku.
Bila ku imbas dan fikir kembali berkenaan usahaku mencari jawapan tersebut, timbul persoalan baru, apa yang aku cari sebenarnya? Maksud cinta? Atau mencari sebuah cinta.. Mengapa harus ku mencari maksud cinta yang menurut logik fikirku sendiri. Adakah cinta yang ditakrifkan oleh ibnu Qayyim itu belum menepati rasaku? Apakah juga bahaya cinta sesama manusia yang diperingatkan dalam kitab al-fiqh al-minhaji 'ala mazahib arba'ah itu belum cukup untuk aku mengemudi rasa dan resah dalm hati ku?
AstaghfirulLah... Istighfarlah, bisik hatiku..
Lagi-lagi aku buntu. Terus buntu. Timbul rasa bersalah.. Siapalah aku jika nak dibanding mereka itu. Membaca tulisan mereka pun aku perlukan bantuan guru, apatah lagi untuk menyanggah pendapat mereka dengan ilmuku yang entah apa-apa ini. Sedangkan mereka, setiap kali sesebuah pendapat dikeluarkan, sandaran mereka hanyalah kepada al-Quran dan hadis... Aku, hanya bersandar aqal semata, yang entah jernihnya ke mana.
Astaghfirullah
Bagaimana bisa aku mendamba cintanya, seorang manusia yang jitu yakinnya bahawa lelaki baik utk perempuan yang baik dan peremppuan yang baik utk lelaki yang baik? Malahan dia berusaha ke arahnya, melengkapkan diri dengan segala demi mencapai gelar at-Toiyyibat.. Sedangkan aku masih dan terus leka dengan hawa nafsu ku sendiri... Jamaahnya ke mana, Qurannya entah bila dibaca, amar makruf dan nahi munkar belum terbiasa, malah sering lupa..
Perlukah dan tepatkah tindakan jika aku melupakannya?
Sekurangnya, biarlah dia menjadi motivasi untukku berubah, berusaha menjadi at-Toiyyibun. Seadanya!
0 ulasan:
Post a Comment