RANCANGAN MENGAJAR
Tingkatan : Tiga
Tarikh : 13 MAC 2008
Hari : Khamis
Masa : 12.00PM-12.30PM
Matapelajaran : Pendidikan Islam: Adab Dan Akhlak Islamiah.
Tajuk : Adab Terhadap Ibubapa.
Kata kunci : Konsep keibubapaan, adab-adab anak-anak terhadap ibu bapa, perbuatan
derhaka kepada ibu bapa, faedah beradab kepada ibu bapa.
Tujuan am : Menghayati dan mengamalkan adab-adab terhadap ibu bapa.
Objektif pengajaran : Di akhir pelajaran pelajar dapat:
1. Menyatakan konsep keibubapaan.
2. Menghuraikan adab-adab terhadap ibu bapa.
3. Menerangkan perbuatan derhaka kepada ibu bapa.
4. Membezakan antara mentaati dan menderhakai ibu bapa.
5. Menghuraikan faedah beradab kepada ibu bapa.
Kemahiran berfikir : Menghubungkait dan membuat perbezaan antara mentaati dan
menderhakai ibu bapa.
Teknik pengajaran : Kuliah
Teknik penyoalan.
Bahan Bantu mengajar: Komputer, Power point, white board dan LCD
ISI PENGAJARAN
- Konsep keibubapaan
Ibu bapa ialah insan yang paling istimewa, menyediakan segala keperluan kita dari kecil sehingga dewasa. Menumpukan seluruh tenaga dan rela berkorban apa sahaja demi kebaikan dan keselamatan anak-anak.
- Adab-adab anak terhadap ibu bapa.
- Mentaati perintah mereka selagi tidak menyalahi syara’.
- Berbicara dengan lemah lembut.
- Perbuatan derhaka terhadap ibu bapa.
1. Bercakap kasar , mempersendakan atau mengherdik ibu bapa.
2. Melanggar atau menentang perintah mereka yang tidak bertentangan dengan perintah ALLAH.
- Faedah beradab kepada ibu bapa.
- Memperolehi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
- Urusan dunia dipermudahkan oleh ALLAH.
LANGKAH – LANGKAH PENGAJARAN :
Langkah | Aktiviti pengajaran | Aktiviti pembelajaran pelajar | ABM/ catatan |
Permulaan (2-3 minit) | 1) Guru menayangkan video tentang penderhakaan terhadap ibu bapa. 2) Guru bertanyakan pelajar, apakah tajuk pelajaran hari ini berdasarkan video tersebut. 3) Guru menyatakan apa tajuk pelajaran pada hari ini dan subtopiknya. | 1.) Pelajar menonton video tersebut. 2.) Pelajar menjawab pertanyaan guru dengan pelbagai jawapan.. | 1.) Kaedah soal jawab 2.) White board 3.) Komputer dan LCD |
Perkembangan (8-10 minit ) | 1) Guru bertanyakan pendapat pelajar mengenai konsep keibubapaan. 2) Guru pula menjelaskan tentang konsep keibubapaan. 3.) Guru bertanyakan pelajar lagi mengenai adab-adab terhadap ibu bapa. 4). Guru pula menerangkan adab-adab terhadap ibu bapa. 5.) Guru bertanyakan pelajar lagi mengenai perbuatan derhaka kepada ibu bapa. 6.) Guru pula menerangkan perbuatan derhaka kepada ibu bapa. 7.) Guru meminta pelajar menjelaskan tentang faedah beradab kepada ibu bapa 8.) Guru menjelaskan faedah beradab kepada ibu bapa. | 1.) Pelajar memberi pendapat. 2.) Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting. 3.) Pelajar memberi pendapat. 4.) Pelajar menyalin isi-isi penting. 5.) Pelajar memberi pendapat mereka masing-masing. 6.) Pelajar mendengar penerangan guru dan mencatat nota penting. 7.) Pelajar memberi pendapat mereka. 8.) Pelajar menyalin isi-isi penting. . | 1.) Kaedah soal jawab 2.) White board 3.) Komputer dan LCD |
Penutup (2-3 minit) | 1) Guru meminta seorang pelajar merumuskan apakah pembelajaran yang telah dipelajari pada hari ini dan guru merumuskan pengajaran. 2) Guru meminta pelajar membuat nota ringkas berkaitan tajuk tersebut sebagai kerja rumah. | 1.) Pelajar membuat rumusan dan mendengar rumusan yang dibuat oleh guru. 2.) Pelajar membuat tugasan yang telah diberikan oleh guru | |
TUGASAN LANJUTAN : Guru meminta pelajar membuat nota berbentuk
peta minda sebagai kerja rumah.
PENILAIAN KENDIRI : __________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
CATATAN PENYELIA : __________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
R-SAD...
0 ulasan:
Post a Comment