BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, April 20, 2009

Ya allah...tolonglah....

Ya allah....

Hatiku sakit sgt2….

Hatiku sakit sgt2….

Hatiku sakit sgt2….


Berilah kekuatan kpd ku...

Aku rasa mcm nk lari je dr sini...

Sunday, April 19, 2009

Esok aku start exam daa...

Esok paper asas penyelidikan (3.30)....
hu3...

xtahu la naik ke x yg aku spot sendiri nie...
mintak2.. msk la...
sakit kepala nk bc byk2...
adeh...

Saturday, April 18, 2009

Maafkan Aku

Assalamualaikum...

Malam nie selepas aku stdy lebih kurang…Aku x leh pejam mataku…Mmg diri nie nk tdo sgt2…Letih sgt2…Tp hatiku teringatkan seorang insan…Aku x tahu apa yang aku perlu lakukan lagi…Setiap kali hatiku ingin memikirkannya...Aku cuba jauhkan fikiranku

Memikirkan benda lain...Tp hatiku x mampu…Aku tertekan dgn persaan aku sndiri...Sekarang nie aku tak de sesiapa utk aku cintai mcm org lain...Yang aku tahu sekarang…Aku cuba mencari keseronokan sendiri... yg boleh wt hatiku epy sekarang...Untukku tempuhi hari2 yang mendatang...Hatiku xmampu lalui semua nie....Maafkan aku...

Friday, April 17, 2009

haTi & pEraSaaN...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka.

Wallahu A'lam...

Siapa sebelum kita....Guru (Ibu)

....dahulu, cikgu mengajarku bahasa, bahasa yang aku sendiri tidak memahaminya..aku hanya mendengar dan mengikut tutur katanya, cikgu ketawakanku bilaku menyebutnya dengan nada berbeza, aku tak tahu apa apa, hanya sekadar senyum, tak pernah berkecil hati dan sememangnya hatiku kecil ketika itu..aku membuat apa apa sahaja yang disuruh cikguku..aku patuh, aku tunduk, aku hormat, cikguku seronok melihat aku begitu, tak sia sia pengorbanan cikguku itu...kadang kadang cikgu marahkanku disebabkan kenakalanku..aku belum mumaiyiz, tak tahu mana baik buruk..tapi, cikguku tak pernah jemu mengajarku, niatnya hanya satu, menjadi manusia yang sebetulnya manusia..kerana dia tahu, di hadapanku terlalu banyak dugaan yang bakal ku tempuhi..cikguku selalu meninggalkan pesan, jangan di abai suruhanNya...yang wajib, wajibkanlah..yang sunat, kerapkanlah...aku dengar, aku tahu, aku ingat..tapi sekarang aku dah besar, jasa cikguku semakin hilang dari ingatanku..aku jauh darinya, tak mungkin dia tahu apa aku sedang buat, tak mungkin dia tahu apa aku akan buat..aku jarang sekali mendengar suara cikguku memanggilku dengan penuh kasih sayang...hilang semuanya, aku alpa dengan apa yang aku ada, apa yang aku dapat..berkat atau tidak aku tidak peduli..cikguku pasti tertunggu suara ku yang manja suatu tika dahulu..mungkin begitu, dan pasti begitu...aku hanya manusia yang lemah, lemah dengan segala dugaan duniawi..lupa segala jasa cikguku, lupa pengorbanannya padaku sebelum dia pergi selamanya dan sememangnya cikguku telah pergi meninggalkanku..mungkin aku terlambat, ya...aku sudah terlambat untuk meminta maaf dari ibuku, cikgu pertama yang mengajarku erti kehidupan sebenar..ibu, maafkan segala kesilapanku yang belum sempat anakmu ini sampaikan, anakmu terlewat untuk bersikap jujur padamu..tidak adil untukmu menerima layanan sebegini dariku..aku berdosa, aku lupa pada pesananmu..noda dan cela yang akan ku bawa nanti tetap akan ada bersama, oleh kerana terlalu mengikut nafsu..aku memohon maaf darimu atas semua kesalahanku yang tidak engkau tahu..kerana baruku sedar, aku takkan wujud sekiranya engkau tiada di alam ini sebelumku...Ya Allah, himpunkan ibuku dikalangan orang orang yang dirahmatiMu..

Friday, April 10, 2009

Biarku menarik diri....

Mmm….

Aku just nk kongsi perasaan ku mlm nie…

Aku x tau apa yg ptt aku lakukan lg...

Aku rasa...

Dengan keadaaan begini....

Lebih baik...

Aku menarik diri...

Drpd keadaan aku begini, teruk sgt2...

Membuatkan diri ku memberontak...

Diriku tersiksa sgt2..

Merana sgt2...

Hati ku sakit sgt2..

Pedih sgt2...

Ya allah...

Tolonglah..Tolonglah..Tolonglah....

Minggu dpn Aku da nk exam...

Jgn buat jiwa ku bgni…

Plzzz…

Plzzz sgt2…

Aku tahu...

Org yg aku sygi...

Lebih pentingkan org lain drpd Ku....

Aku x kisah semua tu...

Aku x kisah...

Aku x kisah kalo die pentingkan org lain, kerjayanya....

Tp..jgn buat aku begini....

:(...

Thursday, April 9, 2009

"IBU" atau "PASANGAN?"? ?

Orang kata aku lahir dari perut ibu..

Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu

Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Umi!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu

Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu

Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu

Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu

Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..

Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu

Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu

Bila sedih, aku mesti telefon ibu

Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu

Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu

Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu

Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu

Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

Yang selalu puji aku.. Ibu

Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Bila nak kahwin..

Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Bila dh ada pasangan sendiri....

Bila seronok ... Aku cari pasanganku

Bila sedih ... Aku cari Ibu

Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku

Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku

Bila berduka ... aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku

Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu

Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku

Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu...... ..Aku ingat pasanganku

Selalu.....Ibu ingat kat aku

Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku

Entah bila....Aku nak talipon ibu

Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu

bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku

boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh

ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah,

al-fatihah, al-fatihah.

Ya allah panjangkan lah usia ahli keluarga ku...agar aku sempat untuk membalas jasa mereka walaupun aku tak terdaya membalas kesemuanya...