salam ramadhan...semoga ramadhan kali ini memberikan kita seribu kemanisan iman..maaf dipohon atas semua silap dan salah diri ini....
Tuesday, August 10, 2010
Sunday, August 8, 2010
Bermula Berakhirnya Ramadhan, Suka atau Duka?

Assalamualaikum...
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah :
Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Dalam ayat diatas jelas menunjukkan outcome terhadap orang-orang yang berpuasa adalah sejauh mana taqwanya meningkat. Kita? Adakah taqwa kita meningkat? Sesungguhnya untunglah orang-orang yang berjaya mendapat outcome yang dijamin oleh ALLAH ayat diatas. Siapakah orang-orang tersebut?
Mereka ialah orang orang merasai terkesannya diri untuk menjadi lebih baik, gembira sewaktu kedatangan ramadhan dan sedih sewaktu pemergiannya. Mengapa mereka merasai begitu? Sudah tentulah kerana ganjaran dan kebaikannya tidak ada di dalam bulan-bulan lain.
Antara kelebihan ramadhan ialah :
Pahala kebaikan digandakan. MasyaALLAH. Bayangkan kalau diluar ramadhan setiap satu kebaikan akan diberi sepuluh ganjaran, apatah lagi ramadhan? Sebagai contoh, dengan membaca al-Quran, ganjarannya mengikut berapa huruf yang dibaca. Jika satu surah al-Fatihah di baca pada luar bulan ramadhan, setiap huruf di beri ganjaran sepuluh kebaikan. Jika dibulan ramadhan, hanya dengan surah al-fatihah berganda-ganda ganjarannya. Apatah lagi yang menghabiskan satu Al-Quran. Begitu juga sedeqah dan sebagainya.
Allah membuka pintu keampunan seluas-luasnya. Sedangkan Rasulullah yang ma’sum pon setiap hari bertaubat kepada ALLAH, inikan lagi kita, manusia biasa, yang tidak diberi apa-apa jaminan syurga. Hanya orang-orang bijak sahaja yang mengambil peluang sehabis baik meminta keampunan di bulan ini. Setiap tangisan airmata yang keluar ikhlas kerana ALLAH itulah yang akan membantu menyelamatkan kita dari seksaan azab api neraka.
Malam lailatulqadar. Ganjaran yang ada pada malam ini sama seperti beribadat selama 1000 bulan atau bersamaan dengan 83 tahun. Mengikut salah satu pendapat ulama’ berdasarkan nas-nas, ia berlaku pada sepuluh malam ganjil sepuluh terakhir bulan ramadhan. Semua ciptaan ALLAH tunduk sujud dengan cara tersendiri pada malam itu, Inikan lagi manusia, yang diberi aqal, mereka perlulah lebih berusaha mencari malam ini.
Seperti firman Allah dalam (surah Al-Qadr : 1-5)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Doa dimakbulkan. Antara doa-doa akan ALLAH akan makbulkan dengan hebat ialah doa orang-orang yang berpuasa. Itupun jika puasa dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Berusaha untuk mencapainya, bukan setakat berdoa sahaja.
Dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Oleh itu wahai rakan sekalian, sambutlah aidilfitri dengan kegembiraan yang berpada-pada, janganlah sampai menjadikan syawal sebagai hari balas dendam atas segala apa yang kita tahan selama bulan ramadhan.
Kepada yang berusaha pergi bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usahamu untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan. Kepada mereka yang berusaha berhenti merokok pada bulan ramadhan, teruskan usaha anda untuk berhenti merokok. Kepada yang selalu menahan diri untuk mencarut pada bulan ramadhan, jaga mulutmu dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.Kepada mereka yang letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kau mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.Kepada mereka yang menahan diri dari berdating dengan temanmu di bulan ramadhan teruskan usahamu membina pertalian suci diantara dua hati yang bukan muhrim.
Kepada mereka yang menahan nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang terjurus kepada kelucahan semasa bulan ramadhan, jadikan syawal dan bulan-bulan seterusnya sebagai permulaan kepada pengakhiran.Kepada mereka yang berusaha menutup aurat untuk bertarawikh di surau pada bulan ramadhan, teruskan usaha sucimu itu dibulan-ulan seterusnya. Agar ia menjadi kebiasaanmu kelak.Dan begitulah selanjutnya, jadikanlah ramadhan sebagai latihan untuk kamu menjadi insan yang lebih berguna.Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk menghabiskan ramadhan pada tahun ini, dan sampaikanlah aku ke ramadhan seterusnya. Amin, Ya Rabbal- Alamin
Hadith Rasulullah SAW:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. -Riwayat Ahmad dan At Tabrani daripada Anas-
Sumber : thahalatef.wordpress.com
Sunday, August 1, 2010
Gambaran Ketika Di Padang Masyar....
BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.
Wallahualam
Saturday, July 31, 2010
Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!....

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki...sayangilah ibumu...nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa....krn ibu juga insan biasa...x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)...Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suam /abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."
SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI....
Ramadhan yang mulia akan tiba...
salam alaik....
Walaupon lebey kureng seminggu lagi bulan yang mulia akan tiba ana ingin mengambil kesempatan disini untuk ana memohon maaf seandainya ana terkasar bahasa atau antum semua terasa hati akan ana yang daif ni.Kemaafan dendam yang terindah .Moga2 Allah memudahkan puasa kita dan segala urusanNya..AMIN YA ROBBAL'ALAMIN.
Sunday, July 18, 2010
Apa itu Suka, Sayang dan Cinta?
Menyukai, menyayangi dan mencintai? tak sama kan? kalau orang tu cakap dia suka kita, tak semestinya dia sayang dan cinta kita, kan? tapi kalau dia cakap dia cinta kita, maknanya dia sayang dan suka la eh? camtu? jom kita hayati each word of menyukai, menyayangi dan mencintai..
bila kamu menyukai seseorang, kamu akan rasa ingin memiliki untuk keegoan kamu sendiri.
bila kamu menyayangi seseorang, kamu akan rasa ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk diriimu sendiri.
bila kamu mencintai seseorang, kamu akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwa kamu.
Suka adalah pada saat dia menangis, kamu akan berkata, “sudahlah, jangan menangis”
Sayang adalah pada saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
Cinta adalah pada saat dia menangis, kamu akan membiarkannya menangis dipangkuan kamu sambil berkata, “mari kita selesaikan masalah ini bersama”
Suka adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “tampannya kamu”.
Sayang adalah saat kamu melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
Cinta adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”.
di saat orang yang kamu suka menyakitimu, kamu akan marah dan tidak mahu berbicara dengannya.
di saat orang yang kamu sayang menyakitimu, kamu akan menangis.
di saat orang yang kamu cintai menyakitimu, kamu akan berkata, “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.
di saat kamu suka padanya, kamu akan memaksanya untuk menyukaimu.
di saat kamu sayang padanya, kamu akan membiarkannya memilih.
di saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
Suka adalah kamu akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
Sayang adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
10s...rsad
