BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, March 12, 2009

HADITH HUKUM ( DENGKI YANG DIHARUSKAN )

1.0 Pengenalan

Sifat dengki bermaksud suatu sifat hati yang buruk dan keji yang mana seseorang itu berhasrat atau berharap atau bercita-cita supaya suatu nikmat atau kejayaan yang diperolehi oleh orang lain akan lenyap, sama ada dalam masa terdekat atau lambat. Antara lain juga seseorang yang mempunyai perasaan dengki atau irihati tersebut berharap nikmat dan kejayaan yang dicapai oleh orang lain akan berpindah atau ia yang memperolehinya[1] atau mereka sama-sama tidak memperolehinya.

Contohnya dalam aspek ekonomi, sosial, politik, harta benda, pangkat, peluang pekerjaan dan lain-lain. Hal ini juga bercanggah dengan tuntutan syariat Islam supaya kita saling hormat-menghormati, khususnya seseorang muslim itu hendaklah mengasihi muslim yang lain seperti mengasihi dirinya sendiri, bukan berusaha untuk merosakkan atau seronok melihat seseorang itu menderita.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis:[2]

لا يؤمن أحدكـــم حتـــي يحـــب لأخيـــه مـــا يحـــب لنفســـه.

Maksudnya:

“ Belum sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah ia mengasihi saudarnya (sesame muslim) sama seperti ia mengasihi dirinya sendiri.

Walaubagaimana pun, di dalam syariat Islam terdapat dua bentuk dengki yang diharuskan yang dikecualikan daripada dosa, sebagaimana hadis di bawah ini :

2.0 Hadith dan Terjemahan

عن عبد الله ابن مسعود رضي الله عنـــه قـــال سمـــعت النبي صلـــي الله عليـــه وســـلم يقـــول لاحســـد ألافـــي اثنتين رجل اتاه الله مالا فســـلطه علـــي هلكتـــه فـــي الحق ورجـــل اتـــاه الله حكمـــة فـــهو يقضـــي بـــها ويعلمـــها.

Maksudnya :

“ Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Tidak ada perasaan irihati atau dengki (dengki yang diharuskan) kecuali dalam dua pekara : Pertama, dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan harta benda, lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan. Kedua, dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh allah s.w.t. dengan hikmat (kecerdasan dan ilmu pengatahuan) dan mengajarkannya “. [3]

3.0 Huraian kalimah

لاحســـد ألافـــي اثنتين))

Tidak boleh seseorang itu timbul dalam dirinya atau dalam hatinya perasaan irihati atau dengki terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang yang lain, kecuali dalam dua perkara.

رجل اتاه الله مالا))

Seseorang lelaki yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan harta benda. Walaupun di dalam hadis menyebut perkataan (رجل) lelaki, namun ia atas dasar majoriti dan kebiasaan lelaki bekerja mencari nafkah manakala wanita sebagai suri rumah. Pelaksanaannya merangkumi lelaki dan wanita.

فســـلطه علـــي هلكتـــه فـــي الحق))

Lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan (ia membelanjakan hartanya untuk tujuan kebajikan dan secara adil).

ورجـــل اتـــاه الله حكمـــة))

Seseorang lelaki yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan hikmat kecerdasan dan ilmu pengetahuan. Iaitu lelaki yang berilmu pengetahuan.

فـــهو يقضـــي بـــها ويعلمـــها))

Lalu ia beramal dengannya dan mengajarnya ilmu yang ada pada dirinya diamalkan serta disampaikan kepada orang lain.

4.0 Kandungan Hadis

4.1 Huraian ringkas

Dalam hadis tersebut di atas menjelaskan berkaitan dengan dua bentuk perasaan dengki sahaja yang dikecualikan daripada dosa, manakala semua bentuk dan jenis dengki selain keduanya itu adalah diharamkan serta tergolong dalam jenis syirik khafi yang menghapuskan amalan seseorang. Dua bentuk perasaan dengki atau irihati yang diharuskan tersebut, malahan digalakkan ada dalam diri seseorang, iaitu :

1. Perasaan cemburu terhadap saudara sesama Islam yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan kekayaan dari sudut material atau harta benda dari sumber yang halal dan berfaedah. Ia menghabiskan harta tersebut untuk didermakan, berzakat, infaq serta sebarang bentuk amal kebajikan, jalan kebaikan demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

2. Perasaan cemburu terhadap saudara mereka sesama Islam yang telah dikurniakan oleh Allah s.w..t dengan hikmat serta ilmu pengatahuan yang menjadikan ia sebagai ulama, pendakwah, pengajar, tawadduk, khusyuk serta juga tekun beramal dengan ilmu pengatahuan yang dipelajarinya itu.

Selain daripada dua perkara tersebut, dengki adalah diharamkan , malah ia akan menyebabkan amalan kebajikan seseorang itu akan terhapus. Dengki yang diharamkan selain dua perkara tersebut dapat dijelaskan sebagaimana hadis dari Anas bin Malik, Nabi bersabda :[4]

لا تبـــاغصوا ولا تحاســـدوا ولاتدابـــروا وكونـــوا عباد الله اخوانا ولا يحـــل لمســـلم أن يـــهجر أخـــاه فوق ثـــلاث.

Maksudnya :

“ Janganlah kamu saling benci membenci, saling berdengki dan belakang membelakangi, jadilah kamu hamba hamba allah s.w.t. yang bersaudara. Kerana tidak halal seseorang muslim itu tidak bertegur sapa dengan muslim lain lebih daripada tiga hari ”.

Dalam hadis lain daripada abu Ayyub al-Ansari, Nabi bersabda :[5]

لا يحل لمسلم أن يـــهجر أخـــاه فـــوق ثـــلاث ليـــال يلتقيـــان فيعرض هذا ويعـــرض هـــذا وخيرهمـــا الذي يبدا بالســــــلام.

Maksudnya :

“ Tidak halal seseorang muslim itu tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari tiga malam. Apabila keduanya bertemu saling memalingkan muka, yang lebih baik daripada mereka berdua ialah yang memulai mengucapkan salam ”.

4.2 Huraian terperinci

Apa yang dapat dikaitkan dengan hadis yang tersebut ialah golongan manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t. di permukaan bumi ini. Sebagaimana yang dapat dikaitkan dengan hadis tersebut dapat dikategorikan kepada empat jenis manusia yang secara ringkasnya dapat dinyatakan:

  1. Seorang hamba Allah yang dikurniakan rezeki dan arta kekayaan dan ilmu pengetahuan. Ia telah menggunakan hartanya itu sebagai wasilah untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t juga untuk membantu kaum kerabat dan melakukan kebajikan kerana Allah s.w.t. Golongan ini adalah golongan yang paling tinggi tingkatnya dan terpuji kedudukannya.

  1. Seorang hamba Allah yang dikurniakan dengan ilmu pengetahuan namun ia tidak memiliki harta kekayaan namun di sudut hatinya tersemat niat dan tekad : andaikata aku memiliki arta kekayaan, pasti akan aku lakukan apa yang telah dilakukan si dia yang kaya itu. Lantaran itu ia mendapat pahala kerana niat yang suci itu hingga menyamai pahala orang kaya yang pemurah sebagaimana yang diidam-idamkannya.

  1. Seorang hamba yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan namun tidak berilmu. Lantaran itu ia menggunakan kekayaan itu bukan untuk kebajikan, bukan untuk bertaqwa juga bukan untuk membantu kerabatnya, bahkan juga ia tidak menunaikan kewajipan Allah. Orang ini merupakan seburuk-buruk dan sekeji-keji manusia.

  1. Seorang hamba yang tidak dikurniakan oleh Allah dengan rezeki kekayaan dan tidak dikurniakan ilmu pengetahua, namun ia berniat dan tertanam dalam sanubarinya : andai kata aku memiliki harta pasti akan aku lakukan seperti si kaya yang pentingkan diri, tidak bertaqwa dan mewah itu. Maka kedua-dua golongan ini adalah sama dosanya.

Sebenarnya orang yang mempunyai perasaan hasad dengki atau irihati terhadap orang lain merupakan orang yang tidak maju, tidak berwawasan serta tidak ada potensi akan maju. Hal tersebut kerana ia tidak dapat menumpukan sepenuh pemikirannya terhadap kerjayanya dan memajukan dirinya selagi apa yang ia dengkikan itu tidak tercapai. Hatinya sentiasa gelisah dan tidak tenteram, seterusnya juga menbawa kesan kepada keimanan terhadap ketetapan allah s.w.t., iaitu menujukkan ia tidak redha terhadap qada’ dan qadar Allah s.w.t.

Sejarah pertama yang dapat dikesan bermula dan berlakunya sifat dengki dan iri hati ialah daripada kisah Qabil terhadap adiknya Habil, sebagaimana yang diabdikan melalui firman Allah s.w.t.:

@ø?$#ur öNÍköŽn=tã r't6tR óÓo_ö/$# tPyŠ#uä Èd,ysø9$$Î/ øŒÎ) $t/§s% $ZR$t/öè% Ÿ@Îm6à)çFsù ô`ÏB $yJÏdωtnr& öNs9ur ö@¬6s)tFムz`ÏB ̍yzFy$# tA$s% y7¨Yn=çFø%V{ ( tA$s% $yJ¯RÎ) ã@¬7s)tGtƒ ª!$# z`ÏB tûüÉ)­FßJø9$# ÇËÐÈ

Maksudnya:

“ Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang Sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, Maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). ia Berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah Hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa" ”.(al-Mai’dah : 27).

Sesungguhnya sifat dengki itu adalah salah satu daripada penyakit hati yang juga merupakan suatu sifat yang bertentangan dengan sifat ikhlas. Justeru itu, seorang yang mana wujud dalam jiwa dan dirinya perasaan irihati, menunjukkan ia tidak ikhlas, sama ada dalam rangka huungannya dengan manusia atau hubungannya dengan Allah s.w.t.. ia merupakan penyakit ikhlas serta salah satu daripada syirik khafi yang diharamkan dalam Islam.

Sifat dengki juga merupakan penyebab kepada pendengki itu jauh dari ramat Allah s.w.t. dan menimbulkan kesan negative kepada masyarakat. Antaranya ialah:

1. Salah satu daripda sifat orang munafiq yang merasa iri hati atau dengki apabila umat islam mendapat kejayaan dan bergembira apabila menerima kesusahan.

Sebagimana firman Allah:

bÎ) šö7ÅÁè? ×puZ|¡ym öNèd÷sÝ¡s? ( bÎ)ur šö7ÅÁè? ×pt6ŠÅÁãB (#qä9qà)tƒ ô‰s% !$tRõ‹s{r& $tRtøBr& `ÏB ã@ö6s% (#q©9uqtGtƒur öNèd¨r šcqãm̍sù ÇÎÉÈ

Maksudnya:

“ Jika kamu (wahai Muhammad) mendapat sesuatu kebaikan, maka kebaikan itu menyebabkan mereka (orang munafiq) sakit hati, dan jika kamu ditimpa oleh sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya kami sebelumnya telah memperhatikan urusan kami (Tidak pergi perang)" dan mereka berpaling dengan mereka bergembira.” (al-Taubah : 50).

2. Dengki yang pertama berlaku antara makhluk di langit ialah iblis dengan Nabi Adam a.s. yang mana iblis dengki dan takabur yang menyebabkan iblis dan kuncu-kuncunya menjadi kufur.

3. Sejarah dengki pertama antara makhluk di bumi berlaku antara anak Adam a.s. iaitu Qabil yang dengki terhadap adiknya Habil yang menyebabkan berlakunya pembunuhan jiwa pertama.

4. Dengki juga menghapuskan amalan.

5. Dengki salah satu sifat orang Yahudi semenjak dahulu dan kini sebagai contohnya mereka dengki kepada Thalut yang dilantik menjadi raja mereka disebabkan Thalut tidak memiliki harta sebagaimana firman Allah s.w.t:

4 (#þqä9$s% 4’¯Tr& ãbqä3tƒ ã&s! ہù=ßJø9$# $uZøŠn=tã ß`øtwUur ‘,ymr& Å7ù=ßJø9$$Î/ çm÷ZÏB öNs9ur |N÷sムZpyèy™ šÆÏiB ÉA$yJø9$# 4

Maksudnya:

“ Mereka menjawab: "Bagaimana dia (Thalut) memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang dia pun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak ”

5.0 Hukum yang dapat diistinbatkan

1. Menuntut ilmu itu adalah wajib terhadap setiap muslim lelaki dan perempuan.

2. Dengki adalah diharamkan dan salah satu syirik khafi.

3. Ilmu itu membolehkan seseorang melakukan segala amalan dengan sempurna dan

yakin kepada Allah.

4. Setiap orang mestilah bertekad dan berazam untuk memiliki ilmu pengetahuan secara

mendalam dan sebanyak mungkin.

5. Orang yang berilmu itu wajib mengajar dan wajib menyampaikan kepada orang lain

mengikut kemampuannya dan tahap ilmu yang ada padanya.

6.0 Penutup

Di dalam hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa tidak digalakkan adanya perasaan dengki dan irihati melainkan dalam dua keadaan, iaitu : keadaan orang yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. harta benda serta menjadikannya menguasai dirinya dengan menghabiskan harta kekayaannya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya. Keadaan kedua orang yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. ilmu pengetahuan agama, lalu dia beramal dengannya dan mengajarkannya kepada orag lain.



[1] Al-Syeikh Muhammad bin Salim bin Husain al-kadadiy, Islah al-Mujtama’, h.103.

[2] Al-Bukhari, Kitab: al-Iman, Bil: 12. Muslim, Kitab: al-Iman, Bil: 64, al-Tarmizi, Kitab: Sifah al-Qiyamah, Bil: 2439.Ibn Majah, Kitab: al-Muqaddimah, Bil: 65.

[3] Al-Bukhari, Kitab al-‘Ilam, Bab: al-Ightibat fi al-‘Ilam wa al-hikmah, Bil: 71.

Muslim, Kitab: Solah al-Musafirin, Bil: 1352. Ibn Majah, Kitab: al-Zuhn, Bil: 4198.

Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, Bil: 3469.

[4] Muslim, Kitab: al-Birr wa al-silah wa al-Adab, Bab: Tahrim al-Tahasud, Bil: 4641. Al-Bukhari, Kitab: al-

Adab, Bil: 5605. Al-Tarmizi, Kitab: al-Birr wa al-Silah, Bil: 1858. Abu Daud, Kitab: al-Adab, Bil: 4264.

[5] Muslim, Kitab: al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab: Tahrim al-Hajr, Bil: 4643. Al-Bukhari, Kitab: al-

Adab, Bil: 5631.

TUTORIAL 3 ( GE3143 ASAS PENYELIDIKAN)

1. Kepentingan Kajian Literatur.

a. Mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah penting.

Melalui tinjauan literatur, penyelidik boleh mendapat idea yang jelas tentang pembolehubah-pembolehubah yang penting dalam sesuatu persoalan yang ingin dikaji. Kajian Literatur juga membantu penyelidik membuat definisi istilah konsep penting dalam sesuatu kajian.

b. Membezakan apa yang telah dikaji dengan yang dikaji.

Pengkaji yang menjalankan kajian bukan sahaja mengkaji apa yang akan dikaji tetapi juga akan mengkaji kajian-kajian lepas sebagai asas kepada perasalahan yang ingin dikaji. Kajian lepas dapat memperkenalkan hala tuju baru kepada kajian yang bakal dilakukan.

c. Membuat sintesis ke arah perspektif berbeza.

Melalui tinjauan literatur, pengkaji biasanya akan membuat rumusan ke atas kajian-kajian lepas seterusnya membolehkan seseorang penyelidik itu membuat sintesis tentang bidang ilmu.

d. Menentukan makna dan hubungan.

Pembolehubah-pembolehubah yang ada dalam setiap kajian perlu dinyatakan, didefinisikan dan digabungkan dalam permasalahan atau hipotesis yang akan dibuat. Sekiranya kajian literatur dijalankan, penyelidik tidaklah terikat untuk membina makna dan hubungan asli.

e. Menyediakan konteks kepada permasalahan.

Tinjauan literatur memberi konteks kepada peyatan masalah sesuatu penyelidikan dan ianya penting sebagai justifikasi kepada ” setting ” dimana masalah tersebut diambil.

f. Memperkuatkan signifikasi permasalahan.

Biasanya penyataan masalah biasanya didasarkan kepada justifikasi teoritikal. Untuk ini, biasanya seorang penyelidik mengambil rujukan daripada tinjauan literatur yang dibuat.

2. Kajian-kajian lepas yang telah dilakukan.

Dalam tinjauan literatur, kajian-kajian lepas yang dilakukan adalah penting untuk ditekankan. Hal ini kerana, melalui kajian-kajian lepas kita akan mendapat satu maklumat secara menyeluruh mengenai konsep ataupun idea yang dikemukakan. Oleh itu, kita akan dapat memahami dengan lebih mendalam serta memfokuskan permasalahn kajian yang hendak diutarakan.

Selain itu, melalui penekanan kajian-kajia lepas juga, kita akan dapat mengelakkan diri daripada membuat penyalinan, iaitu melakukan kajian yang sama dengan kajian yang lepas tanpa membaiki atau membetulkan kelemahan kajian-kajian lepas. Justeru,kita akan dapat melakukan satu kajian penyelidikan yang lebih baik.

Di samping itu, kita juga dapat mengenalpasti tahap persetujuan pengkaji-pengkaji lain mengenai kajian yang ingin dilakukan ataupun sama ada terdapat perbezaan diantara hasil-hasil kajian yang lepas. Hal ini penting supaya kita tidak tersasar daripada matlamat ataupun persoalan kajian yang asal. Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui bagaimana pengkaji lain menghubungkaitkan teori-teori dengan reka bentuk kajian serta mengukur pembolehubah-pembolehubah dalam kajian mereka.

3. Lima laman sesawang pangkalan data.

  1. ERIC
  2. EBSCOhost
  3. SCOPUS
  4. ProQuest
  5. Google Scholar

4. Kajian literatur melalui buku jarang digunakan oleh penyelidik disebabkan oleh maklumat atau kajian yang telah dijalankan adalah bersifat lama dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Selain itu, kajian literatur melalui buku juga memerlukan pengkaji itu melihat beberapa garis panduan dalam mendapakan maklumat kajian melalui buku ataupun sumber maklumat lain.

Tinjauan literatur melalui buku merupakan satu langkah kurang berkesan kerana pada zaman teknologi kebanyakkan maklumat yang diperlukan seperti artikel boleh diperolehi dengan mudah melalui internet. Berbanding dengan buku, pengkaji perlu mencari buku berkenaan di perpustakaan dan perlu memahami prosedur untk mencari buku yang berkenaan khusunya literatur periodikal.

Selain itu, maklumat melalui buku juga menggunakan ayat yang meleret-leret dan isi penting yang dikemukakan adalah terhad, manakala yang selebihnya adalah huraian yang tidak befokuskan kepada persoalan kajian. Buku juga bersifat komersial dimana ianya bukan bertujuan untuk penyelidikan semata-mata. Tambahan itu, proses untuk mendapatkan buku adalah sukar dan terhad. Kebanyakkan buku-buku biasanya ditulis oleh individu yang pakar dalam sesuatu bidang. Meskipun begitu, hasil penulisan buku mungkin mengandungi unsur-unsur bias ataupun dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain seperti emosi dan persekitaran.

5. Maklumat yang tidak seharusnya dimuatkan dalam tinjauan literatur.

  1. Maklumat yang lama dan tidak relevan untuk keperluan semasa.
  2. Maklumat yang tidak berkaitan ataupun tidak berfokuskan kepada permasalahan kajian yang sebenar.
  3. Maklumat yang tidak mengandungi teori, konsep, kaedah mengumpul data dan sebagainya.
  4. Maklumat literatur yang tidak mempunyai penilaian kritikal.
  5. Maklumat utama dalam literatur tidak ada iaitu reka bentuk penyelidikan.

6. Pelajar Professor Johan tidak akan bersetuju dengan arahan ataupun saranan yang telah diberikan. Hal ini kerana, tinjauan literatur merupkan langkah yang penting dalam menjalankan penyelidikan bagi membolehkan sesuatu permasalahan yang hendak dikaji itu diletakkan dalam konteks yang betul. Melalui tinjauan literatur, penyelidik akan membuat tinjauan ke atas sumber-sumber maklumat seperti buku, jurnal, kajian lepas dan sebagainya utnuk mendapatkan maklumat yang sesuai. Ia juga penting untuk mendapatkan maklumat utama seperti teori, reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan analisis dapatan kajian. Sekiranya tidak menjalankan kajian literatur maka penyelidik sukar untuk membina dan memahami konsep asas kajian mereka dan berkemungkinan tersasar dari fokus kajian.

7. Sekuen komponen yang perlu ada dalam segmen tinjauan literatur ialah:

  1. Teori atau konsep bagi persoalan kajian.

Pengkaji akan menentukan teori formal berkaitan dengan idea ataupun persoalan yang hendak dikaji. Berdasarkan teori formal inilah pengkaji dapat memastikan bahawa terdapatnya hubungan di antara konsep-konsep yang terlibat dalam persoalan kajiannya dan seterusnya dapat menyatakan idea kajiannya dengan lebih jelas dan teliti.

  1. Pemilihan dan penentuan pemboleh ubah yang berkaitan.

Pengkaji akan menyatakan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dan perlu diukur bagi mewakili konsep-konsep tertentu dalam teori ataupun model yang digunakan. Selain itu, instrumen yang digunakan untuk mengukur pembolehubah tersebut turut dinyatakan sekiranya ia adalah berkaitan dengan persoalan kajian.

  1. Hubungkait antara pembolehubah

Pengkaji akan menyatakan hubungkait di antara pembolehubah yang terlibat dalam persoalan kajian. Hubungkait di antara pemboleh ubah ini boleh dinyatakan berpandukan kajian-kajian yang lepas ataupun berpandukan teori atau model yang berkaitan.

  1. Kajian yang lepas

Bagi komponen kajian yang lepas, pengkaji dapat menyatakan sekiranya terdapat persetujuan ataupun perbezaan di antara pengkaji-pengkaji lain berkenaan kajian yang hendak dijalankan.