BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 12, 2009

TUTORIAL 1 (GE3143 ASAS PENYELIDIKAN)

Soalan 1

(i) Kaedah Tinjauan

Bertujun penerokaan.

Batasan – Sangat sukar dalam menghal satu polulasi yang sangat besar untuk diperhantikan , khususnya untuk mengukur sikap dan orientasi populasi itu.

Kekangan- Tidak dapat memberikan maklumat yang membolehkan penyelidik membuat kajian perbandingan untuk menguji hipotesis tentang perbandingan yang dikaji.

(ii) Kaedah Sejarah

Melibatkan penyelidikan fenomena yang lepas.

Batasan- Tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah- kaedah penyelidikan yang lain.

Kekangan- Penyelidik tidak mempunyai kawalan terhadap perlaku serta persampelan peristiwa, perkembangan mahupun pengalaman pendidikan yang telah berlaku.

(iii) Kaedah Pemungutan Data.

Untuk menyelesaikan masalah. Ianya dicuba dan keberkesanannya dinilai , jika berjaya ia akan terus dimurnikan serta digunakan dan jika tidak , cara lain perlu dicari.

Batasan serta Kekangan- Memerlukan cara atau kaedah yang lain sekiranya kajian tiada keberkesanannya.

Soalan 2

Ciri- ciri sesuatu penyelidikan pendidikan yang bersifat saintifik.

Menurut Tuckman, 1978 antara ciri-ciri tersebut adalah :

- Sistematik- Penyelidikan itu mempunyai urutan dalam menjalankan penyelidikan, bermula dengan masalah kajian, diikuti dengan penentuan dan takrifan pembolehubah, rekabentuk kajian untuk menentukan pembolehubah dan kesannya terhadap pembolehubah lain serta interpretasi data yang dikumpulkan berkait masalah yang ditimbulkan.

- Logikal- Penyelidikan mengikut satu sistem yang menggunakan logik pada beberapa ketika di dalam prosedur yang digunakan. Penyemakan kesahan keputusan dibuat dengan memeriksa tatacara yang digunakan dalam penyelidikan berdasarkan keperluan memenuhi kesahan dalam penyelidikan.

- Empirikal- Pengumpulan data secara cerapan mengenalpasti penyelidikan sebagai empirikal. Penyelidikan empirikal merujuk kepada realiti dan bukannya abstrak. Data empirikal itu merupakan keputusan akhir proses kajian.

- Reduktif- Penyelidikan yang mana menggunakan prosedur analisis terhadap data yang dikumpulkan. Prosedur analisis akan digunakan untuk merumuskan data yang dikumpul supaya penyelidik mudah memahami hubungan dan bagaimana hubungan itu wujud antara pembolehubah.

- Replicable- Penyelidikan ini pula adalah hasil kajian yag diperolehi boleh disemak dengan mengulangi proses penyelidikan. Dapatan boleh dipindahkan dari satu penyelidik ke penyelidik yang lain. Penyelidik boleh menggunakan atau mengembangkan lagi dengan penyelidikan lanjutan.

- Dimana kajian ini, ering digunakan dalam sains sosial dan juga dalam bidang pendidikan. Ia adalah merupakan satu kaedah yang cuba menghuraikan sebab-sebab wujudnya satu fenomena itu berdasarkan maklumat, fakta, catatan dan fakto- faktor lain yang difikirkan logik dan sesuai untuk menerangkan wujudnya fenomena yang dikaji. Bagi menjalankan penyelidikan ini, langkah demi langkah diperlukan, antaranya adalah seperti berikut :




Soalan 3

Banding beza penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan.

Penyelidikan Asas

Penyelidikan Gunaan

-Dilaksanakan untuk membina teori dalam pendidikan.

- Ia membantu membentuk prinsip pembelajaran umum

-Contoh : Bagaimana penggunaan graphic organizers membantu pelajar perolehi pengetahuan?

- Lebih mementingkan bagaimana teori digunakan dalam situasi pendidikan (educational setting).

- Contoh : Dapatkah graphic organizers membantu pelajar di Tahun 1?

- Ia juga lebih berfokus kepada menentukan hubungan dan menguji teori, maka ia lebih tegaskan metod saintifik tapi penyelidikan tindakan menginterpretasikan metod saintifik dengan tidak begitu jelas.

Ia tumpukan bukan kepada generalisasi tetapi kepada ilmu pengetahuan yang tepat kepada satu situasi spesifik.

Soalan 4

Memberikan rating dalam julat 1 hingga 5 (5 = paling sesuai 1 = paling tidak sesuai ) dengan cara melihat kenyataan yang diberikan itu mengandungi satu idea atau lebih? Jikalau idea itu mengandungi lebih dari idea, pengkaji perlu memecahlan kenyataan itu ke beberapa kenyataan supaya satu kenyataan mengandungi satu idea.

Selain itu, kenyataan yang dibina haruslhan jelas dan tepat. Sekiranya persoalan itu berbentuk negatif i perlulaj diberikan perhatian lebih kerana menyebabkan kekeliruan kepada responden. Justeru, untuk mengelak daripada permasalahan ini, cadangan yang boleh dijalankan adalah seperti menghitamkan atau menggariskan perkataan negatif itu.

a- 4= sesuai

Perkataan yang diberikan adalah ringkas serta mudah difahami oleh responden tetapi kenyataan haruslah diringkaskan supaya tidak memberikan masalah kepada responden.

b- 5 = paling sesuai .

Perkataan serta ayat yang diberikan adalah ringkas serta mudah difahami oleh responden.

c- 5 = paling sesuai.

Perkataan serta ayat yang diberikan adalah ringkas serta mudah difahami oleh responden.

Soalan 5

Pembolehubah mempunyai makna merujuk kepada masalah. Ianya adalah sukar untuk didefinisikan disebabkan permasalahan yang dikaji serta hipotesis di setiap atau peringkat motivasi sama ada tinggi atau rendah adalah permasalahan yang berbeza- beza. Manakala dari segi pencapaian pula sama ada pencapain tinggi, sederhana dan rendah turut membawa permasalahan serta hipotesis dan pembolehubah yang berlainan. Begitu juga dengan pembelajaran yang mana pembolehubah adalah sukar didefinisikan berdasarkan permasalahan yang telah dipilih oleh pengkaji turut berlainan. Justeru hal ini jelas menunjukkan bahawa motivasi, pencapaian mahupun pembelajaran merupakan pembolehuabh tidak bersandar. Pemboleh ubah jenis ini mudah berubah hasil kajiannya. Ini kerana pemboleh ubah ini boleh dipengaruhi oleh sikap responden, keadaan diri, masa, tempat dan sebagainya.

0 ulasan: