BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 12, 2009

TUGASAN: ULASAN TERHADAP KAJIAN HADITH HUKUM DALAM TUGASAN LEPAS YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM DENGKI YANG DIHARUSKAN.

TUGASAN: ULASAN TERHADAP KAJIAN HADITH HUKUM DALAM TUGASAN LEPAS YANG BERKAITAN DENGAN HUKUM DENGKI YANG DIHARUSKAN.

Berdasarkan tugasan hadith hukum yang lepas iaitu mengenai dengki yang diharuskan dalam Islam, terdapat tiga unsur utama yang perlu di kesan sama ada unsur-unsur tersebut terdapat dalam kajian yang lepas atau tidak. Tiga unsur yang di maksudkan ialah:

Unsur pertama : Adakah kajian tersebut berdasarkan dalil yang sahih.

Unsur kedua: Adakah kajian tersebut terdapat unsut-unsur al-Ittiba’.

Unsur ketiga: Adakah kajian tersebut terdapat unsurpunsur Takalluf.

Unsur pertama: Kajian berdasarkan dalil yang sahih.

Dalam tugasan hadith hukum yang lepas iaitu mengenai dengki yang diharuskan dalam Islam jelas memang terdapat asas pertama, iaitu kajian berdasarkan dalil yang sahih.

عن عبد الله ابن مسعود رضي الله عنـــه قـــال سمـــعت النبي صلـــي الله عليـــه وســـلم يقـــول لاحســـد ألافـــي اثنتين رجل اتاه الله مالا فســـلطه علـــي هلكتـــه فـــي الحق ورجـــل اتـــاه الله حكمـــة فـــهو يقضـــي بـــها ويعلمـــها.

Maksudnya :

“ Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Tidak ada perasaan irihati atau dengki (dengki yang diharuskan) kecuali dalam dua pekara : Pertama, dengki terhadap kedudukan atau keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan harta benda, lalu ia menghabiskannya untuk jalan kebaikan. Kedua, dengki terhadap keadaan seseorang yang telah dikurniakan oleh allah s.w.t. dengan hikmat (kecerdasan dan ilmu pengatahuan) dan mengajarkannya “.[1]

Dalam hadis tersebut di atas menjelaskan berkaitan dengan dua bentuk perasaan dengki sahaja yang dikecualikan daripada dosa, manakala semua bentuk dan jenis dengki selain keduanya itu adalah diharamkan serta tergolong dalam jenis syirik khafi yang menghapuskan amalan seseorang. Dua bentuk perasaan dengki atau irihati yang diharuskan tersebut, malahan digalakkan ada dalam diri seseorang, iaitu :

1. Perasaan cemburu terhadap saudara sesama Islam yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan kekayaan dari sudut material atau harta benda dari sumber yang halal dan berfaedah. Ia menghabiskan harta tersebut untuk didermakan, berzakat, infaq serta sebarang bentuk amal kebajikan, jalan kebaikan demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

2. Perasaan cemburu terhadap saudara mereka sesama Islam yang telah dikurniakan oleh Allah s.w..t dengan hikmat serta ilmu pengatahuan yang menjadikan ia sebagai ulama, pendakwah, pengajar, tawadduk, khusyuk serta juga tekun beramal dengan ilmu pengatahuan yang dipelajarinya itu.

Selain daripada dua perkara tersebut, dengki adalah diharamkan , malah ia akan menyebabkan amalan kebajikan seseorang itu akan terhapus. Dengki yang diharamkan selain dua perkara tersebut dapat dijelaskan sebagaimana hadis dari Anas bin Malik, Nabi bersabda :[2]

لا تبـــاغصوا ولا تحاســـدوا ولاتدابـــروا وكونـــوا عباد الله اخوانا ولا يحـــل لمســـلم أن يـــهجر أخـــاه فوق ثـــلاث.

Maksudnya :

“ Janganlah kamu saling benci membenci, saling berdengki dan belakang membelakangi, jadilah kamu hamba hamba allah s.w.t. yang bersaudara. Kerana tidak halal seseorang muslim itu tidak bertegur sapa dengan muslim lain lebih daripada tiga hari ”.

Dalam hadis lain daripada abu Ayyub al-Ansari, Nabi bersabda :[3]

لا يحل لمسلم أن يـــهجر أخـــاه فـــوق ثـــلاث ليـــال يلتقيـــان فيعرض هذا ويعـــرض هـــذا وخيرهمـــا الذي يبدا بالســــــلام.

Maksudnya :

“ Tidak halal seseorang muslim itu tidak bertegur sapa dengan saudaranya lebih daripada tiga hari tiga malam. Apabila keduanya bertemu saling memalingkan muka, yang lebih baik daripada mereka berdua ialah yang memulai mengucapkan salam ”.

Unsur keduan: Berpegang dengan prinsip al-Ittiba’.

Unsur kedua dalam kajian hadith hukum ini ialah tentang berpegang dengan prinsip al-Ittiba’. Al-Ittiba’ menurut bahasa bermaksud mengikuti atau mencontohi, manakala dari segi istilah pula ia didefinisikan sebagai berpegang kepada sesuatu hukum syara’ setelah mengetahui hujah dan dalil-dalilnya. Apabila dikatakan Ittiba’ al-Rasul ianya bermakna mencontohi baginda s.a.w., mengikuti jejaknya dan menjadikannya sebagai contoh teladan yang baik. Ittiba’ dari segi syariat bermaksud mencontohi Nabi s.a.w. dalam hal-hal berkaitan akidah, ibadah, akhlak, dakwah, politik, syariat dan muamalah dengan beramal seperti amalannya menurut cara yang baginda lakukan baik dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai wajib, sunat, harus, makruh mahupun haram dengan disertai niat dan kehendak di dalamnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t..

Merujuk kepada tugasan yang lepas, penulis membincangkan tentang hadith hukum dengki yang diharuskan dalam Islam. Setelah penulis berpegang dengan hukum syara’ dan sudah sedia maklum mengenai hujah dan dalil-dalilnya, maka berpegang dengan dalil yang tidak sahih akan membawa kepada ketidaktepatan hukum yang telah dikaji.

Unsur ketiga: Menjauhi Takalluf

Menjauhi takalluf/ sifat pura-pura/ hypocrisy merupakan perkara atau unsur yang ketiga dalam asas kajian Hadith Hukum. Takalluf dari segi bahasa bermaksud seseorang itu bercakap perkara yang tidak perlu atau buat perkara yang menyusahkan atau memikul beban yang tidak perlu dipikul. Dari segi istilah pula takalluf bernaksud sesorang itu mengada-adakan persoalan dan andaian yang tidak perlu dalam perbahasan hukum sehingga membebankan dan melabihi kehendak nas atau dalil. Firman Allah s.w.t.:

@è% !$tB ö/ä3è=t«ór& Ïmøn=tã ô`ÏB 9ô_r& !$tBur O$tRr& z`ÏB tûüÏÿÏk=s3tGçRùQ$# ÇÑÏÈ

Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak meminta upah sedikitpun padamu atas da'wahku dan bukanlah Aku dari golongan yang bertakalluf atau orang-orang yang mengada-adakan.( Shaad: 86)

Setelah penulis meneliti dalam tugasan penulis yang lepas iaitu tentang dengki yang diharuskan dalam islam, ianya memang menjauhi takalluf, tidak mengandungi unsur-unsur takalluf dan tidak mempunyai ciri-ciri unsur takalluf iaitu mengadakan perkara yang tidak berlaku, mempersoalkan perkara yang tidak perlu dan tidak berfaedah dan menambah beban amalan melebihi kehendak syara’.

Dapat disimpulkan bahawa Islam jelas melarang umatnya daripada mempersoalkan dan mengandaikan perkara agama sehingga melebihi dan bercanggah dengan kehendak nas. Apatah lagi jika persoalan dan andaian itu hanya akan menambah bebab kesusahan. Dalam satu hadis, Al-Mughirah Ibn Syuhbah r.a. berkata: Sesungguhnya Baginda s.a.w. melarang daripada bercakap begitu, juga daripada banyak bersoal ( perkara yang tidak perlu). Menjelaskan maksud hadis ini, Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani berkata: “ oleh itu sekumpulan Ulama salaf tidak suka mempersoalkan perkara yang tidak berlaku kerana ia mengandungi maksud takalluf dan melampau serta melontar andaian tanpa keperluan dalam perkara agama.



[1] Al-Bukhari, Kitab al-‘Ilam, Bab: al-Ightibat fi al-‘Ilam wa al-hikmah, Bil: 71.

Muslim, Kitab: Solah al-Musafirin, Bil: 1352. Ibn Majah, Kitab: al-Zuhn, Bil: 4198.

Ahmad, Musnad al-Mukthirin min al-Sahabah, Bil: 3469.

[2] Muslim, Kitab: al-Birr wa al-silah wa al-Adab, Bab: Tahrim al-Tahasud, Bil: 4641. Al-Bukhari, Kitab: al-

Adab, Bil: 5605. Al-Tarmizi, Kitab: al-Birr wa al-Silah, Bil: 1858. Abu Daud, Kitab: al-Adab, Bil: 4264.

[3] Muslim, Kitab: al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab: Tahrim al-Hajr, Bil: 4643. Al-Bukhari, Kitab: al-

Adab, Bil: 5631.

0 ulasan: