BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 28, 2009

PPPY 1162, FIQH IBADAT DAN MUNAKAHAT: HAJI DAN UMRAH

1.0 Pengenalan

Haji merupakan perlakuan ibadah umat Islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik kepada Allah s.w.t.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah s.w.t. dari semua aspek sama ada pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan sistem yang menuju ke arah syirit wajib dijauhi.

Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi Islam bersikap, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya.

2.0 Definisi haji

Haji dari sudut bahasa ialah menuju kepada Allah s.w.t. Yang Maha Agung.

Haji dari sudut Syarak ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dengan mengerjakan ibadat Haji. Ia adalah pekerjaan-pekerjaan tertentu yang dikerjakan pada masa, tempat dan cara tertentu.

3.0 Hukum dan Dalilnya

Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, samada lelaki atau perempuan.

Dalil dari al-Quran:

Firman Allah s.w.t:

¬!ur n?tã Ĩ$¨Z9$# kÏm ÏMøt7ø9$# Ç`tB tí$sÜtGó$# Ïmøs9Î) WxÎ6y 4

Maksudnya: Dan mengerjakan Haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi mereka yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah.[1]

Dalil dari hadis:

بنـــي الاســـلام علي خمس: شهادة أن لا اله الا الله, وأن محمدا رسول الله, واقام الصلاة, و ايتاء الركاة, وصوم رمضان , وحخ البيت لمن استطاع اليه سبيـــلا.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Islam dibina atas lima perkara, mengakui bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu melakukannya.[2]

4.0 Syarat-syarat wajib Haji

Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.

Berakal: Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.

Baligh: Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz[3]. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.

Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji kerana dia tidak memiliki harta bahkan diri dan segala miliknya adalah milik tuannya.

Perjalanan yang selamat: Sekiranya seseorang itu bimbang dirinya diserang musuh atau hartanya dirampas, ataupun perjalanan yang merbahaya kerana berlakunya peperangan, dia tidak diwajibkan menunaikan haji kerana wujudnya mudharat. Allah Taala berfirman:

Maksudnya: Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.[4]

Berkemampuan dengan syarat:

a- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.

b- Ada kenderaan pergi dan balik.

c- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.

d- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.

5.0 Perkara-perkara wajib di dalam Haji

Wajib: Pekerjaan Haji yang mesti dikerjakan serta wajib membayar Dam jika meninggalnya.

Perkara-perkara wajib di dalam Haji iaitu:

1- Berihram di Miqat.

2- Bermalam di Muzdalifah.

3- Melontar Jamrah.

4- Bermalam di Mina pada dua malam hari tasyrik.

5- Tawaf Wida'

6.0 Syarat-syarat sah haji

1. Islam: Sesiapa yang bukan Islam tidak sah hajinya, seperti dia memeluk Islam selepas menunaikan Haji dan sempurna syarat wajib haji. Tidak cukup hajinya sebelum itu dan dia wajib menunaikan haji yang baru.

2. Mumayyiz: Apabila kanak-kanak belum sampai usia mumayyiz, haji secara langsungnya tidak sah.

3. Berihram di miqat zamani: Miqat zamani bagi haji ialah bulan Syawal, Zulkaedah dan sepuluh awal Zulhijjah. Tidak sah haji kecuali berihram dalam tempoh ini. Sekiranya berihram di luar daripada tempoh ini, hajinya tidak sah dan ibadatnya bertukar menjadi umrah.

4. Menyempurnakan semua rukun haji.

7.0 Perkara-perkara sunat di dalam Haji

Sunat: Perkara yang digalak mengerjakannya. Orang yang mengerjakannya akan diganjarkan dengan pahala dan orang yang meninggalkannya tidak akan dibalas seksa.

Perkara-perkara sunat di dalam Haji iaitu:

1- Mandi sunat Ihram.

2- Melakukan Tawaf Qudum bagi bagi orang yang mengerjakan Haji Ifrad dan Haji Qiran.

3- Bermalam di Mina pada malam Arafah.

4- Berlari-lari anak dan sopan-santun ketika melakukan Tawaf Qudum.

8.0 Rukun-rukun haji

1. Niat Haji: Dalam ibadat haji niat haji bermaksud berniat ihram dengan pekerjaan-pekerjaan haji. Ihram pula bermaksud memasukkan diri sesaorang ke dalam amalan-amalan haji dan menjadikan sesaorang terikat dengan beberapa peraturan di antaranya diwajibkan memelihara diri dari melakukan larangan-larangan ihram hinggalah ia mendapat tahallul dengan syarat-syaratnya.

2. Wuquf: Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sedetik sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Bagi jemaah haji, yang paling afdal adalah berwuquf pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan malam 10 Zulhijjah.

3. Tawaf: Tawaf adalah rukun yang ketiga bagi fardu haji dan yang kedua pentingnya selepas wukuf di Arafah. Tawaf ertinya mengelilingi Ka'abah sebanyak tujuh kali pusingan. Tawaf ini hendaklah dilakukan atau dilaksanakan selepas melontar Jamrah Aqabah, bercukur atau menggunting rambut dan berkorban pada pagi 10 Zulhijjah ataupun selepas melontar kesemua Jamrah dari 11 hingga 13 Zulhijjah.

4. Saie di antara Bukit Safa dan Marwah: Rukun Haji yang keempat ialah sa'ie, iaitu berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Marwah.

5. Bergunting atau Bercukur Rambut (Tahallul): Rukun haji yang kelima ialah tahallul iaitu bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, tetapi yang sebaik-baiknya bercukur semuanya sekali bagi lelaki. Bagi wanita pula tidak dihendakki bercukur, cuma menggunting rambut sahaja. Sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah membenarkan Rasul-Nya (dalam) mimpinya dengan kebenaran (iaitu) demi seseungguhnya kamu akan ke Masjidil Haram insya Allah ( jika dikehendaki Allah) dengan aman sentosa serta bercukur dan menggunting (rambut) kepalamu tanpa takut sedikit pun".[5]

6. Tertib: Rukun haji yang keenam ialah tertib pada kebanyakan rukun, iaitu didahulukan niat ihram dari rukun-rukun yang lain. Didahulukan wukuf dari tawaf ifadah dan didahulukan tawaf dari sa'ie, tetapi sa'ie haji boleh didahulukan dari wukuf dan tawaf bagi orang yang mengerjakan haji ifrad.
Sa'ie itu dikerjakan selepas tawaf Qudum.
Dengan berbuat demikian tidaklah perlu lagi dilakukan sa'ie selepas tawaf rukun nanti.
Berlainan dengan rukun-rukun Umrah, wajib dikerjakan satu persatu mengikut tertibnya.

9.0 Ihram

Ihram merupakan permulaan bagi ibadah haji dan umrah, Perkataan ihram berasal daripada perkataan Arab: ( أَحْرَمَ يُحْرِمُ إِحْرَامًا )[6] yang membawa maksud menjadikan ia haram. Ihram dalam haji ataupun umrah boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk perkara yang menyebabkan penunai ibadah haji dan umrah adalah dilarang melakukan beberapa perbuatan kerana mereka diikat oleh hukum yang tidak membolehkan mereka melakukannya ketika haji dan umrah sedang dilaksanakan.untuk memahami apa yang berkaitan dengan ihram perlulah mengetahui tiga perkara yang berkaitan dengannya,iaitu:

  1. Miqat
  2. Kaifiyat ihram haji dan umrah
  3. perkara yang haram sewaktu berihram

9.1 Miqat

Miqat terbahagi kepada dua iaitu miqat zamani dan makani.

a) miqat zamani

miqat zamani ialah tempoh waktu tertentu yang sah untuk melakukan ihram. Miqat zamani bagi haji ialah bulan Syawal, zulkaedah dan sepuluh awal zulhijah. Tempoh masa ini ialah tempoh yang terbuka untuk berihram haji. Ini bererti jika jemaah haji berniat sebelum itu, tidak sah niatnya dan tidak sah ihramnya. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah :

kptø:$# ֍ßgô©r& ×M»tBqè=÷è¨B 4

Maksudnya : Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum[7]

b) miqat makani

miqat makani maksudnya ialah sempadan tempat yang tidak boleh dilangkaui oleh jemaah haji kecuali dalam keadaan berihram. Dalam erti kata lain miqat makani ialah sempadan yang mengelilingi tanah haram (suci) Makkah daripada pelbagai arahnya. Ia telah ditetapkan oleh Rasullah s.a.w. bagi orang yang datang ke Makkah dari negeri yang jauh. Apabila sampai ke tempat tersebut, mereka wajib memulakan ihramnya.

Diantara tempat-tempat miqat yang telah ditetapkan ialah:

  1. Zulhulaifah : miqat bagi orang yang datang dari arah Madaniah al-Munawwarah.
  2. Al-Juhfah : miqat bagi orang yang datang dari Syam, Mesir dan Maghrib (Barat).
  3. Yalamlam : miqat bagi orang yang datang dari Tihamah Yaman.
  4. Qarn : miqat bagi orang yang datang dari Najd di Hijaz dan Najd di Yaman.
  5. Zatu ’Irqin: miqat bagi orang yang datang dari arah timur seperti Iraq dan seumpamanya.
  6. bagi orang yang rumahnya melepasi kawasan miqat, berhampiran dengan Makkah maka miqatnya ialah rumah tempat tinggalnya. Hukum ini juga melibatkan penduduk Makkah, dengan itu mereka hendaklah berihram dari rumah mereka di Makkah.

Inilah miqat jemaah haji dan umrah selagimana mereka datang dari luar Tanah Haram. Sekiranya mereka melakukan umrah dari dalam Tanah Haram sama ada mereka penduduk Makkah ataupun pendatang ke Makkah, mereka hendaklah keluar untuk berihram umrah ke Tanah Halal yang paling hampir iaitu di luar sempadan Tanah Haram walaupun sekadar selangkah. Walau bagaimanapun, jika mereka berihram juga di Makkah, umrahnya sah tetapi wajib mengeluarkan dam.

Dalil wajibnya keluar ke Tanah Halal untuk memulakan ihram umrah ialah seperti mana Nabi s.a.w. telah menghantar ’Aisyah ke at- Tan’iem (tempat di luar sempadan Tanah Haram) selepas baginda melakukan haji qadha’ dan ’Aisyah berihram di sana.

9.2 Kaifiyat Ihram Haji dan Umrah

Apabila jemaah haji ataupun umrah mahu memulakan perlaksanaan ibadatnya, hendaklah memulakannya dengan melakukan perkara berikut :

1. mandi : hukumnya sunat dan hendaklah diniatkan mandi ihram.

2. memakai minyak wangi pada badan : hukumnya juga sunat dan tidak menjadi masalah sekiranyan baunya kekal walaupun selepas memulakan ihram dan melakukan ibadat lain.

3. lelaki tidak boleh memakai pakian yang berjahit : hukumnya adalah wajib. Sebagai gantinya dia boleh memakai sehelai kain dan selendang yang disunatkan berwarna putih. Bagi wanita, mereka hanya diwajibkan membuka muka dan kedua tapak tangannya .

4. sembahyang dua rakaat : hukumnya adalah sunat dan diniatkan dengan sunat ihram.

9.3 Perkara Haram Sewaktu Ihram

Orang yang berihram haji atau umrah diharamkan melakukan 10 perkara yang wajib dijauhinya :

1. memakai pakaian yang berjahit ataupun pakaian yang menutupi seluruh badannya. Termasuk dalam pengertian pakaian berjahit ialah kasut yang menutupi keseluruhan kaki. Maka hendahlah memakai selipar yang tidak menutup jari kakinya dan belakang tumitnya.

2. menutup kepala kecuali bagi yang ada keuzuran, ataupun menutup sebahagiannya sama ada benda yang digunakan untuk menutup kepalanya adalah kain yang berjahit ataupun yang selainnya seperti memakai serban ataupun songkok atau apa sahaja jenis penutup. Berteduh di belakang dinding ataupun berpayung yang tidak menyentuh kepalanya adalah tidak dilarang. Dua perkara yang diharamkan ini adalah khusus untuk lelaki, bukan untuk perempuan.

3. menyikat rambut walau menggunakan apa carapun,seperti sikat ,jari, atau sebagainya. Ini kerana dibimbangi gugurnya rambut disebabkan tindakan itu. Kalau tidak dibimbangi maka hukumnya makruh.

4. mencukur ataupun mencabut rambut atau seumpamanya kecuali ada keperluan (dharurah) melakukannya. Termasuk dalam pengertian ini ialah menggunting sebahagian rambut.

5. memotong kuku. Maksudnya ialah memotong apa sahaja yang dipanggilsebagai kuku ataupun yang termasuk dalam pengertiannya. Ini diqiaskan dengan rambut kecuali ada keuzuran seperti kuku patah dan berasa sakit kerananya maka hendaklah dipotong.

6. memakai wangian. Ini apabila dipakai dengan sengaja pada mana-mana bahagian badan. Ia juga bermaksud mencampurkan makanan atau minuman dengan wangian lalu dimakan, duduk atau tidur di atas hamparan atau tempat yang telah disapukan minyak wangi tanpa ada pelapik di atasnya, atau mandi dengan sabun mandi. Tidak termasuk hukuman berwangian jika mencium bau wangian bunga mawar ataupun airnya ataupun tanamannya.perkara ini tidak diharamkan.

7. membunuh binatang buruan yang dimakan sama ada binatang darat ataupun binatang liar. Termasuk dalam pengertian membunuh ialah dengan semata-mata memburunya, menguasai atau memilikinya, walaupun tidak membunuhnya seperti memasang perangkap dan sebagainya. Mengambil sesuatu daripada binatang buruan itu seperti mengambil sebahagian tubuhnya atau bulunya dan seumpamanya.

Apabila disebut binatang darat, maka binatang laut tidak termasuk di dalam perbincangan ini. Oleh itu orang yang berihram tidak diharamkan memburunya sekiranya ia terdapat di tepi pantai.

Apabila disebut binatang liar, maka binatang jinak yang halal dimakan seperti unta dan ayam (walaupun ia sudah menjadi liar dan tidak jinak) tidak termasuk di dalam perbincangan ini.

8. Akad nikah. Ia diharamkan sama ada orang yang berihram itu melakukannya untuk dirinya atau untuk orang lain yang mewakikan kepadanya.

9. jimak dengan pelbagai bentuk dan jenisnya berdasarkan zahir firman Allah Taala:

kptø:$# ֍ßgô©r& ×M»tBqè=÷è¨B 4 `yJsù uÚtsù ÆÎgŠÏù ¢kptø:$# Ÿxsù y]sùu Ÿwur šXqÝ¡èù Ÿwur tA#yÅ_ Îû Ædkysø9$# 3

Maksudnya : Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. [8]

Al-Rafath iaitu bercampur dengan isteri, ditafsirkan dengan pelbagai perkara, di antara yang paling menonjol dan utama ialah jimak

10. melakukan perbuatan yang boleh membangkitkan syahwat selain jimak seperti meraba, mencium dan seumpamanya, begitu juga istimna’ ( mengeluarkan air mani) dengan tangan atau seumpanya, kerana semua perkara tersebut termasuk dalam pengertian al- rafath yang dilarang oleh Allah Taala .

Inilah perkara-perkara yang diharamkan melakukannya sewaktu berada dalam ihram haji mahupun umrah. Hukum haram melakukankesemuanya atau salah satu daripadanya dikira apabila berada dalam keadaan mengetahui hukumnya, sengaja malakukannya tanpa paksaan dan tanpa keperluan (dharurat). Jika seseorang itu tidak mengetahui hukumnya atau tidak dengan sengaja ataupun dipaksa oleh keperluan seperti sakit, maka ia tidak diharamkan tetapi wajib mengeluarkan fidyah.

10.0 Umrah

10.1 Takrif Umrah

Umrah dari segi bahasa ialah ziarah atau maksudnya pergi ke sesuatu tempat yang dimakmurkan. Dari segi syarak pula bermaksud pergi ke Baitullah al-Haram pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

10.2 Perbezaan antara haji dan umrah

Terdapat perbezaan antara haji dan umrah dari dua sudut iaitu:

- waktu atau masa untuk menunaikan haji dan umrah

- dari segi rukun dan wajib di antara haji dan mura

Dari sudut masa haji dilakukan pada bulan tertentu, tidak boleh dilakukan pada bulan yang lain dan tidak sah niat haji kecuali pada bulan tersebut. Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama bulan Zulhijah. Manakala umrah pula, masa untuk melakukannya ialah sepanjang tahun kecuali hari-hari mengerjakan haji bagi orang yang berniat melakukannya.

Dari sudut rukun dan wajib di antara haji dan umrah pula, terdapat beberapa perbezaan seperti wukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina, dan melontar jamrah. Ia dapat dijelaskan seperti berikut :

Rukun Haji

Rukun Umrah

1. Niat Ihram

1. Niat Ihram

2. Wukuf di Arafah

2. Tawaf

3. Tawaf

3. Sa’ie

4. Sa’ie

4. Bercukur atau bergunting

5. Bercukur atau bergunting

5. Tertib

6. Tertib



Wajib Haji

Wajib Umrah

1. Berniat Ihram di Miqat

1. Berniat Ihram di Miqat

2. Bermalam di Muzdalifah

2. Meniggalkan perkara-perkara larangan dalam masa Ihram

3. Melontar Jamrah

4. Bermalam di Mina

5. Tawaf Wida'

Rukun haji dan umrah itu adalah peperbuatan asas yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah, sekiranya salah satu daripada rukun haji dan umrah itu tidak dikerjakan sarna ada sengaja atau terlupa maka ibadat haji dan umrahnya tidak sah.

Adapun perkara-perkara wajib haji dan umrah itu ialah perbuatan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan kedua­-dua ibadat itu, sebaliknya jika tidak dilakukan salah satu daripadanya maka haji dan umrah itu sah tetapi wajib ke atasnya dam serta berdosa jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.

Dari sudut lain, berlaku ijmak ulama’ terhadap kewajipan menunaikan haji. Manakala umrah, para ulama’ berselisih pendapat tentang kewajipannya.

11.0 Hukum dan Dalil Umrah

Menurut pendapat al-Imam as-Syafie r.a, umrah hukumnya adalah fardhu seperti ibadah haji. Beliau berdalilkan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

1. Dalil daripada al-Quran ialah seperti mana firman Allah taala;

(#qJÏ?r&ur ¢kptø:$# not÷Kãèø9$#ur ¬! 4

Maksudnya: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.[9]

2. Dalil daripada as-Sunnah pula ialah seperti mana sabda nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Baihaqi dan selain mereka dengan sanad-sanad yag sahih daripad ‘Aisyah r.a katanya:

Aku berkata:”wahai Rasullah, apakah wanita wajib berjihad?”. sabda baginda: Ya, jihad yang tiada peperangan iaitu haji dan umrah”.



[1] Surah Aali-Imran: ayat 97.

[2] Hadis: Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a.

[3] Mumayyiz ialah dapat membezakan antara yang buruk dan baik, yang bersih dan kotor.

[4] Surah Al-Baqarah: ayat 195.

[5] Surah Al-Fath: ayat 27.

[6] Prof. H. Mahmud Junus. Kamus arab-indonesia. Klang book centre. Selangor. cetakan pertama 1989. ms 101

[7] Surah al-Baqarah. Ayat 197

[8] Surah al-Baqarah. Ayat 197

[9] Surah al-Baqarah. Ayat 196

0 ulasan: