BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 12, 2009

,KURSUS: KAJIAN TEKS BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN (GGGP 3093) TERJEMAHAN TEKS ARAB MODEN.

Tidak Puas Hati dengan Islam:

Kami akan jelaskan di sini dua sikap yang menunjukkan benci kepada Islam, yang menjadikan tuanya murtad dan kafir, sekalipun ia menuturkan dua kalimah syahadah dan menamakan dirinya muslim iaitu :

Pertama : Mempersendakan dan mengejek-ngejek kepada perkara-perkara yang mesti diketahui dalam Islam, yang termasuk mengejek-ngejek Allah, rasulNya, yang termasuk ngejek orang mukmin dengan sebab iman mereka dan sebagainya. Dalilnya ialah firman Allah:

ö@è% «!$$Î/r& ¾ÏmÏG»tƒ#uäur ¾Ï&Î!qßuur óOçFYä. šcrâäÌöktJó¡n@ ÇÏÎÈ Ÿw (#râÉtG÷ès? ôs% Länöxÿx. y÷èt/ óOä3ÏY»yJƒÎ) 4 bÎ) ß#÷è¯R `tã 7pxÿͬ!$sÛ öNä3ZÏiB ó>ÉjyèçR Opxÿͬ!$sÛ öNåk¨Xr'Î/ (#qçR$Ÿ2 šúüÏB̍øgèC ÇÏÏÈ

Maksudnya: Katakanlah (kepada mereka) "Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu berolok-olok?". Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah kamu beriman. Jika kami memaafkan segolongan kamu (kerana mereka bertaubat), maka kami akan mengazabkan golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa.(al-Taubah :65-66).

Sebab nuzul ayat ini ialah seorang lelaki telah berkata di dalam peperangan Tabuk: saya tidak pernah jumpa seorang yang paling buncit perut , paling banyak berdosa dan paling takut ketika berperang daripada para Qurra’ itu (yakni Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya). Lalu Auf bin Malik menjawab : dusta, engkau telah menjadi munafik. Saya akan sampaikan kata-kata inikepada Rasulullah s.a.w. Lalu Auf bin Malik segera berjumpa Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba ia mendapati al-Quran telah mendahuluinya. Lalu datanglah lelaki yang berkata tadi kepada Rasulullah sedangkan Rasulullah s.a.w menaiki untanya dan akan berangkat, lalu ia berkata : Wahai Rasulullah, sebenarnya kami hanya berbual-bual, bermain-main dan bercakap-cakap dalam perjalanan supaya merasai dekat perjalanan. Berkata Ibn Umar : Mata saya seolah-olah melihat lelaki itu berpegang pada tali kekang unta baginda dan anak-anak batu (hasil dari kejaran unta) mengenai kakinya, sedang ia berkata : Sebenarnya, kami hanya berbual-bual, bermain-main sahaja. Lalu baginda menjawab : Apakah dengan Allah, dengan ayatNya dan dengan rasulNya kamu berdolak dalik? Baginda tidak berpaling kepadanya dan tidak bercakap lebih dari itu.

Cara mengejek-ejek itu banyak, tidak kuasa kami sebutkan di sini satu persatu. Kesemuanya termasuk dalam pengertian mengejek-ngejek dan pandang rendah kepada agama, tidak berpuas hati dan berpaling dari agama. Kadang-kadang dengan pecakapan, kadang-kadang dengan perbuatan yang berupa isyarat dengan kening, menjelir lidah, mencebek bibir mulut ketika mendengar bacaan al-Quran atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau ketika mendengar percakapan hal akidah Islam, atau hukum Islam yang mesti di ketahui atau umpamanya.

Kedua : Timbul perasaan benci dan marah ketika mendengar nama Allah, atau rasulNya atau bacaan al-Quran, atau hukum-hukum yang mesti di ketahui dalam agama atau ketika mendengar seruan kepada Allah, firman Allah :

#sŒÎ)ur 4n?÷Gè? öNÎgøŠn=tæ $uZçF»tƒ#uä ;M»oYÉit/ Ú͍÷ès? Îû Ínqã_ãr šúïÏ%©!$# (#rãxÿx. tx6ZßJø9$# ( šcrߊ%s3tƒ šcqäÜó¡o šúïÏ%©!$$Î/ šcqè=÷Gtƒ öNÎgøŠn=tæ $uZÏG»tƒ#uä 3 ö@è% Nä3ã¥Îm;tRé'sùr& 9ht±Î0 `ÏiB â/ä3Ï9ºsŒ 3 â$¨Y9$# $ydytãur ª!$# šúïÏ%©!$# (#rãxÿx. ( }§ø©Î/ur 玍ÅÁyJø9$# ÇÐËÈ

Maksudnya : Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan Aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?" Allah telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali. (al-Hajj : 72)

Dan firmanNya juga :

y7Ï9ºsŒ óOßg¯Rr'Î/ (#qèd̍x. !$tB tAtRr& ª!$# xÝt7ômr'sù óOßgn=»yJôãr& ÇÒÈ

Maksudnya: Yang demikian itu adalah Karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka. (Muhammad : 9)

Kata-kata Ulama’ Mengenai Sebab-sebab yang Menjadikan Murtad

Barangkali tidak sia-sia kalau kami sebutkan pada akhir bahasan hal ini akan kata-kata ulama’ mengenai perbuatan, perkataan, dan kepercayaan yang boleh menjadikan seseorang itu murtad, agar saudara-saudara pembaca merasai jelas dan tidak terjatuh kedalamnya, serta dapat mengingatkan saudaranya dari terjatuh kedalamnya, kerana kebanyakan yang disebut oleh ulama’ adalah perkara ittifak ( yang disepakati). Dan kalaupun ada perselisihan maka perkara itu paling kurangnya menjadi dosa besar:

1- Dalam kitab (الزواجر عن ارتكاب الكبائر ), berkata Ibn Hajar al-Haithami : (maka di antara jenis kufur dan syirik ialah berazam untuk menjadi kafir pada masa akan datang, jauh atau dekat, atau dia taklilkan kufur dengan hasilnya sesuatu, meskipun perkara itu pada zahirnya mustahil berlaku pada akal, maka jadilah ia kafir serta merta, atau ia i’tikad atau melakukan perkara yang menjadikannya kafir, atau melafazkan kalimah-kalimah yang menjadikannya kafir, sama ada perkara itu keluar melalui pegangan, atau kerana degilnya, atau kerana ejekannya seperti ia i’tikad kekalnya ala mini, atau ia menafikan sifat-sifat yang sabit bagi Allah dengan ijmak yang mesti diketahui dalam agama seperti ingkarkan ilmu Allah, atau kudratNya atau pengatahuan Allah akan perkara-perkara juziyyat, atau pun isbatkan perkara-perkara yang Allah nafikan seperti isbatkan warna bagi Allah).

Kemudian Ibnu Hajar mentafsilkan kaedah ini dengan katanya : dan termasuk dalam pengertian tersebut:

- sesiapa yang melakukan perbuatan yang orang-orang Islam telah ijma’ mengatakan perbuatan itu khas bagi orang-orang kafir, meskipun ia bertegas bahawa ia masih menjadi

Muslim, seperti pergi ke gereja bersama keluarganya dengan pakaian orang-orang kafir.

- atau ia mencampak kertas yang ditulis padanya ayat-ayat al-Quran, atau nama-nama Allah ke tempat najis.

- atau ia syak tentang kenabian seorang nabi yang telah diijma’.

- atau ia syak tentang turunnya kitab al-Taurat, atau al-Injil, atau al-Zabur atau suhuf Ibrahim.

- atau ia syak pada ayat-ayat al-Quaran.

- atau ia syak pada mengkufurkan orang yang mengeluarkan perkataan yang bertujuan menyesatkan umat, atau perkataan yang mengkufurkan sahabat.

- atau syak pada ibadah haji di Bandar Mekah atau syak pada Kaabah atau Masjid Haram, atau pada cara mengerjakan haji yang diamalkan,

- demikian juga syak pada ibadah puasa, atau sembahyang,

- atau ia mengharuskan perkara-perkara haram seperti sembahyang tanpa wudu’ atau mengharuskan menyakiti muslim atau kafir zimmi tanpa sebab yang di haruskan oleh syara’ pada i’tikadnya,

- atau ia mengharamkan perkara-perkara yang harus seperti mengharamkan jual beli,

- atau ia mengatakan tentang Nabi Muhammad s.a.w. baginda berwarna hitam, atau wafat sebelum baginda tumbuh janggut, atau baginda bukan dari bangsa arab, atau bukan dari suku Quraisy, atau bukan manusia, kerana mensifatkan Nabi Muhammad s.a.w. bukan dengan sifatnya yang sebenar adalah mendustakan baginda. Boleh di ambil dari penjelasan ini bahawa setiap sifat yang telah diijma’ mengatakan sifat yang sabit pada seorang Nabi, kalau mengingkarinya adalah kufur, sebagaimana kalau ia berkata : boleh jadi lahir nabi lain selepas nabi Muhammad s.a.w. : dan kalau ia berkata: saya tidak tahu diakah yang dibangkit di Mekah, atau umpamanya,

- atau ia berkata : jawatan nabi itu boleh di usaha, atau jawatan Nabi boleh di capai dengan sebab kejernihan jiwa,

- atau ia berkata : wali itu lebih afdal dari nabi dan wali itu diturunkan wahyu kepadanya, meskipun ia tidak mendakwa nabi, atau wali itu memasuki syurga sebelum matinya,

- atau ia mengaibkan nabi Muhammad s.a.w. dan nabi-nabi yang lain sehingga para malaikat, atau melaknatnya, atau memakinya, atau menghina atau mengejek-ngejek, atau mensifatkannya dengan sifat-sifat kekurangan pada dirinya, atau pada keturunannya, atau pada agamanya, atau pada perbuatannya, atau mencela nabi Muhammad umpama dengan memandang rendah kedudukanya, atau ia bercita-cita agar nabi Muhammad tertimpa keaiban, atau ia nisbahkan kepada nabi Muhammad perkara-perkara yang tidak layak dengan kemulian baginda dalam bentuk persendaan, atau merendahkan kedudukan baginda dengan percakapan yang mungkar, dusta dan menghina, atau ia memalukan nabi Muhammad dengan sesuatu bala dan ujian keatasnya, atau mengelirukan nabi Muhammad dengan sifat-sifat kemanusiaan yang harus berlaku, maka orang yang mengatakan salah satu dari perkara-perkara tersebut menjadi kafir menurut ijma’ dan tidak diterima taubatnya disisi kebanyakan ulama’. Kerana Khalid bin al-Walid telah membunuh seorang lelaki yang berkata kepadanya dengan lafaz (عند صاحبكم) yakni “ disisi kawanmu”, kerana perkataan demikian merendahkan mertabat nabi Muhammad s.a.w.

Kemudian berkata Ibnu Hajar lagi:

- atau ia berpuas hati dengan kufur, walaupun secara tidak terang seperti ia menasihatkan orang kafir supaya jangan menjadi muslim. Sekalipun si kafir itu tidak pernah minta nasihat daripadanya, atau ia memohon supaya orang lain menjadi kafir, kerana perbuatan demikian melambangkan ia berpuashati dengan kufur.

- atau ia berkata kepada seorang muslim “ wahai kafir, dengan tidak ada sebarang takwil, kerana ia telah menamakan Islam dengan nama kufur,

- atau ia menghina nama Allah, atau nama nabinya, atau perintah Allah, atau perintah nabinya, atau janji Allah, sama ada syurga atau neraka, seperti ia berkata : kalau Allah menyuruh saya melakukan sekian, sekian, saya tidak akan buat, atau ia berkata : kalau Allah jadi kiblah di sini saya juga tidak akan melakukan sembahyang, atau ia berkata “ kalau Allah berikan syurga kepadaku, aku tidak akan masuk, dengan mempersendakan kepada syurga atau kerana degil “ atau ia berkata : “kalau mengambil salah dengan sebab saya tinggalkan sembahyang dalam hal saya susah dan mengambil sakit bererti Allah menzalimkan saya, atau oleh si zalim : “ aku buat kepada engkau bukan dengan takdir Allah “ kepada orang yang dizalim yang berkata : sesungguhnya kezaliman ini adalah dengan takdir allah “, atau ia berkata : kalau Malaikat atau Nabi hadir di hadapanku aku tidak akan percaya kepadanya, atau ia berkata : kalaulah fulan itu seorang nabi saya tidak akan percaya kepadanya, atau ia berkata : kalaulah benar apa yang nabi janjikan itu nescaya kita terselamat, atau ada orang berkata kepadanya : keratlah kuku engkau, kerana kerat kuku itu adalah sunah, lalu ia berkata : saya tidak akan kerat kuku, sekalipun ia adalah sunah, ia mengatakan demikian kerana mengejek-ngejek,

- atau ia berkata : tidak ada kekuasaan dan kekutan melainkan dengan Allah yang tidak boleh mengenyangkan orang lapar. Denikian juga ditambah pada zikir-zikir yang lain sebagaimana zahirnya dalam zikir tersebut,

- atau ia berkata : Muazzin (tukang azan ) itu dusta dalam azannya, atau ia bandingkan suara muezzin itu dengan suara loceng orang kafir ( di gereja atau di chandi ), atau ia mempersendakan dengan azan,

- atau ia menberi nama Allah kepada benda-benda yang haram kerana bersenda-senda demgan nama Allah,

- atau ia berkata : aku tidak takut kepada hari kiamat, dengan keadaan bersenda-senda,

- atau ia berkata mengenai Allah : Allah tidak kuasa menbalas orang yang mencuri, dengan menisbahkan sifat kelemahan kepada Allah, atau ia nisbahkan kezaliman kepada Allah pada mengharamkan sesuatu,

- atau ia memakai pakaian orang-orang kafir, kerana suka kepada agamanya,

- atau ia berkata : orang-orang Yahudi lebih baik daripada orang-orang muslimin,

- atau ketika ditanya : apakah dia iman? Ia menjawab : saya tidak tahu, kerana bersenda-senda dengan iman,

- atau ia ingkarkan persahabatan Abu Bakar dengan baginda Rasulullah, atau ia menuduh Aisyah r.anha dengan melakukan zina , kerana ingkarkan persahabatan Abi Bakar dan tuduhan terhadap Aisyah bererti mendustakan al-quran, bersalahan dengan ingkar persahabatan atau menuduh akan yang lain dari kedua,

- atau ia berkata : saya ini Allah, walaupun dengan bergurau, atau berkata : saya tidak tahu hak Allah diatas saya, kerana mengingkari kewajibannya terhadap Allah, atau ia berkata dengan mengejek saya telah jemu dengan al-Quran, atau dengan sembahyang, atau dengan zikir atau umpamanya,

-atau ia berkata : tak tahu apa dia al-Mahsyar! Atau apa dia Jahannam!,

- atau ia berkata : Allah laknat keatas setiap orang alim dan ia niat umum lafaz ala mini, kerana lafaz alam itu mengcakupi para nabi dan malaikat,

- atau ia berkata dengan mengejek-ngejek : apakah makna syara’!

Atau ia berkata : apabila zahir tauhid al-Rububiyyah maka hilanglah al-Ubudiyyah, jika ia bermaksud hilanglah hukum-hukum Allah,

- atau ia mendakwa Tuhan itu adalah ahli seni yang sifatnya dari manusia menjadi Tuhan, atau ia mendakwa ia pernah melihat Allah dengan mata kasarnya sendiri di dunia ini, atau pernah bercakap-cakap dengan Allah, atau Allah telah menjelma dalam sebentuk rupa yang cantik, atau ia mendakwa Allah telah gugurkan taklif daripadanya, atau ia berkata : seorang hamba boleh berhubung dan sampai kepda Allah bukan dengan jalan ibadah, atau ia berkata : roh itu dari cahaya Allah, apabila berhubung cahaya dengan cahaya ia akan bersatu. Maka orang yang mengatakan salah satu perkara-perkara tersebut ia menjadi kafir.

2 - Berkata Ibn Taimiyyah mengenai ayat :

`tBur óO©9 Oä3øts !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrãÏÿ»s3ø9$# ÇÍÍÈ

Maksudnya : dan siapa yang tidak menghukum dengan ( hukum) yang Allah turunkan maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (al-Maidah : 44 )

Dan tidak syak lagi bahawa orang yang tidak i’tikad wajib menghukum dengan hukum yang Allah turunkan kepada rasulNya maka ia adalah kafir. Kerana tidak ada suatu umat melainkan ia menyuruh pimpinannya menghukum dengan adil, tetapi kadang-kadang adil pada pegangan mereka ialah apa yang di tunjuk ajar oleh orang tua mereka, malah banyak orang-orang yang mendakwa muslim menghukum dengan berdasar-dasarkan adapt istiadat mereka yang Allah tidak turunkan, seperti kumpulan ahli Badwi zaman dahulu, mereka berpendapat hukum orang tua merekalah yang mesti diamalkan, bukan hukum al-Quran dan al-Sunnah. Inilah yang dikatakan kufur, kerana banyak dari manusia yang telah memeluk Islam tetapi mereka masih menghukum dengan adapt istiadat yang berlaku dan yang diperintahkan oleh pemimpin. Sekiranya mereka ini mengetahui bahawa wajib menghukum dengan hukuman Allah tetapi mereka tidak mengamalkan, malah mereka bertegas boleh menghukum dengan lain dari hukuman Allah maka mereka menjadi kafir.

Dalam tajuk ini juga penulis syarah al-Akidah al-Tahawiyyah berkata : “ disini ada satu perkara yang harus difahami iaitu menghukum dengan selain dari hukum Allah, kadang-kadang membawa kepada kufur dan terkeluar dari Islam, hukum demikian adalah menurut keadaan hakim itu, sekiranya ia beri’tikad bahawa menghukum dengan hukum Allah tidak wajib, boleh dipilih, atau ia buat ringan-ringan, pada hal ia yakin bahawa itu adalah hukum Allah maka sikap demikian adalah kufur yang nyata.

Berkata al-Hafiz Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat :

zNõ3ßssùr& Ïp¨ŠÎ=Îg»yfø9$# tbqäóö7tƒ 4

Maksudnya : maka apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki?

“ Allah mengingkari mereka yang berpaling dengan hukum Allah yang muhkam, yang mengandungi segala jenis kebaikan, yang menyekat segala jenis kejahatan menuju kepada hukum yang lain, yang berupa pendapat, kehendak dan istilah-istilah rekaan manusia, yang tidak bersumberkan syariat Allah, sebagaimana ahli jahiliyyah menghukum dengan hukuman-hukuman yang sesat, yang berdasarkan fikiran dan hawa nafsu dan sebagaimana orang-orang Tatar (Mongolia) menghukum dengan undang-undang hak milik yang diambil dari raja mereka Janghir Khan, di mana Janghir Khan telah mengadakan undang-undang yang disedut dari beberapa agama : Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dan banyak dari hukum-hukum itu berdasarkan kepada fikiran dan hawa nafsunya, lalu jadilah undang-undang itu dalam kalangan anak cucunya sebagai syariat yang mesti diikuti, di mana mengutamakan undang-undang ini daripada hukum-hukum al-Quran dan al-sunnah. Maka siapa dari mereka yang berbuat demikian maka ia adalah kafir, wajib memeranginya hingga ia kembali kepada hukum Allah dan hukum rasulNya s.a.w. dan tidak menghukum dengan hukum-hukum yang lain, pada masalah-masalah yang besar atau yang kecil”.

Berkata al-Sheikh Ahmad Syakir sebagai komentar di atas penegasan Ibn Kathir “Apakah harus pada syariat allag bahawa orang-orang Islam menghukumkan dalam negeri mereka dengan hukum yang diambil dari undang-undang orang Eropah yang tidak beriman kepada Allah? Malah dengan undang-undang yang bercampur dengan fikiran dan hawa nafsu manusia? Mereka boleh mengubah dan meminda undang-undang itu mengikut kehendak mereka? Orang-orang yang mengadakan undang-undang itu tidak pernah peduli apakah undang-undang yang direka itu betul dengan syariat Islam atau tidak?.

Mengikut apa yang kami tahu dari sejarah umat Islam bahawa umat Islam tidak difitnahkan melainkan pada masa pemerintahan bangsa Tatar inilah, yang merupakan masa kezaliman yang paling teruk, di samping itu umat Islam tidak tunduk kepada selama-lamnya, malah Islam memenangi bangsa Tatar, lalu menjadikan mereka muslim dan hilanglah kesan yang mereka tinggal dengan sebab tegaknya umat Islam di atas agama mereka. Dan oleh kerana undang-undang yang zalim itu keluarlah dari pemerintahan yang berbangsa Tatar di masa itu maka tidak ada seorang pun dari umat Islam yang diperintah masa itu bergabung dengan mereka, mempelajari undang-undang mereka dan tidak pula mengajar kepada anak cucu mereka, lalu cepatlah hilang kesan-kesan pemerintahan mereka.

Tidaklah kita perhati bagaimana hebatnya serangan al-Hafiz Ibn Kathir pada abad yang kelapan akan undang-undang baru yang diadakan oleh musuh Islam Janghir Khan?!

Tidakkah kita perhatikan bagaimana Ibn Kathir mensifatkan keadaan umat Islam pada abad yang kelima belas itu?!

Itu adalah satu masa sahaja iaitu masa satu golongan dari pemerintahan mereka. Setelah berlalu masa dengan cepat, mereka bercampur dengan umat Islam lalu hilanglah kesan-kesan yang mereka lakukan.

Kemudian keadaan umat Islam hari ini lebih buruk dan lebih zalim daripada mereka, kerana kebanyakan umat Islam hari ini hamper-hampir bergabung dengan undang-undang rekaan manusia yang menyalahi syariat Allah, di man undang-undang ini adalah serupa dengan undang-undang yang dibuat oleh pemerintah kafir dari bangsa Tatar dahulu.Undang-undang inilah yang direka oleh manusia yang mendakwa muslim. Kemudian undang-undang ini dipelajari oleh generasi Islam. Bapa dan anak masing-masing berbangga, mereka serahkan urusan mereka kepada penyokong, pendokong undang-undang ini. Mereka menghina siapa sahaja yang menyalahi mereka. Serta mereka gelarkan orang yang mengajak mereka kembali kepada hukum-hukum Allah dan syariatNya dengan nama golongan kolot, golongan tidak bertamadun dan lain-lain lagi dari kalimah-kalimah yang jijik.

Malah mereka masuk campur dalam hal pemerintahan dengan syariat Islam, mereka bercita-cita mengubahkan syariat Islam dengan undang-undang baru rekaan mereka. Kadang-kadang mereka mengguna uslub berlembut dan bermesyuarat, kadang-kadang dengan uslub menipu. Dan seringkali mereka menggunakan kekerasan. Mereka melaung dengan terus terang mengatakan mereka ingin mengasingkan agama dengan pemerintahan, dengan tidak malu kepada sesiapa pun. Kalau begini keadaannya maka pakah harus bagi orang-orang Islam menyokong dan mendokong syariat baru rekaan manusia ini?! Atau apakah harus bagi seseorang muslim menghukum dengan undang-undang ini dan berpaling dari syariat Allah?

Saya berharap seseorang muslim yang mengatahui agamanya, beriman dengan agamanya secara ijmal dan tafsil, beriman dengan al-quran sebuah kitab muhkam yang tidak dating kebatilan dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengetahui bahawa taat kepada al-Quran dan taat kepada rasulNya adalah satu perkara yang qat’ie pada setiap keadaan ia tidak akan mengakui bahawa menghukum dengan undang-undang ini adalah betul, malah akan tetap bertegas dengan setegas-tegasnya bahawa pemerintahan tersebut adalah batil dari asalnya lagi, yang kita tidak boleh terima dan tidak boleh mengatakan betul.

Sesungguhnya hal undang-undang rekaan manusia itu adalah terang sebagaimana terangnya matahari. Ia adalah kufur yang nyata, tidak perlu syak dan keliru lagi. Dan tidak ada alasan lagi bagi sesiapa pun yang mengaku muslim bahawa ia beramal dengan undang-undang itu, atau patuh kepadanya, maka tiap-tiap seorang hendaklah berjaga diri, kerana tiap-tiap seorang bertanggungjawab terhadap dirinya.

3 - Berkata al-Shekh Ahmad Syakir mengenai orang yang mengingkari hukum denda keatas pencuri : “ ini adalah hukum Allah pada pencuri lelaki dan perempuan, hukum yang terang lagi jelas pada lafaz dan makna, tidak ada sebarang ihtimal syak pada sabitnya hukum ini dan pada pengertiannya. Ini adalah hukuman Rasulullah s.a.w. yang melaksanakan perintah Allah, kepada lelaki dan perempuan yang mencuri, iaitu memotong tangan, hingga Rasulullah s.a.w. pernah bertegas yang maksudnya : ((sekiranya Fatimah, anak perempuan Muhammad sendiri mencuri nescaya aku akan potong tangannya)).

Perhatilah bagaimana penjajah-penjajah barat mempermain-mainkan agama kita, menetapkan undang-undang wasaniyyah rekaan mereka sebagai ganti hukum Allah dan rasulNya. Kemudian mereka memdidik orang-orang kita supaya benci kepada hukum ini dan mengajar mereka supaya berani mengeluarkan kalimah kufur dengan mengatakan : hukuman ini adalah kejam, tidak sesuai dengan zaman kemajuan dan tamadun. Mereka menjadikan hukuman ini sasaran untuk mengejek-ngejek. Dan natijahnya, penjara-penjara di Negara kita telah penuh dengan ratusan ribu pencuri, dengan sebab undang-undang yang mereka kenakan ke atas pencuri yang sedikitpun tidak dapat mencegah dan menakutkan mereka, apa lagi untuk mengubah dan menyelesaikan penyakit yang berjangkit ini.

Kemudian mereka permasukkan satu ilmu yang mereka namakan ilmu jiwa ke dalam otak golongan para bijak pandai kita, terutama kepada orang-orang yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang. Ilmu ini sebenarnya bukan ilmu dan tidak serupa dengan ilmu yang sejati, malah ia terang-terang adalah nafsu mereka. Tiap-tiap orang ketua mereka dalam hal ini masing-masing ada pendapat yang menyalahi dan menbatalkan pendapat orang yang menyalahinya. Kemudian ketika hendak melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri mereka berdalih dan berhujjah dengan mengatakan tiap-tiap pencuri itu berlainan keadaannya. Dan keadaan ini bertambah buruk lagi, manakala pencuri itu boleh bercakap dan berdalih. Peguambelanya pula berada di tempat yang menyebabkan ia sendiri masuk neraka, kerana peguambela yakin dengan kesalahan itu. Ia tidak cuba menafikannya tetapi berusaha meringankan kesalahan itu, dengan kajian tentang jiwa orang yang mencuri dan suasana.

Saya pernah berbincang dengan beberapa orang bijak pandai mereka. Maka jawapan mereka ialah : Hukum al-Quran tidak sesuai dengan zaman sekarang! Orang bersalah di ibaratkan seperti orang sakit yang mesti diubati, bukan disiksa. Apakah mereka tidak ingat kepada firman Allah :

Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3

Maksudnya : (hukuman) itu sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. (al-Maidah :38)

Allah menciptakan segala makhluk. Dia lebih mengetahui dengan hal makhluk. Dia maha mulia lagi Bijaksana. Dia menetapkan balasan siksa kepada orang-orang yang mencuri dengan nas yang sarih lagi qat’ie. Kenapa manusia tidak mengamalkannya?

Permasalahan di sisi kita -orang-orang Islam- ialah dasar akidah dan dasar Iman. Maka orang yang mengaku muslim, tetapi mengingkari hukuman potong tangan pencuri, kita Tanya mereka:

- Adakah engkau beriman kepada Allah?

- Adakah engkau beriman bahawa Allah pencipta makhluk ini?

Kalau mereka menjawab : Ya, kita Tanya pula :

- Adakah engkau beriman bahawa Allah mengetahui barang telah lepas dan barang akan batang?

- Adakah engkau beriman bahawa Allah lebih mengetahui hal makhlukNya dari makhluk mengetahui hal dirinya? Dan Allah lebih mengetahui tentang perkara yang mendatangkan masalah kepada mereka dan mudarat kepada mereka?

Kalaulah mereka menjawab: Ya, kita Tanya pula :

- Adakah engkau beriman bahawa Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad dengan membawa agama dan petunjuk yang sebenar, menurunkan al-Quran sebagai pedoman dalam urusan agama dan dunia mereka?

Kalaulah mereka menjawab: Ya, kita Tanya pula :

- Adakah engkau beriman bahawa ayat :

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x.

Maksudnya : Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan.

Ini daripada al-Quran?

Kalaulah mereka menjawab: Ya, kita Tanya pula :

- kenapa kamu membelakangi ayat ini?

- kamu mengamalkan syariat siapa? Kalau siapa yang mendakwa sebagai muslim menjawab soalan-soalan tadi dengan kata “ tidak” maka selesailah urusannya dan jelaslah hakikatnya. Kerana setiap muslim, sama ada yang alim atau pun yang jahil, yang berpengalaman atau tidak berpengalaman telah yakin bahawa siapa yang menjawab soalan-soalan tadi dengan kata “tidak” bererti ia telah terkeluar dari Islam (murtad) dan termasuk dalam gelanggang al-Riddah. Adapun yang bukan muslim dan bukan orang yang mendakwa muslim maka kita tidak akan berbincang dengan mereka, kerana mereka tidak beriman dengan apa yang kita imani dan mereka tetap tidak puashati kecuali apabila kita berkata sebagaimana mereka berkata (kita berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut).

Sekiranya orang-orang yang mengaku muslim itu memikir sungguh-sungguh, nescaya ternyata bahawa jika dipotong tangan beberapa orang pencuri tiap-tiap tahun nescaya negeri akan selamat dari penyakit mencuri, nescaya tidak berlaku curi mencuri. Kalau pun ada, hanya sedikit seperti tidak ada dan penjara tidak dipenuhi dengan ratusan ribu pencuri, yang mereka jadikan penjara itu sebagai sekolah untuk belajar cara mencuri dan cara mengkhianat. Sekiranya mereka ini tahu nescaya mereka akan melaksanakan hukum ini, tetapi mereka masih berkekalan di atas kebatilan mereka, agar penjajah mereka dan orang-orang yang mereka anggapkan maha guru itu berpuashati, dan jauh sekali mereka akan berpuas hati dengan kita!”

4 - Di antara fatwa Islam mengenai golongan manusia yang menjadi murtad, saya naqalkan jawapan Ibn Yaimiyyah mengenai golongan al-Nasiriyyah katanya:

“ golongan manusia yang di namakan al-Nasiriyyah, semua jenis golongan al-Qaramitah al-Batiniyyah adalah lebih kufur daripada orang-orang Yahudi dan Nasrani, malah lebih kufur daripada golongan al-Musyrikin. Bahaya mereka terhadap umat Muhammad lebih besar daripada bahaya orang-orang kafir bangsa Tatar, orang-orang Eropah dan lain-lain. Kerana golongan al-Nasiriyyah dan al-Qaramitah menzahirkan dihadapan mata orang-orang Islam yang jahil cinta dan kasih kepada ahlulbait. Mereka sebenarnya tidak beriman kepada Allah, kepada rasulNya dan kepada al-Quran, tidak beriman kepada perintah Allah dan laranganNya, kepada balasan baik dan siksa, kepada syurga dan neraka dan tidak beriman kepada seorang nabi pun sebelum Nabi Muhammad s.a.w. mana-mana agama yang dahulu, malah mereka takwilkan kalam Allah dan hadith-hadith rasulNya yang makruf di kalangan ulama’ Islam dengan takwilan yang mereka reka-rekakan. Mereka dakwakan takwilan itu adalah ilmu al-batin. Mereka anggap mereka berhak dan bebas dalam mengubahkan nama-nama Allah, ayat-ayatNya dan kalam rasukNya s.a.w.

Beliau menyambung lagi:

Sebagaimana kita maklum bahawa pantai Syam dikuasai oleh orang-orang nasrani dengan sebab puak-puak Nasiriyyah. Kerana mereka sentiasa bersama dengan musuh Islam untuk melawan umat Islam. Dan sebenar-benar musibah terhadap mereka ialah hari kemenangan orang-orang Islam melawan bangsa Tatar. Hari raya mereka ialah hari kemenangan orang-orang Nasrani ke atas umat Islam. Mereka memusuhi Allah dan rasulNya. Bilangan mereka ketika itu banyak di kawasan pantai Syam, yang menyebabkan merelalah orang-orang Nasrani mudah menjajah pantai Syam. Kemudian dengan sebab orang-orang Nasrani mudah menjajah BaitulMaqdis dan kawasan-kawasan lain. Kewujudan mereka di pantai Syam adalah faktor yang besar untuk menjayakan orang-orang Nasrani. Ketika Allah membangkitkan pemimpin-pemimpin Islam yang berjihad pada jalan Allah seperti Nuruddin al-Syahid, salahuddin al-Ayyubi dan pengikutnya, mereka membebaskan kawasan pantai Syam dan Mesir dari jajahan orang-orang Nasrani dan orang-orang Nasiriyyah yang menyokong mereka, di mana mereka telah menjajah negeri Mesir selama dua ratus tahun. Mereka bersekutu dengan orang-orang Nasrani hingga bangkitlah umat Islam berjihad melawan mereka dan akhirnya dapat membebaskan negeri dari jajahan orang-orang Nasrani.

Setelah bangsa Tatar memasuki negara Islam, mereka membunuh khalifah di Baghdad dan raja-raja di kawasan lain dengan sokongan dari orang-orang Nasiriyyah inilah.

Mereka dikenali di kalangan umat Islam dengan berbagai-bagai nama seperti al-Mulhidah (yang tidak mengaku adanya Allah) al-Qaramitah, al-Batiniyyah, al-Ismailiyyah (kerana mendakwa mengikuti Ismail bin Jaafar al-Sadik), al-Khurramiyyah ( kerana mereka pengikut banyak al-Khurramiyyah iaitu mazhab batiniy yang lahir di tanah Farsi), al-Muhammirah.

Nama-nama ini ada yang mencakupi semua golongan Nasiriyyah dan ada yang khusus untuk sebahagian dari mereka dan tidak syak lagi bahawa jihad melawan mereka adalah sebesar-besar kewajipan dan lebih afdal dari berjihad melawan orang-orang musyrikin dan ahli kitab yang tidak memerangi orang-orang islam, kerana jihad melawan mereka adalah termasuk jihad melawan orang-orang yang murtad sebelum berjihad melawan ahli kitab yang kafir. Dan bahaya mereka terhadap umat Islam lebih besar daripada bahaya orang-orang musyrikin. Oleh itu wajib ke atas setiap muslim bangkit melawan mereka kadar kemampuan masing-masing dan tidak boleh menyembunyikan mankala mengetahui hal mereka, malah mestilah membuka dan menerangkan kepada umat Islam supaya mengetahui hakikat mereka. Orang yang berusaha mendakwah mereka dan mencegah kejahatan mereka akan berubah pahala, yang Allah sahajalah yang mengatahuinya.

Ihtiyat pada Mengkufurkan orang-orang yang tertentu.

Berkata penulis Syarah al-Akidah al-Tahawiyyah :

“ Sesungguhnya kata-kata yang batil. Yang direka-reka, diubah-ubah dan memberi erti nafikan sifat-sifat yang rasul isbatkan, atau isbatkan sifat-sifat rasul nafikan atau kata-kata yang menyuruh perkara-perkara yang rasul larang, atau melarang perkara-perkara yang rasul suruh mestilah dihukumkan dengan hukuman al-Haq kepada kata-kata itu dan sabitlah baginya janji siksa yang dijelskan oleh nas-nas syarak serta mestilah dijelaskan bahawa kata-kata adalah kufur. Dan mestilah diternagkan bahawa siapa yang mengatakan demikian adalah kafir. Adapun seorang yang tertentu, apabila ditanya kita :adakah kamu berani menyaksi bahawa ia termasuk orang-orang yang akan disiksa dan ia adalah kafir? Maka orang ini kami tidak berani menyaksi bahawa ia adalah kafir kecuali dengan sebab lahir daripadanya satu perkara yang boleh kita bersaksi bahawa ia adalah kafir. Kerana sebesar-besar kezaliman ialah menyaksi bahawa seorang yang tertentu itu mengatakan Allah tidak ampun kepadanya dan tidak memberi rahmat kepadanya dan ia berkekelan di dalam neraka. Kerana kekal di dalam neraka ialah hukuman bagi orang-orang kafir selepas matinya. Oleh kerana seorang yang tertentu itu boleh jadi ia seorang mujtahid yang salah dan diampun kesalahannya, boleh jadi ia termasuk orang-orang yang tidak sampai kepadanya oleh setengah-setengah nas syarak, boleh jadi ia seorang yang mempunyai iman yang kuat dan kebaikan yang menyebabkan Allah memberi rahmat kepadanya sebagaimana Allah ampun kepada orang yang berkata “ bila aku mati pukullah aku kemudian lontarkanlah aku” kerana ada padanya perasaan takut kepada Allah.

Tetapi yang kita tidak berani menyaksi adalah pada keputusan akhirat. Ada pun di dunia ini maka boleh kita menyaksikannya untuk mencegah dari bid’ahnya dan meminta darinya supaya bertaubat. Sekiranya ia tidak mahu bertaubat bolehlah kita membunuhnya. Dan jika perkataan yang diucap itu perkataan kufur maka mestilah dihukumkan kufur perkataan itu. Dan orang yang mengucap perkataan kufur itu menjadi kafir apabila cukup syarat-syaratnya dan tidak ada mani’ (halangan).

Dari perbahasan tersebut jelaslah bahawa sepatutnya kita mesti ihtiyat dalam mengkufurkan orang-orang tertentu, tetapi ada tiga perkara yang patut kita memberi perhatian mengenai perkara-perkara yang menbatalkan Islam, iaitu :

Pertama : Ada beberapa perkara yang berlawan dengan dua kalimah syahadah, boleh jadi berlawan dengan dasar beriman kepada Allah dan boleh jadi berlawanan dengan dasar beriman kepada Rasulullah s.a.w dan ajaran-ajaran yang baginda bawa. Maka wajiblah di atas orang yang mengetahuinya dan mengetahui nas-nas syara’ yang menberi peringatan, mentafsilkan jenis-jenisnya, memberi pengertian sekadar yang boleh serta menjelaskan dalil-dalilnya daripada al-Quran dan al-Hadith, kerana sikap demikian termasuk dalam ertikata menyampaikan agama, menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Orang yang berbuat demikian akan mendapat balasan baik dari Allah jika benar-benar ikhlas.

Kedua : Dalil-dalil yang menjadikan seseorang itu kafir dilalahnya berlainan :

1.Di antaranya ada dalil-dalil yang ibaratnya sarih menunjukan kafir, bukan dengan ekorannya.

2.Dan ada di antaranya dalil-dalil yang menunjukan kafir dengan ekorannya bukan dengan sarih ibaratnya. Jenis ini pula :

- Ada ekorannya mudah dan segera difahami.

- Dan ada di antaranya yang agak payah difahami.

Setiap yang terjatuh ke dalam najis yang pertama maka bolehlah kita menyaksi kufur dan tidak dimaaf kepada seseorang pun kecuali orang yang dipaksa. Itu pun dalam garisan berlafaz dengan kalimah kufur, dengan lidah bukan dengan i’tikad.

Demikian juga contoh-contoh yang berhampiran dengan jenis yang kedua seperti orang yang mendakwa menjadi Tuhan. Sekalipun ia tidak menafikan Uluhiyyah (sifat keTuhanan) Allah, kerana melazimi adanya syirik bagi Allah. Dan seperti orang yang mendakwa memiliki sifat-sifat keTuhanan umpama berhak menghalal dan mengharamkan kepada manusia. Dan sama dengan itu :

-Orang yang berkata : alam ini Qadim, kerana lazim daripadanya bahawa Allah tidak menciptakan alam ini dan tidak ada ihtimal lain daripada perkataan itu. Maka serupalah dengan jenis yang pertama iaitu kufur yang sarih. Orang yang berkata tidak dimaafkan.

-Orang yang keluar daripadanya reda dan puas hati dengan kufur secara sarih seperti berkata kepada orang yang ingkarkan adanya Allah: engkau bercakap benar, atau engkau berada di atas kebenaran. Perkataan demikian menunjukan kufur, tidak kurang dari perkataan orang yang ingkarkan Allah sendiri. Kadang-kadang sebab yang menjadikan dilalah itu kuat ialah acap kali keluar perbuatan dan perkataan kufur daripada seseorang yang tertentu, atau acap kali ia mengerjakannya. Contohnya seperti seorang melahirkan walak kepada orang kafir dan acap kali berlakunya perbuantan itu. Kerana mustahil pada urf ada keuzuran bagi seseorang yang sepanjang hidupnya, atau dalam hidupnya melakukan perkara kufur atau melahirkan puas hati dengan kufur.

Dan siapa yang terjatuh kedalam perkara yang membawa kepada kufur dengan melalui tilik kepada ekorannya maka orang inilah yang mesti kita ihtiyat pada mengkufurkannya. Dan ihtiyat itu bertambah perlu lagi bila ekoran itu bertambah jauh daripada perkataan dan perbuatan seseorang itu, dalam ertikata mestilah ditilik kepada zuruf dan qarinah yang zahir dan kuat.

Hukuman ini tidak dapat dijalankan oleh semua manusia, malah oleh orang yang memiliki kuasa pemerintahan di dalam kerajaan Islam.

Contohnya seperti : seorang mencampakkan ayat al-Quran ke dalam tempat najis. Maka diri perbuatan itu fuqaha’ telah ijma’ mengatakan kufur, tidak kira siapa yang melakukan, kerana perbuatan demikian memberi erti meringan-ringankan dan menghina kalam Allah. Bila seorang lain melihat perbuatan demikian maka bolehlah ia berkata : perbuatan demikian menyebabkan jadi kafir, tetapi ia tidak kuasa mengkufurkan seseorang tertentu yang melakukan perbuatan itu hingga ia mengetahui paling kurang dua perkara ini :

1. Orang yang mencampakkan itu dengan yakin bahawa barang yang dicampak itu adalah al-Quran.

2. Tempat yang dicampakkan al-Quran itu adalah tempat najis.

Jika orang yang mencampakkan itu mengaku demikian, bolehlah dihukumkan kafir, tetapi boleh jadi orang yang mencampakkan itu seorang yang ummi (buta huruf), tidak mengetahui apa yang dicampak dan tempat yang dicampakkan. Di sini timbullah qarinah yang kuat menunjukkan ia tidak bertujuan menghina al-Quran. Maka dimaafkan bagi orang yang seperti ini.

Berdasarkan kenyataan tersebut wajiblah kita ihtiyat (berhati-hati) dalam mengkufurkan seseorang, kecuali apabila keluar daripadanya kufur yang sahih, yang tidak ada sebarang takwilan yang ma’kul, serta wajib teliti kepada semua perkataan dan perbuatan yang menyebabkan menjadi kufur apabila cukup syaratnya dan tidak ada mani’ (halangan).

Ketiga : Manakala seorang itu menjadi kafir baginya dua hukum : Pertama, hukum duniawi : Iaitu orang murtad itu berhak menerima hukuman menurut nas syara’, iaitu hukuman yang mesti diluluskan didunia ini, berdasar kepada barang yang keluar daripada manusia pada zahirnya, bukan tilik kepada isi hati, seperti berhak membunuhnya sekiranya ia tidak bertaubat, menceraikannya dengan isterinya, tidak halal memakan binatang sembelihannya, tidak mengahwinkannya dan lain-lain lagi. Tindakan ini adalah untuk manusia laksanakan ke atas seseorang yang tertentu. Dan setengah tindakan adalah khusus kepada pemerintah seperti menyuruh bertaubat dan membunuhnya.

Kedua : hukum ukhrawi : Iaitu orang yang murtad berhak kekal dalam neraka. Hukuman ini adalah khusus bagi Allah subhanahu wa Taala untuk melaksanakan keatas sesiapa dan sesiapa dari kalangan orang yang berhak menerima hukuman sedang kita tidak berhak demikian di dunia ini. Dan kita tidak mengetahui hukuman mengenai seseorang yang tertentu itu, kerana menghukum demikian bukan hak manusia pada asalnya lagi. Oleh yang demikian, manusia di dunia ini tidak berhak mendakwa mengetahui nasib seorang yang tertentu itu, sama ada ia di dalam syurga atau di dalam neraka, kecuali orang-orang yang Allah memberitahu kepada rasulNya, seperti sepuluh orang sahabat yang Rasulullah s.a.w. memberitakan akan menjadi ahli syurga dan orang-orang yang Allah ceritakan hal mereka dalam al-Quran, atau seperti orang yang Rasulullah s.a.w. menyaksi akan menjadi ahli neraka umpamanya Abi Lahab, yang ayat al-Quran menjelaskan demikian.

Dalam hal itu, kita boleh menghukum secara ijmali dengan kata : siapa yang kufur kepada Allah, atau murtad dari agamanya ia akan kekal di dalam neraka dan diharamkan masuk syurga dan muslim mestilah berhenti di atas garisan ini. Kalau melampaui ia akan menjadi seorang yang zalim, sebagaimana penegasan dari penulis syarah al-Qkidah al-Tahawiyyah dahulu dan sebagaimana penegasan al-Tahawi r.a sendiri dengan katanya : ” dan kita tidak menentukan bagi seseorang itu sama ada syurga atau neraka”.

0 ulasan: