BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 9, 2009

KURSUS:

GGGB2332

KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PEBEZAAN PENGAJARAN

TUGASAN:

KEPELBAGAIAN CARA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KESANNYA KEPADA ANAK-ANAK


Kandungan

Bil

Tajuk

Muka surat

1.0

Pendahuluan.

2

2.0

Kepelbagaian Cara Sambutan Hari Raya Aidilfitri

3

3.0

Keluarga pertama:

Hussin bin Omar dengan Safiah binti Ahmad.

4

4.0

Keluarga kedua:

Keluarga Said bin Seman dengan Kalsom binti Omar.

5

5.0

Keluarga ketiga:

Keluarga Awang Ali bin Seman dengan Che Hanas binti Zakaria.

7

6.0

Keluarga keempat:

Keluarga Ismail bin Hasan dengan Salmah binti Omar

8

7.0

Keluarga kelima:

Keluarga Ibrahim bin Omar dengan Mariam binti Mohamed.

10

8.0

Kesimpulan

12

1.0 Pendahuluan

Hari Raya Aidilfitri adalah salah satu perayaan yang sambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ianya di sambut pada 1 Syawal, setelah berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam di wajibkan menjalani ibadat puasa selama sebulan. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam di dunia, selain daripada Hari Raya Korban. Maksud Hari Raya Aidilfitri dari segi bahasa ialah ianya berasal dari perkataan atau kalimah arab iaitu Aidilfitri. Manakala dari segi istilah ianya bermaksud satu perayaan yang di sambut oleh seluruh umat Islam di dunia pada 1 Syawal setelah berakhirnya menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan.

Di Malaysia, di dalam penetapan Hari Raya Aidilfitri terdapat dua cara. Pertamanya melalui dengan melihat anak bulan dan keduanya melalui secara hisab iaitu mengikut kiraan. Melalui dengan melihat anak bulan di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai JAKIM pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik yang telah ditetapkan. Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya 1 Syawal. Manakala melalui secara hisab iaitu mengikut kiraan pula, apabila kiraan di dalam Takwim Hijrah Islam genap 30 Ramadhan maka keesokkannya bermulanya 1 Syawal.

Dalam menyambut 1 Syawal atau Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, di samping itu wujudnya beberapa perbezaan yang ketara dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri antara sesebuah keluarga dengan keluarga yang lain. Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah dari segi cara sambutan Hari Raya Aidilfitri dan kesan kepada anak- anak dalam keluarga tersebut. Contohnya keluarga yang kaya dari segi cara sambutannya mestilah penuh dengan kemewahan dan kemeriahan. Manakala keluarga yang miskin cara sambutannya di sebaliknya, hanya dengan sekadar kemampuan masing-masing.

2.0 Kepelbagaian Cara Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Kali ini saya di tugaskan untuk membuat satu kajian berdasarkan pemerhatian 5 buah keluarga bagi melihat sejauhmanakah perbezaan cara sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam sesebuah keluarga dan kesan terhadap anak-anak dalam sesebuah keluarga tersebut. Antara keluarga yang saya buat kajian berdasarkan pemerhatian ialah:

  1. Keluarga Hussin bin Omar dengan Safiah binti Ahmad.
  2. Keluarga Said bin Seman dengan Kalsom binti Omar.
  3. Keluarga Awang Ali bin Seman dengan Che Hanas binti Zakaria.
  4. Keluarga Ismail bin Hasan dengan Salmah binti Omar.
  5. Keluarga Ibrahim bin Omar dengan Mariam binti Mohamed.

Dalam pemerhatian yang telah saya buat sepanjang hari lebaran terhadap kelima-lima keluarga tersebut . Terdapat pelbagai perbezaan dari segi cara sambutan dan secara tidak langsungnya wujud pelbagai kesan terhadap anak-anak dalam sesebuah keluarga tersebut.

3.0 Keluarga Hussin bin Omar dengan Safiah binti Ahmad

Keluarga Hussin bin Omar tinggal di alamat NO216c Kampung Dalam Rhu, 16200 Tumpat Kelantan. Sekarang umur beliau 57 tahun manakala isterinya Safiah binti Ahmad berumur 55 tahun. Beliau memiliki 7 orang anak dan 3 orang cucu. Anak beliau terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan. Kesemua anak-anaknya sudah bekerja dan belajar di luar negeri. Anak pertama beliau sudah berumah tangga dan memiliki 3 orang cahaya mata. Namun setelah akhir Bulan Ramadan menjelang, semua anak-anak beliau pulang ke rumah sebelum satu syawal lagi. Masing-masing balik ke kampung halaman meluangkan masa untuk menyambut perayaan bersama-sama.

Cara sambutan hari raya aidilfitri keluarga Hussin bin Omar sangat meriah. Selepas mereka menunaikan solat sunat aidilfitri mereka tidak lupa mengunjungi pusara arwah datuk mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah dan membacakan surah Yaasin buat arwah yang telah kembali kerahmatullah. Pada hari raya mereka meluangkan masa untuk menziarahi rumah sanak saudara terdekat. Mereka saling bermaaf-maafan satu sama lain.Sebelum itu, Sambutan perayaan yang meriah oleh keluarga mereka menunjukkan kebesaran hari raya dikalangan umat Islam walaupun sebelum syawal tiba mereka berada berjauhan diantara satu sama lain.

Suasana malam-malam keluarga ini sangat meriah, Walaupun setelah dua Syawal, mereka anak-beranak masih sibuk merebus ketupat, masak rendang, bakar lemang, masak agar-agar, bakar kek dan macam-macam lagi. Ketika malam mereka berkumpul dan makan juadah tradisi seperti tapai, ketupat dan rendang tersedia dihidang. Ramai saudara mara, jiran tetangga dan teman-teman keluarga dari jauh ini datang beraya di rumah mereka samaada di waktu pagi mahupun malam. Mereka saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Kesan daripada cara sambutan hari raya ialah mengeratkan silatulrahim dengan adik- beradik. Pergaulan dan cara sambutan amat baik dan tidak sampai melibatkan perkara-perkara yang diluar batasan yang dibenarkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya. Oleh itu tidak hairanlah anak-anak beliau kelihatan akrab di antara lelaki dan perempuan. Mereka bertoleransi dan muawafakat demi kesejahteraan keluarga.

Selain daripada itu kesan daripada sambutan perayaan keluarga beliau ialah nilai murni dan kerjasama dapat diterap didalam institusi keluarga mereka sebagai contoh, mereka mengemas rumah secara bergotong-royong. Yang lebih tua dihormati dan yang lebih muda disayangi.

4.0 Keluarga Said bin Seman dengan Kalsom binti Omar.

Ahli keluarga Said bin Seman dengan Kalsom binti Omar pula terdiri daripada 5 orang anak, 3 orang daripada anaknya adalah anak lelaki dan 2 anak perempuan. 3 orang dari anak beliau sudah bersekolah dan 2 orang anak beliau tidak bersekolah lagi. Masing-masing berumur 15 tahun, 13 tahun, 9 tahun, 5 tahun dan 2 tahun. Umur beliau sudah menjangkau 40 tahun. Manakala isterinya berumur 39 tahun. Keluarga beliau menetap di Kampung Dalam Rhu, Tumpat, Kelantan. Hidup beliau sekeluarga susah. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Beliau berkerja sebagai penarik beca. Manakala isterinya sebagai suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang beliau berkerja mengambil upah sebagai membersih kawasan rumah-rumah orang kaya.

Kedatangan syawal dianggap satu rahmat dari yang Maha Esa buat keluarga ini. Satu amanah setelah selesainya melaksanakan ibadah kepada Allah. Zakat firah di hulurkan kepada keluarganya daripada jiran-jiran terdekat. Walaupun hidup keluarga ini susah. Said bin Seman sebagai ketua keluarga tetap berusaha mencari rezeki untuk memenuhi keperluan keluarganya bagi menyambut hari lebaran. Untuk memeriahkan hari raya dengan keluarganya beliau telah membeli baju raya untuk anak-anaknya dan isterinya. Dengan segak dan cantik berpakaian baru, wajah-wajah anak-anak kecil beliau yang tidak tahu ape erti kesusahan tersenyum manis kelihatan pada pagi hari raya.

Pada pagi hari raya, Said bin Seman sekeluarga mereka bersalam-salaman dan bermaaf-maafan diantara satu sama lain. Selepas itu mereka sekeluarga bersedia pergi ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat sunat hari raya. Selepas solat sunat hari raya beliau sekeluarga mengunjungi rumah jiran, saudara mara terdekat untuk beraya dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kemeriahan hari lebaran juga terasa buat Said bin Seman sekeluarga dengan kehadiran jiran dan sanak saudara beraya di rumahnya yang usang itu. Dengan kehadiran jiran-jiran saudara mara dan rakan-rakan, anak-anak beliau turut berasa gembira kerana mendapat duit raya.

Terdapat beberapa kesan kepada anak-anak dalam situasi cara menyambut hari lebaran Said bin Seman sekeluarga. Antaranya adalah, anak-anak yang telah terbiasa berhari raya dengan duit raya, ialah sentiasa berharap agar dapat mengumpul banyak duit raya. Kebiasaan begini mesti dikikis kerana, jika anak-anak gagal mendapatkan duit raya, dia akan rasa kecewa dan menganggap tuan rumah tempat dia bertandang itu adalah seorang yang kedekut. Sepatutnya redha dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah harus diterap sejak kanak-kanak lagi.

Hakikatnya, Sudah menjadi kelaziman kita dimusim hari raya ini begitu bermurah hati menghulurkan sedekah berupa sampul surat khas berisi wang kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak yang menerima ampau yang itu pasti akan tersenyum penuh makna. Hati kita pun merasa senang melihat mereka melontarkan senyuman menerima pemberian itu. Bagi golongan kanak-kanak, dimusim raya inilah mereka berpeluang mengumpulkan pendapatan dan membuat perancangan untuk membelanjakan duit raya yang mereka kumpulkan.

Kanak-kanak selaku penyeri dalam memeriahkan suasana Hari Raya, juga akan berlumba-lumba sesama mereka dalam mengumpulkan duit raya siapakah yang paling banyak. Di sinilah kita sebagai orang tua, kita memainkan peranan untuk mengajar dan mendidik mereka supaya bersopan ketika berhari raya dan tidak mengharapkan sampul surat ‘duit raya’ sewaktu berkunjung ke rumah sanak saudara dan handai taulan.

Selain daripada itu, sedekah memang dituntut dalam agama Islam. Namun begitu, bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Janganlah hendaknya budaya memberi dan menerima duit raya itu dijadikan satu keterpaksaan atau kemestian semasa Hari Raya. Bagi mereka yang tidak mampu menghulurkan sedekah , janganlah memaksa diri kita untuk memberikan duit raya disebabkan merasa malu. Jika itulah yang berlaku, makna dan falsafah hari raya dan sedekah yang dihulurkan akan terpesong dari hikmahnya yang sebenar kerana mengandungi unsur paksaan.

5.0 Keluarga Awang Ali bin Seman dengan Che Hanas binti Zakaria.

Awang Ali bin Seman berusia 36 tahun. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Che Hanas binti Zakaria selama 10 tahun, isteri beliau beliau sudah 34 tahun. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, beliau hanya dikurniakan dua orang anak sahaja. Anak sulungnya diberi nama Muhammad Arshad, berumur tujuh tahun dan Muhammad Asrul dua tahun. Beliau berkerja sebagai guru bahasa melayu di Sekolah Kebangsaan Tumpat. Isterinya juga berkerja di sekolah yang sama. Isterinya bertugas sebagai kerani di sekolah itu.

Seluruh umat Islam bergembira menyambut kedatangan bulan Syawal, setelah sempurna menunaikan ibadat puasa sebulan lamanya. Takbir raya bergema di pagi yang hening dihari raya. Anak beliau begitu gembira menyambut kedatangan hari raya. Setiap kali menjelangnya hari raya, anaknya pasti mahu baju baru, kasut baru dan serba-serbi baru. Saat yang mereka nantikan ialah berkunjung ziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat handai dan bermain bunga api dengan kawan-kawan.

Setelah penat menziarahi saudara mara pada waktu tengahari. Beliau sekeluarga memilih berehat pada waktu petang dan pada hari raya ke dua pula beliau sekeluarga mengada rumah terbuka. Beliau mengajak sahabat-handai sama ada yang jauh atau pun dekat bersama-sama meriahkan lagi rumah terbuka mereka. Di waktu malam anak-anak beliau leka dengan bermain bunga api dengan kawan-kawan. Suasana raya beliau sekeluarga masih lagi meriah walaupun sudah masuk hari raya ke tiga.

Beliau mendidik anak-anaknya dengan bermewah-mewahan dihari raya dengan melakukan berbagai-bagai kelengkapan. Misalnya dengan membeli mercun atau bunga api hasil daripada duit raya yang dikumpul. Sambutan sebegini mendatangkan mudarat kepada kanak-kanak. Beliau juga menyediakan 4 pasang baju raya untuk ke dua-dua anaknya.

Sepatutnya, Selaku orang tua, kita hendaklah mendidik anak-anak kita dengan keperluang yang tidak bermewah-mewahan. Kita juga hendklah menasihati anak-anak kita supaya tidak sesuka hati membelanjakan duit raya itu dengan membeli barangan yang tidak berfaedah. Setiap kali menerima duit raya, kita hendaklah didiklah anak-anak supaya tidak lupa mengucapkan terima kasih, bukannya pergi begitu sahaja.

6.0 Keluarga Ismail bin Hasan dengan Salmah binti Omar.

Salmah binti Omar berumur 45 tahun berkerja sebagai penjahit baju. Suami beliau telah meninggal dunia hampir 13 tahun lepas. Sudah 13 tahun beliau dan anak-anak menyambut hari lebaran tanpa suaminya dan ayah. Dengan pendapatan RM 600 sebulan sebagai mengambil upah menjahit baju , beliau berusaha menyara 6 orang anak-anaknya, Anak Sulung beliau Siti Hasmira dan anak kedua bernama Mohd Azizi berkerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan sebanyak rm700- rm900, dan empat lagi yang masih belajar ialah Nor Liayana, Mohd Irfan, Nur Jamaliah, Mohd Zulkarnai dan Mohd Basri. Beliau sekeluarga menetap di sebuah rumah susaka arwah suaminya beralamat di Kanpung Tanjung Cek Mas, Tumpat, Kelantan.

Kedudukan rumah pusaka arwah suami beliau terletak berhampiran dengan pantai namun kemeriahan hari raya tidak kurang hebatnya. Saudara mara terdekat telah berkumpul di rumah beliau awal-awal pagi lagi. Rumahnya dihiasi indah dengan pelbagai hiasan untuk menyambut hari raya. Termasuklah masakan tradisi di pagi raya di rumah beliau ialah nasi dagang, dan pelbagai kuih-muih yang menyelerakan turut dihidang untuk tetamu di pagi raya. Di runag tamu juaga terdapat pelbagai jenis kad raya yang digantung pada dinding rumah dan diletakkan diseriap sudut dengan kedudukan yang sangat kreatif dan menarik mata memandang.

Sebelum tibanya pagi syawal, pada malam raya di sekeliling rumah beliau di hiasai dan dilingkari dengan cahaya menggunakan lampu kelip-kelip atau lampu warna-warni dan pelita atau lampu minyak tanah pula akan dinyalakan pada malam hari untuk menghidukan susuana hari lebaran. Pada zaman sekarang walaupun pelita boleh digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun beliau sekeluarga lebih memilih untuk memasang pelita bagi menjaga keaslian sambutan hari raya yang selalunya akan berkurang dengan penggunaan elektrik.

Kedatangan 1 Syawal bagai dialu-alukan berbeza dengan kedatangan Ramadhan buat keluarga beliau sekeluarga, cara sambutan hari raya dirancang dengan sempurna dan rapi. Pada hari raya semuanya diganti dengan baru, dengan kusyen sofa fesyen baru, rumah dicat, baju raya semua dibuat baru dan pelbagai lagi. Pada pagi beliau sekeluarga pergi sembahyang sunat hari raya dan selepas itu beliau sekeluarga pergi ke pusar arwah suami untuk menziarah kubur dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah dan membaca surah Yaasin buat arwah suaminya yang tercinta, sebelum ke masjid untuk sembahyang, anak-anak beliau memakai baju yang memang di jahit khas olehnya untuk menyambut hari lebaran. Antara amalan kebiasaan yang dilakukan setiap datangnya Hari Raya Aidilfitri ialah mengadakan rumah terbuka.

Kesimpulannya, amalan rumah terbuka seperti mana beliau sekeluarga lakukan dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara mara jauh atau dekat. Kemeriahan Syawal dengan amalan bersedekah menunjukkan tanda syukur pada Allah adalah lebih baik daripada membelanjakannya dengan cara yang membazir.

Selain daripada itu, amalan menziarahi kubur amat la penting buat kita umat islam bagi keluarga Salmah binti Omar menziarahi kubur arwah suaminya sering dilakukan oleh keluarga Salmah binti Omar adalah amalan yang baik. Ianya di sunatkan dilakukan pada hari raya. Tujuan menziarahi kubur adalah untuk kita mengingati hari kemudian hari pembalasan. Suatu hari nanti kita pasti ke sana juga. Dan ianya boleh dilakukan pada pagi raya, atau bila-bila masa sahaja.

7.0 Ibrahim bin Omar dengan Mariam binti Mohamed.

Ibrahim bin Omar berumur 45 tahun, Beliau tinggal di Kampung Baru Nelayan dan berkerja sebgai Nelayan. Isteri beliau bernama Mariam binti Mohamed, berumur 43 tahun dan beliau berkerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Bilangan anak seramai 5 orang. Yang pertama, diberi nama Nur Shuhada berumur 9 tahun. Kedua Muhammad Fadhli berumur 7 tahun, anak ketiga Nur Farahan berumur 5 tahun, ke empat Nur Fahmikalami berumur 4 tahun dan yang bongsu Mohd Ridhuan berumur tiga tahun. Kehidupan mereka sekeluarga secara sederhana.

Bila tibanya pagi raya beliau sekeluarga bangun awal-awal pagi lagi untuk mandi sunat khas Aidilfitri, dan juga pakaian baru serta sedikit wangi-wangian disapukan ke badan. Sebelum berangkat ke masjid dan beliau sekeluarga akan makan atau menjamah sedikit hidangan rendang, ketupat kuih-muih dan sebagainya di pagi raya tersebut. Pada pagi hari raya selepas selesai solat sunat hari raya, beliau dan sekeluarga mengunjungi pusara ayahnya dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah dan membaca surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak-saudara dan rakan-taulan. Mereka akan bermaaf-maafan atas kesilapan yang lampau.

Setelah selesai mengunjungi rumah saudara mara terdekat, pada sebelah petang pula beliau dan sekeluarga akan menunggu tetamu pula datang beraya di rumahnya. Pada asasnya, hari raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan. Ziarah-mengziarahi telah mejadi kebiasaan beliau sekeluarga ketika 1 Syawal menjelang. Amalan ini amatlah bertepatan dengan budaya timur. Keluarga Ibrahim bin Omar sangat menjaga pergaulan mesra dengan saudara-mara mereka. Beliau tidak menyambut hari raya secara bersendirian atau di dalam kelompok yang kecil. Di sebelah petang beliau sekeluarga biasanya akan membuat rumah terbuka. Pergaulan baik dengan jiran tetangga menunjukkan semangat kemasyarakatan yang utuh, diterapkan dikalangan ahli keluaraga beliau. Mereka tidak lupa untuk menziarahi saudara-mara terdekat mahupun yang jauh, sekali gus menghindar perlakuan yang boleh menyinggung perasaan jiran tetangga dan mengeratkan semula hubungan jika pernah ada sengketa.

Hubungan baiknya dengan jiran tetangga memberi kesan positif pada anak-anaknya. Mereka ramah mesra dengan jiran dan menghormati orang yang lebih tua. Sambutan bersama masyarakat kena pada tujuan hari raya iaitu hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan dikalangan umat Islam disamping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Selain daripada itu juga amalan-amalan yang sunat yang boleh dilakukan ialah kita membersihkan diri pada awal pagi, mandi sunat aidilfitri, memakai pakaian yang bersih dan pakaian yang menutup aurat. Makan sedikit dahulu sebelum pergi bersembahyang sunat Aidil fitri, berbeza dengan Aidil Adha, kita disunatkan jangan makan sehingga kita selesai menunaikan solat sunat hari raya. Apabila sampai di tempat solat, jangan gopoh mencari tempat duduk , jangan sampai menyinggung dan mengganggu jemaah yang lain. Duduk di mana-mana ruang yang ada. Kita juga disunatkan bertakbir. Pada bila-bila masa, ketika memandu, berjalan-jalan atau sekadar berehat-rehat. Untuk Aidiladha kita disunatkan bertakbir bermula dari waktu maghrib raya pertama sehingga selesai hari-hari tasyrik, tetapi untuk Aidilfitri kita disunatkan bertakbir pada satu syawal sahaja.

8.0 Kesimpulan

Hari Raya Aidilfitri atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Puasa adalah salah satu Hari Raya yang di sambut oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Ianya di sambut oleh umat Islam sebagai hari untuk bergembira dan saling bermaaf-maafan antara satu sama lain setelah selama sebulan berpuasa. Iaitu umat Islam di wajibkan ke atas mereka berpuasa dan meraka berjaya menahan diri, nafsu daripada segala perkara-perkara yang boleh membatalkan ibadah puasa. Oleh itu sambutan Hari Raya Aidilfitri hendaklah di sambut dengan penuh kesyukuran, ketakwaan dan keimanan dalam meraikannya dengan pelbagai cara tanpa melanggari syariat Islam.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sambut dengan suasana yang berkonsepkan ala barat yang di isi dengan pelbagai aktiviti yang melanggari syarian islam hendaklah di jauhi dan di tanagi secara keras. Contohnya menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan berkonsepkan berhibur-hiburan, bersuka-sukaan, berlumba kereta atau motosikal di jalan raya. Ini jelas ditegah oleh Allah S.W.T kerana perbuatan ini adalah boleh mendatangkan kecelakaan dan keburukan semata-mata. Sambutan yang berkonsepkan ini jelas dapat kita lihat khususnya di Malaysia, pelbagai cara sambutan yang di sambut oleh rakyat di sini dalam meraikan hari lebaran yang penuh keberkatan ini dengan pelbaagai aktiviti yang tidak sihat. Contohnya bila di adakan rumah terbuka aidilfitri, pasti berlaku pergaulan bebas dalam meraikan hari lebaran, bersalam salaman antara bukan mahramnya dan sebagainya yang jelas di larang oleh Allah S.W.T.

Oleh itu untuk mendapatkan sambutan Hari Raya yang mulia di sisi Allah S.W.T. hendaklah dielakkan perbuatan yang di larangnya seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, leka dengan program televisyen dan pembaziran dari segi harta dan masa dalam menyambut hari lebaran , bahkan adalah lebih baik jika kita hidupkan malam kedatangan Syawal tersebut dengan aktiviti ibadat, seperti bertakbir, bertasbih dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran kita terhadapnya sebagai hambanya dan khalifah di bumi ini untuk mendatangkan keamanan bukan untuk kecelakaan.

0 ulasan: