BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 18, 2009

KAJIAN ULUM HADITH (تيسير مصطلاح الحدي)

Bab I

Pendahuluan

Al Quran dan Hadith merupakan dua sumber yang amat penting dalam perundangan Islam. Ianya saling lengkap melengkapi sebagai pegangan dan ikutan umat Islam. Seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW yang mafhumnya “ telah ku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana tidak akan sesat selagi mana berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW.”

Ilmu hadith merupakan salah satu ilmu yang dituntut untuk dipelajarinya. Sebagai seorang muslim kita berperanan dalam memastikan setiap hadith terpelihara kesuciannya daripada sebarang bentuk penyelewengan dan pemalsuan yang boleh menimbulkan pelbagai persoalan tentang kesahihan sesuatu hadith oleh golongan yang sentiasa mencari jalan untuk mengelirukan pemikiran umat Islam sera memesongkan akidah kita.

Ulama- ulama terdahulu hinggalah ke hari ini banyak menyumbang kea rah mempertahankan kesahihan dan ketulenan hadith melalui usuaha mengkaji serta menulis kitab-kitab hadith yang diyakini kesahihannya. Ulasan terhadap Kitab Taisir Mustholah al Hadith” adalah diharap dapat memberi satu anjakan supaya kita lebih berusaha dan berminat dalam mengkaji ilmu berkaitan dengan ulum al hadith. Semoga segala pengorbanan dan usaha yang dilakukan dalam bidang ilmu ini akan mendapat petunjuk dan hidayah Allah SWT.

Bab II

Pengenalan Ringkas Kitab Serta Latar Belakang Penulis

Kitab Taisir Mustholah al Hadith” ini adalah merupakan salah sebuah kitab rujukan terhadap ilmu ulum al Hadith. Penulis kitab ini iaitu Dr. Mahmud Tahhan merupakan seorang profesor dan pensyarah dalam bidang hadith di Jabatan Syariah dan Jabatan Pengajian Islam, Universiti Kuwait. Kitab ini adalah antara kitab yang terkenal sebagai rujukan untuk mendalami ilmu ulum al hadith. Oleh kerana itu ianya sangat mendapat sambutan di kalangan mereka yang ingin mempelajari ilmu berkaitan ulum al-hadith.

Kali pertama kitab ini dicetak adalah pada tahun 1977 Masihi, bersamaan 1397 Hijrah dan kali terakhir ianya dicetak adalah pada tahun 1996 Masihi, bersamaan 1417 Hijrah. Dalam jangkamasa dua puluh tahun tahun, kitab ini telah diulang cetak sebanyak 9 kali. Kitab yang menjadi rujukan penulis bagi melaksanakan tugasan ini adalah merupakan cetakan yang ke sembilan, di mana ianya dicetak oleh Maktabah al-Ma’arif lil Nashr wa at-Tauzi’, Riyadh.

Kitab ini berkulit hijau dan dikategorikan sebagai sederhana tebal. Mempunyai 240 mukasurat (tidak termasuk kulit) dan kertas yang berkualiti (80 gram). Tebal kitab 1.5 cm, panjang 22.5 cm, dan lebar 15 cm. kitab ini hanya mempunyai satu jilid sahaja.

Dr. Mahmud Tahhan sememangnya telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam ilmu hadith melalui kitabnya ini. Beliau telah menceburkan diri selama beberapa tahun dalam mempelajari dan mengkaji ilmu “ Mustholah al Hadith” di Jabatan Syari’ah, Universiti Islam Madinah. Antara kitab yang menjadi rujukan beliau ketika menuntut ilmu hadith adalah “ Ulum al Hadith” karangan Ibn as Solah dan kitab “at Taqrib” karangan Imam an Nawawi.

Bab III


Kandungan Kitab

Dalam kitabnya ini, Dr. Mahmud Tahhan telah memperkenalkan sebuah kitab yang mudah dipelajari dalam ilmu “ Mustholah al Hadith”. kitab ini memberi kefahaman yang mudah dengan meletakkan pelbagai kaedah tertentu dan istilah-istilahnya, serta menggunakan metodologi yang menarik dan tersusun. Bagi penulis, kitab ini adalah amat sesuai digunakan sebagai pengajian di mana-mana institusi.

Secara umumnya kitab Taisir Mustholah al Hadith” ini mempunyai isi kandungan yang menyeluruh, padat dan ringkas, sehinggan penagarang menamakan kitab ini dengan nama yang sedemikian iaitu pemudah dalam memahami ilmu hadith. Kitab dimulai ini dengan muqaddimah dan diikuti oleh empat bab yang mana setiap bab dikuti bebrapa fasal (bahagian) yang tertentu.

Berikut adalah isi kandungan secara menyeluruh terhadap kitab Taisir Mustholah al Hadith” :

المقدمة العامة :

المقدمة: في نشأة علم المصطلاح وأشهر المصنفات فيه.

- نبذةتاريخيةعن نشأة علم المصطلاح والأطوارالتى مر بها.

- أشهر المصنفات في علم المصطلاح.

- تعريفات أولية.

الباب الأول: الخبر

الفصل الأول: تقسيم الخبر باعتبار وصوله الينا.

- المبحث الاول : الخبر المتواتر.

- المبحث الثاني : خبر الآحاد.

- المشهور.

- العزيز.

- الغريب.

- تقسيم خبر الآحاد بالنسبة الى قوته وضعفه.

الفصل الثاني : الخبر المقبول.

- المبحث الأول: أقسام المقبول

- الصحيح.

- الحسن.

- الصحيح لغيره.

- الحسن لغيره.

- خبر الآحاد المقبول المحتف بالقرائن.

- المبحث الثاني: تقسيم الخبر المقبول الى معمول به، وغير معمول به.

- الم ناسخ الحديث ومنسوخه.

- حكم ومختلف الحديث.

الفصل الثالث : الخبر المردود.

- الخبر المردود وأسباب رده.

- المبحث الاول : الضعيف.

- المبحث الثاني : المردود بسبب سقط من الاسناد.

- المعلق.

- المرسل.

- المعضل.

- المنقطع.

- المدلس.

- المرسل الخفي.

- المعنعن والمؤنن.

- المبحث الثالث : المردود بسبب طعن في الراوي.

- الموضوع.

- المتروك.

- المنكر.

- المعروف.

- المعلل.

- المخالفة للثقافات.

- المدرج.

- المقلوب.

- المزيد في متصل الأسانيد.

- المضطرب.

- المصحف.

- الشاذ والمحفوظ.

- الجهالة بالراوي.

- المبدعة.

- سوء الحفظ.

الفصل الرابع: الخبر المشترك بين المقبول والمردود.

- المبحث الاول : تقسيم الخبر بالنسبة الى من أسند اليه.

- الحديث القدسي.

- المرفوع.

- الموقوف.

- المقطوع.

- المبحث الثاني: أنواع أخرى مشتركة بين المبقبول والمردود.

- المسند.

- المتصل.

- زيادات الثقات.

- الاعتبار والمتابع والشاهد.

الباب الثاني: صفة من تقبل روايته، وما يتعلق بذلك من الجرح والتعديل

- المبحث الاول : في الراوي وشروط قبوله.

- المبحث الثاني: فكرة عامة عن كتب الجرح والتعديل.

- المبحث الثالث: مراتب الجرح والتعديل.

الباب الثالث: الرواية وآدابها وكيفية ضبطها

الفصل الأول: كيفية ضبط الرواية وطرق تحملها.

- المبحث الاول : كيفية سماع الحديث وتحمله وصفة ضبطه.

- المبحث الثاني: طرق التحمل وصيغ الأداء.

- المبحث الثالث: كتابة الحديث وضبطه والتصنيف فيه.

- المبحث الرابع: صفة رواية الحديث.

- غريب الحديث.

الفصل الثاني: آداب الرواية.

- المبحث الاول : آداب المحدث.

- المبحث الثاني: آداب طالب الحديث.

الباب الرابع: الاسناد وما يتعلق به

الفصل الأول: لطائف الاسناد.

- الاسناد العالي والنازل.

- السلسل.

- رواية الأكابر عن الأصاغر.

- رواية الآباء عن الأبناء.

- رواية الأبناء عن الآباء.

- المدبج ورواية الأقران.

- السابق واللاحق.

الفصل الثاني: معرفة الرواة.

- معرفة الصحابة.

- معرفة التابعين.

- معرفة الاخوة والأخوات.

- معرفة المتفق والمفترق.

- معرفة المؤتلف والمختلف.

- معرفة المتشابه.

- معرفة المهمل.

- معرفة المبهمات.

- معرفة الوحدان.

- معرفة من ذكر بأسماء أو صفات مختلفة.

- معرفة المفردات من الأسماء والكنى والألقاب.

- معرفة أسماء من اشتهروا بكناهم.

- معرفة الألقاب.

- معرفة المنسوبين الى غير آبائهم.

- معرفة النسب التي على خلاف ظاهرها.

- معرفة تواريخ الرواة.

- معرفة من خلط من الثقات.

- معرفة طبقات العلماء والرواة.

- معرفة الموالي من الرواة والعلماء.

- معرفة الثقات والضعفاء من الرواة.

- معرفة أوطان الرواة وبلدانهم.

- المصادر والمراجع.

- فهرس الموضوعات.

Mukadimah kitab ini menceritakan di antaranya perkembangan ilmu Mustholah al Hadith, menyenaraikan kitab-kitab karangan masyhur serta biodata pengarangnya dalam bidang ilmu ini.

Bab pertama membincangkan tentang khabar atau al hadith. dalam bab ini terdapat empat fasal iaitu :

1. Pembahagian al khabar yang sampai kepada umat Islam kini

2. Jenis-jenis hadith yang diterima

3. Jenis-jenis hadith yang ditolak

4. Al Khabar yang berkemungkinan termasuk kategori hadith maqbul atau hadith mardud

Bab yang ke dua membincangkan sifat perawi yang diterima periwayatannya dan apa yang berkaitan dengan ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil (mengkritik dan mengadili) Bab ini mengandungi tiga perbahasan iaitu :

1. Syarat-syarat perawi iaitu orang yang mentarjih dan menta’dil

2. Fahaman umum tentang kitab-kitab ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil

3. Susunan/Maratib al-Jarh wa al-Ta’dil

Bab yang ketiga pula membincangkan mengenai adab-adab perawi dan cara-cara memeliharanya. Ia mengandungi dua fasal iaitu:

1. Kaedah-kaedah penentuan riwayat dan cara menerima hadith serta meriwayatkannya

2. Adab-adab perawi (orang yang meriwayatkan)

Manakala bab yang terakhir menerangkan Isnad dan apa yang berkaitan dengannya yang mana ia mempunyai dua fasal iaitu:

1. Pembahagian hadith berdasarkan seni keunikan sanadnya

2. Pengenalan para perawi.

Bab IV

Ulasan Terhadap Gaya Penyampaian/Metodologi Kitab

Melalui pemerhatian dan penelitian yang dilakukan terhadap kitab Taisir Mustholah al Hadith” , maka secara umumnya didapati kitab ini mempunyai metod penyampaian yang sangat baik bersesuaian dengan nama dan peranannya. Para pembaca dapat memahami tajuk perbahasan tentang ilmu ini dengan lebih jelas di peringkat awal, seterusnya memudahkan mereka untuk mempelajari kandungan kitab ini.

Penyusunan isi diolah dengan baik. Ini kerana setiap bab dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu. Dalam setiap pembahagian pula terdapat perbahasan jika huraiannya agak panjang. Sebagai contoh, dalam bab yang pertama menbincangkan pembahagian khabar/hadith, perbahasan pertama adalah mengenai khabar mutawatir. Ia membincangkan mengenai pengertiannya dari sudut bahasa dan istilah, kemudian diikuti dengan syarat, hukum, dan pembahagiannya. Disenaraikan juga beberapa kitab yang masyhur yang boleh dirujuk untuk melihat perbincangan yang lebih terperinci mengenainya. Susunan tajuk disusun dengan baik dan jelas serta dihitamkannya. Begitulah seterusnya pada perbincangan bab serta fasal yang lain dalam kitab ini.

Kitab ini dikarang menggunakan bahasa yang mudah dan boleh difahami oleh sebilangan besar individu yang mempunyai asas Bahasa Arab. Sebahagian kalimah yang sukar difahami adalah merupakan kata jamak yang perlu dicari kalimah mufradatnya. Oleh itu boleh dikatakan tahap bahasanya adalah mudah, tambahan pula jika merujuk kamus atau mereka yang mahir berbahasa arab. Pengarang menggunakan pemilihan perkataan yang mudah difahami tetapi pelbagai. Pengulangan perkataan yang sama jarang berlaku khususnya daripada awal bab hinggalah akhir.

Disamping itu Dr Mahmud juga meletakkan nota kaki bagi setiap istilah sama ada ia adalah hasil rujukan daripada buku tertentu atau ditulis oleh seseorang ulama mahupun pengarang tertentu. Nota kaki juga digunakan oleh beliau sebagai rujukan kepada pembaca yang mahu melihat kamus serta mengandungi mukasurat bagi sesuatu kalimah itu terletak. Istilah yang sukar diletakkan baris supaya memudahkan pembaca untuk membacanya.

Dr Mahmud telah menggunakan sebanyak 26 buah rujukan yang didahului oleh al-Quran. Kitab-kitab lain terdiri daripada ulama-ulama terdahulu serta ulama pada kurun yang terdekat.. Dari segi tulisan pula, penulis kitab ini menggunakan kebanyakkannya bentuk tulisan khat nasakh juga beberapa khat yang lain seperti Khat Raqa’ah dan Thuluth. Bagi memberi pemahaman yang lebih kepada pembaca, pengarang memberikan contoh yang bersangkutan dengan topik perbincangan.

Kitab ini sememangnya boleh dijadikan bahan rujukan untuk mempelajari ilmu ulum al hadith. Namun isi kandungannya dibahas secara mudah dan asas dalam perbincangan mengenai ilmu berkenaan. Oleh yang demikian seseorang yang ingin mempelajari dan mendalami ilmu ulum al hadis perlulah merujuk kitab-kitab muktabar yang lain bagi membuat kajian yang lebih lengkap.

Bab VI

Kecenderungan Kitab

Setiap kitab yang dipelajari sememangnya mempunyai kecenderungannya. Ini bermaksud apakah perbincangan yang paling banyak dibincang dan dibahas dalam isi kandungannya.

Dalam perbahasan ilmu ulum al hadith terdapat empat pembahagian pentig iaitu, isu-isu umum ilmu mustholah al hadith, perkara yang bersangkutan dengan sanad, perkara yang bersangkutan dengan matan, dan perkara yang bersangkutan dengan sanad dan matan.

Dalam kitab Taisir Mustholah al Hadith” kecenderungan perbincangannya adalah pada membincangkan perkara yang bersangkutan dengan sanad dan matan. Namun terdapat juga perbincangan mengenai pembahagian yang lain seperti yang ditunjukkan dalam carta berikut:

Carta pai tersebut menunjukkan peratusan kecenderungan dalam perbincangan ilmu ulum al hadith, dimana perbincangan mengenai sanad dan matan sebanyak 43%, sanad 32%, matan 15%, dan isu-isu umum sebanyak 10%.

Antara bab yang membincangakan mengenai sanad dan matan adalah seperti dalam bab pertama yang mana hampir keseluruhan babnya memebincangkan mengenainya. Contohnya fasal mengenai embahagian khabar dari muka surat 18 hingga muka surat 53, dan perbincangan mengenai al I’tibar wal mutabi’ wal syahid pada halaman 141 juga membincangkan mengenai sanad dan matan. Perbincangan mengenai sanad merupakan yang kedua paling banyak dibincangkan selepas sanad dan matan. Ini jelas seperti yang terdapat pada bab empat bermula dengan muka surat 180 hingga 234, di mana keseluruhan perbincangannya adalah mengenai sanad dan perkara yang berkaitan dengannya.

Perbincangan mengenai matan tidak begitu banyak dibincangkan. Antaranya dalam fasal kedua bab yang pertama iaitu pada tajuk nasikh al-Hadith wa mansukhih pada halaman 59. Selain itu, pada fasal yang pertama dalam bab tiga iaitu tajuk Gharib al-Hadith pada halaman 174 juga dalam kategori ini. Manakala perbincangan mengenai isu-isu umum adalah seperti yang terdapat dalam muqaddimah kitab ini bermula muka surat 8 hingga 15.

Penutup

Kitab ulum hadith ini amatlah sesuai untuk dijadikan kitab rujukan ilmu berkenaan mustholah al hadis. Kajian ilmiah ini merupakan antara kitab hadith yang sempurna kerana menggunakan pendekatan metodologi persembahan yang sangat baik dan menarik dalam mempersembahkan isi kandungannya kepada pembaca. Tumpuannya adalah terhadap pembahagian ilmu mustholah al hadith yang diterangkan dengan huraian yang mudah, ringkas, dan tersusun.

Kelebihan yang terdapat dalam kitab ini adalah mengatasi segala kekurangnnya seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Contoh kekurangan yang bukanlah menjadi perkara besar iaitu tiadanya penutup sebagai rumusan dan kesimpulan dalam bab atau fasal.

Sesungguhnya usaha yang telah dilakukan dalam menghasilkan kitab sedemikian ini merupakan satu usaha yang sangat murni dan juga suatu sumbangan yang amat besar terhadap agama. Sebagai seorang muslim khususnya pelajar hendakalah memanfaatkan kitab ini dengan sebaiknya dengan mempelajari, memahami, dan mendalami segala isi kandungannya, begitu juga kitab-kitab hadith yang lain. Melalui pemahaman yang sempurna mengenai ilmu hadith seseorang muslim boleh menolak dan menyangkal golongan anti hadith dan seumpamanya. Bersama kita doakan semoga Allah SWT membalas segala jasa yang telah dicurahkan oleh ulama-ulama kita yang terdahulu.

والله أعلم

1 ulasan:

zainal said...

syukron ya ustaj,,ana minta izin copy nya ya,,barokallohu fikum,,