BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 18, 2009

KAJIAN ULUM HADITH

PENDAHULUAN

Ilmu hadith bermaksud beberapa ilmu yang berkaitan dengan hadith. Perbahasannya berkisar tentang soal pengertian, kehujahan, sumber ambilan, pembahagian dajat-darjat hadith dan juga faedah-faedah mempelajarinya. Ilmu ini juga di sebut dengan ilmu Mustolah al-Hadith. Ia merupakan suatu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip dan perkaedahan tentang sanad dan matan hadith untuk memastikan kesahihannya sama ada boleh diterima atau sebaliknya.

Perbincangan ilmu ini meliputi hal-hal yang berkaitan dengan sanad dan matan dari aspek kesinambungan periwayatannya sehinggalah kepada memastikan aspek tersebut dapat menentukan darjat dan martabat sesebuah hadith Nabi saw. Justeru itu, pengajian ilmu hadith merupakan suatu bidang yang amat penting dibahas dan dipelajari oleh umat Islam. Dengan ilmu ini membolehkan seseorang itu memahami dan berpegang dengan sesuatu hadith serta mengetahui darjat sesuatu hadith sama ada ia diterima atau ditolak.

Apabila membincangkan atau membahaskan tentang hadith Rasulullah s.a.w, maka sudah pasti para pengkajinya akan merujuk kitab-kitab hadith yang di karang oleh ulama-ulama hadith. Kitab-kitab hadith yang boleh dipelajari dan diterokai adalah terlalu banyak jumlahnya. Di antaranya ialah kitab Difa’ An Sunnah karangan Dr. Muhammad Abu Muhammad Bin Syuhbah ini, yang mana ia telah ditugaskan kepada saya untuk mengulasnya.

Tugasan ulasan kitab-kitab Hadith yang berobjektifkan untuk kitab-kitab hadith ini lebih dikenali oleh pelajar-pelajar merupakan suatu usaha yang sangat baik dan perlu di teruskan untuk masa-masa akan datang. Ini kerana ianya memberikan manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar dan boleh mendorong keinginan mereka untuk terus meneroka dan mendalami Ilmu hadith Rasulullah s.a.w.

PENGENALAN RINGKAS KITAB

Tajuk kitab :Difa’ ‘An Al-Sunnah.

Nama Pengarang :Dr. Muhammad Bin Muhammad Abu Syuhbah.

Latar Belakang Pengarang :Profesor Ulum Al-Quran dan Hadith di Universiti Al-Azhar dan Universiti Ummul Qura’.

Penerbit :Maktabah Al-Sunnah.

Cetakan :Pertama.

Tahun Cetakan :Jamadil Akhir 1409H Bersamaan Januari 1989M.

Bilangan Muka Surat :510 Muka surat tidak termasuk kulit.

Saiz :Tebal 3cm, Panjang 24cm, Lebar 17cm.

Warna :Hijau campur coklat.

ISI KANDUNGAN KITAB

Bahagian pertama: Mempertahankan hadith dan hujah balas terhadap kekaburan para orientalis dan penulis semasa.

0 Muqaddimah penerbit

1 Muqaddimah penulis kitab

2 Kedudukan Al-Sunnah dalam Islam

3 Perumpamaan yang digunakan oleh Al-Sunnah dalam menerangkan Al-Quran

4 Penggunaan sunnah dalam perundangan

5 Kehujahan sunnah

6 Perhatian sahabat terhadap Hadith dan Al-Sunnah

7 Tegahan menulis hadis pada Zaman Rasulullah s.a.w.

8 Penulisan Hadis selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

9 Penyusunan dan pembukuan Hadith secara umumnya

10 Perkembangan aktiviti pembukuan hadith.

11 Pengembaraan dalam mencari dan menuntut ilmu

12 Perkembangan yang berlaku semasa pembukuan Hadith.

13 Perhatian ahli Hadis terhadap hadith melalui kaedah kritikan dan periwayatan Hadith

14 Syarat-syarat periwayatan yang diterima dalam Islam

15 Perhatian ahli-ahli Hadith melalui kritikan terhadap sanad dan matan

16 Perhatian ahli-ahli Hadith terhadap kefiqahan Hadith dan pengertiannya

17 Meriwayatkan Hadith dengan lafaz dan makna

18 Kritikan ringkas terhadap kitab Abu Rayyah

19 Menkritik secara terperinci:

1. Tanggapannya bahawa para ulama’ tidak mengambil berat terhadap hadith dan hujah balas terhadapnya.

2. Tanggapannya bahawa semua Hadith diriwayatkan dengan makna dan hujah balas terhadapnya.

3. Tanggapannya bahawa al-Quran menjadi mutawatir disebabkan oleh penulisnya dan hujah belas terhadapnya.

4. Keraguannya dalam menjelaskan kedudukan as-Sunnah dalam konteks agama.

5. Hukumnya bahawa Saidina Umar memenjarakan sebahagian sahabat kerana meriwayatkan hadith tersebut.

6. Hukumnya terhadap Hadith ( Man Kazzaba ’Alaiya Muta’ammidan ) dan penerangan yang tepat terhadap hadith tersebut.

7. Hadith persaksian tiada keraguan padanya dan hujah balasku terhadapnya.

8. Kritikan Abi Rayyah terhadap perkhabaran Kaab dan hujah belas terhadapnya.

9. Kritikan terhadap Wahab Bin Munabbih dan hujah belas terhadapnya.

10. Kritikan muhaddisin terhadap Israeliyat.

11. Manhaj yang digunakan oleh Abi Rayyah dalam perbahasan tanpa ilmiyyah.

12. Kritikan terhadap Hadis isra’ dan makraj.

13. Kritikan Abi Rayyah terhadap Bukhari dan Muslim dan ianya ditolak.

14. Pendustaan terhadap Hadis-hadis yang sukar pada zaman Nabi s.a.w.

20 Abu Hurairah.

21 Keadilan sahabat.

22 Mengambil penerangan yang benar dalam pertahankan tentang hadith Penolakan secara terperinci

23 Pendustaan terhadap ulama’ dengan mensabitkan kesalahan Abu Huraurah dan jawapan terhadapnya.

1. Abu Hurairah seorang hafiz dan fakeh.

2. memperkatakan tentang Abi Rayyah dalam mengkrtitik Orientalis.

3. Dalil-dalil Abu Hurairah dengan Hadis maudhuk dalam mengkritik pendapat Orientalis.

4. Mengkritik hadith-hadith Bukhari dan Muslim dalam dijawab kembali.

5. Mengkritik Hadith yang memperkatakan tentang sifat Rasulullah s.a.w.

6. Kritikan terhadap Hadith sohih Muslim yang mempunyai unsur israeliyat dan dijawab kembali.

7. Jawapan penulis terhadap tanggapan Orientalis.

8. Memperkatakan bahawa al-Quran adalah syair.

9. Memperkatakan bahawa Abu Hurairah bukan penghafaz al-Quran.

10. Memperkatakan bahawa Abu Hurairah bukan terdiri daripada tabaqat sahabat,

11. bukan seorang yang mempunyai kelebihan dan bukan seorang penyelidik

12. Lafaz yang lebih kepada perubatan dalam hadith palsu.

24 Menolak sebahagian hadith-hadith yang menimbulkan keraguan.

1. Sebahgian kitab-kitab hadith daripada sahabat dan tabien.

2. Pendapat ulama’ nahu dan bahasa terhadap hadith-hadith.

3. Pendustaan terhadap dua iman iaitu Bukhari dan Ibn Hajar.

4. Perselisihan terhadap pentarjih dan penta’dil.

5. Keraguan terhadap keadilan sahabat dan penolakan terhadapnya.

25 Membela Iman Abu Hanifah

26 Kesimpulan.

Bahagian kedua: Sebahagian kekaburan Terhadap As-Sunnah Yang Tercatat Pada Zaman Dahulu dan sekarang dan Penghujahan Balas terhadapnya Melalui Pendekatan Ilmiyyah Secara Tepat.

1. Adakah Musallamah seorang Ahli kitab telah menukilkan petikan-petikan dari dalam Kitab Injil lantas ia dikaitkan sebagai hadith.

  1. Tuduhan dan celaan terhadap muhaddisin sebagai seorang yang penakut.
  2. Tanggapan mereka bahawa muhaddisin ini tidak mengkaji matan secara meluas
  3. Dakwaan mereka bahawa muhaddisin tidak membentangkan semua hadith kerana wujudnya hadis Nabi yang direka disebabkan oleh fakto politik.
  4. Keraguan yang ditimbulkan oleh orientalis bahawa hadith-hadith mengenai zakat dan pengiraannya adalah bertentangan dengan realiti sejarah.
  5. Dakwaan mereka bahawa Umar Al-Khattab hanya merujuk kepada al-quran semata-mata dan hanya sedikit sahaja mengambil riwayat hadith.
  6. Pendustaan Orientalis terhadap sebab-sebab hadith direka.
  7. Jawapan secara terperinci terhadap kekeliruan dan keraguan.
  8. Kesimpulan.
  9. Nilai-nilai ilmu dalam kitab ini.
  10. Hadith-hadith mengenai Nabi Muhammad s.a.w. disihir.
  11. Pesanan dan harapan.

Bahagian Tiga: Penerangan Terhadap Kekaburan Yang Ditulis Oleh Sebahagian Golongan Yang Mengingkari Hadith dan Hujah Balas Terhadap Mereka.

  1. Pendahuluan.
  2. Keraguan pertama: Kata-kata mereka al-Quran telah menyebut semua perkara tentang agama dan tidak memerlukan sesuatu yang lain seperti as-sunnah berdasarkan firman Allah Taala.
  3. Jawapan.
  4. Keraguan kedua: Kata-kata mereka bahawa Allah s.w.t. memberi jaminan akan memlihara al-Quran bukan as-Sunnah, kalaulah sunnah itu menjadi hujah dan dalil sepertimana al-Quran sudah tentu Allah akan memeliharanya juga.
  5. Jawapannya.
  6. Keraguan ketiga: Kata-kata mereka bahawa jika sunnah itu sebagai hujah, sudah tentu Rasulullah akan mengarahkannya supaya ditulis dan para sahabat serta tabien pasti akan mengumpul dan membukanya.
  7. Jawapan secara ringkas
  8. Jawapan secara panjang lebar.

  1. Keraguan keempat: Kata-kata mereka mengenai perkhabaran dari Rasulullah s.a.w. yang menunjukkan bahawa tiada kehujahan melalui as-Sunnah.

  1. Jawapan.

METODOLOGI PENULISAN KITAB

Bentuk tulisan

  1. Menggunakan khat nasakh.
  2. Saiz tulisan sederhana dan jelas.

Tajuk

  1. Dihitamkan bagi mengenal pasti sesuatu tajuk.
  2. Tidak diletakkan dalam satu bab.

Teknik dan gaya bahasa

  1. Boleh difahami dan ada juga perkataan yang sukar untuk difahami.
  2. Penerangan yang jelas bagi membahas hujah golongan orientalis dan golongan yang mengingkari hadith.

Penyusunan.

  1. Agak teratur tetapi tidak disusun dalam satu bab atau fasal.
  2. Setiap huraian tajuk dibuat perenggan bagi memudahkan pembaca memahami tajuk.

Nota kaki.

  1. Disediakan nota kaki.
  2. Untuk memudahkan para pembaca memahami tajuk dan membuat rujukan.

PERATUSAN KANDUNGAN

Dalam kitab ini saya dapat membahagikan peratusan berkaitan isu-isu umum, berkaitan sanad, berkaitan matan, berkaitan sanad dan matan seperti berikut:

Isu-isu umum: 60%

Berkaitan sanad: 25%

Berkaitan dengan matan: 10%

Berkaitan sanad dan matan: 5%

ULASAN PEMBENTANG

Setelah saya meneliti kitab Difa’ An Sunnah ini, saya dapati bahawa kitab ini terdapat beberapa kelebihan yang boleh disimpulkan disini:

Kelebihan

  1. Kitab ini membincangkan tajuk secara menyeluruh.
  2. Mengandungi gaya bahasa yang boleh difahami.
  3. Menggunakan tulisan yang sederhana besar, serta jelas untuk dibaca.
  4. Menggunakan ayat-ayat al-Quran dan hadith bagi menguatkan hujah.
  5. Disediakan nota kaki bagi memudahkan pembaca mencari rujukan.
  6. Tajuk, ayat al-Quran dan Hadith dihitamkan.
  7. Diletakkan baris pada perkataan yang sukar.

Kelemahan

  1. Tidak dijelaskan secara terperinci tentang biodata pengarang.
  2. Tiada indeks.

PENUTUP

Setelah saya meneliti kitab Difa’ An Sunnah ini, saya dapati bahawa kitib ini lebih banyak membicarakan tentang isu-isu utama. Hal ini kerana kitab ini banyak membicarakan tentang perbahasan dan hujah balas terhadap kritikan dan tanggapan salah golongan yang mengingkari hadith dan golongan orientalis.

Kitab ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita lebih mendalami tentang ilmu ulum al-Hadith dan menambahkan keyakinan kita terhadap hadith yang mana ianya banyak di salah tafsirkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat islam sendiri serta mempelajari cara-cara untuk berhujah dengan menggunakan dalil-dalil yang betul.

Oleh itu, walaupun terdapat sedikit kekurangan di dalam kitab ini, kita ini tetap boleh dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu ulum al-hadith lebih-lebih lagi kepada golongan yang ingin berdebat dengan barat dan orientalis tentang kesahihan hadith. Selain itu kitab ini juga baik digunakan bagi golongan pendakwah untuk menyakinkan sasaran dakwah itu supaya yakin dengan hadith dan tidak menolak hadith.